Resipi Puding Pisang Bersos Kastard, Idea Minum Petang Buat Seisi Keluarga. Mudah, Ringkas Tapi Sedap!

Share

Nak cuba resipi  baru?  Tapi buntu  apa lagi yang boleh memikat selera seisi keluarga kan. Jom admin kongsikan menu yang simple tapi keluarga pasti suka. Nak nak lagi waktu PKP ni kan, ibu-ibu punya banyak masa untuk mencuba resipi kan.

Idea minum petang hari ini. Puding Pisang Bersos Kastard. Serius senang je dan tak banyak bahan!  Jom tengok perkongsian dari puan Linda Zaid. 

Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

Pisang nangka di goreng dgn sedikit Planta.
sos kastard
1 tin susu cair
1/2 tin air
1 biji kuning telur
2 Sb tpg kastard
2 Sb gula pasir
sehelai daun pandan disimpul

Cara-cara:

– masak semua bahan sehingga pekat.


– dh suam masukkan ke dlm peti ais.
– letakkan pisang yg digoreng tadi kedlm piring, tuang kn sos kastard tdi dan – taburkan sedikit kismis.

Bahan hiasan terpulang pada masing-masing.

ARTIKEL MENARIK: Senangnya Nak Buat Dadih Susu Full Cream Sedap & Berkhasiat. Tekstur Lembut Cair Di Mulut. Buat Sendiri Puas Hati!

ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club