Resipi Roti Bun Manis Homemade Yang Lembut, Gebu & Sedap. Bahan Pun Ringkas & Mudah!

Share

Bertabahlah buat anda yang bakal mengharungi sekali lagi PKPB mulai esok terutama yang tinggal di Selangor, Kuala Lumpur dan juga Putrajaya serta di Sabah. Memandangkan anak-anak pun tidak ke sekolah, jadinya banyak masa di rumah. Maka peninglah ibu-ibu nak sediakan makanan untuk anak-anak setiap hari kan.

Apa kata hari ini ibu-ibu cuba buat Roti Bun yang manis ni. Lagi seronok jika dibuat bersama anak-anak. Boleh mereka belajar benda baru sambil tu dapat mengeratkan kasih sayang satu keluarga.

Nah admin kongsikan resipi roti bun manis dari Tempias Hawa. Simple je caranya dan mudah untuk anak-anak cuba.
SWEETBUN GEBU GEBAS…
Harineh En Suami kita buat Roti gebu gebas nehh.. 1st time buat n menjadiii…
SIMPLE,MUDAH & BERBALOI2.. SEDAPP
Resepi disetiap pic ye… Try la buat uoalss.. Xcari dah Roti lainn… Selamat Mencuba..

RESEPI ROTI SWEETBUN GEBU GEBAS

Bahan-bahan
-Tepung Gandum 4 Cawan
-Majerin 2 SB(Klu nk guna minyak masak pon bleh)
-1pakej Yis (Dibancuh dgn air suam setengah cawan)Biarkan hingga berbuih sedikit
-Susu Pekat 2 SB
-Bakin Powder Jika ada 1SB
-Telur 1Biji
-2SB Gula
-1SK Garam
Cara membuat:


Masukkan dan Gaulkan kesemua bahan2 dipic bahan2 kecuali yis.. Gaul Hingga Rata dan sebati…
-Masukkan Yis y dibncuh dan uli sehingga tidak melekat dijari.. Jangan tlalu lembut sgt..Selapas uli perap selama 1jam sehingga adunan kembang seperti Pic 1..
-Selepas 1jam.. Buangkan angin didalam doh y mengembang dengan menumbuk2 doh dah uli…
-PIC 2 uli mengikut bentuk y diidamkan.. Husband buat bulat2 je
PIC 3 Sapu Kuning Telor di atas doh y dbulatkan
PIC 4 Biarkan doh seketika sementara utkpanaskan oven
**Topping terpulang nk letak apa pon.. Xletak kuning telur pon xpa…
– Masukkan ke dalam oven suhu 180c selama 30minit.. Jika nak Brown2 lagi lajakkan minit.. AWAS jgn smpai jadi hitam legam tau.. Hahahha
– Hokeyyyy.. Dah siappp… Nak bagi berkilat sapu majerin atas roti dan selamat menjamu seleraa… Sedappppp