Resipi roti butut antara menu sarapan stail atau gaya kampung yang cukup menyelerakan. Kalau pagi-pagi asyik buat roti bakar biasa sahaja, apa kata kali ini kita ubah gaya masak roti ini ikut gaya kampung.
Roti ini memang rare dan jarang orang buat. Nak cuba buat rori butut? Nak ikut cara seperti yang dikongsikan oleh cikgu Afy Al Habibi ini.
1. Paling penting mesti ada roti butut. Guna satu plastik roti. Roti ini kita panggil roti benggali.
2. Seterusnya inilah rahsia bahan-bahan yang menaikkan rasa roti bakar tersebut. Guna marjerin jenama dalam gambar itu ya. Sapu kedua belah roti.
3. Kemudian pecahkan telur dua biji. Tak perlu campur garam sebab marjerin tadi sudah ada rasa.
4. Kemudian tepek bancuhan telur tapi pada roti yang disapu marjerin tadi. Tepek dua belah bahagian roti. Memang boleh celup tapi nanti banyak guna telur, ini cara jimat.
5. Kemudian sapu juga marjerin tadi atas pan.
6. Seterusnya bolehlah bakar roti tadi atas pan tadi menggunakan api kecil sahaja. Balikkan kedua belah. Tunggu sampai garing.
7. Ulang langkah yang sama untuk masak kesemua kepingan roti tadi. Apabila sudah siap semuanya bolehlah disusun dalam pinggan.
8. Untuk pilihan sapuan atas roti, kalau nak letak kaya atau jem terpulang. Paling sedap kalau letak sapuan susu pekat manis. (sekali sekala manis bolehlah. Jangan hari-hari pula ya)
Makan roti butut dengan teh o panas, memang sedap. Selamat mencuba.