Resipi Puding Lumut Butter Lemak Manis Terlajak Sedap. Mudah & Bahan Simple , Wanita Ni Kongsikan Caranya!

Share

Hidangan raya pastinya tak lengkap kalau tak ada pencuci mulut kan. Dah fikirkan apa nak buat untuk pencuci mulut? Apa kata  cuba resipi yang satu ini sememangnya cukup sedap.

Cara yang dibuat juga ringkas, pasti membuatkan sekeluarga menyukainya.
Untuk ibu-ibu yang nak mencuba, ini resipi yang dikongsikan oleh Zulaikha Ghazali

.

Terajin pulak buat puding lumut butter untuk pencuci mulut harini .

Nampak macem sodap nanti malem kita rasa yepppp

(Resepi langkah2 dalam gambar)

Bahan-bahan

Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan dan kacau sebati :
– Dua biji telur
– Santan 200ml
– 4 cawan air
– Gula 3/4 cawan gula ( ikut selera korang kalau nak manis boleh lebihkan gula kalau tasuke manis boleh kurangkan )
-1/2 sb garam


2. Kemudian masukkan sebungkus serbuk sehingga dan pewarna hijau. Apabila semuanya ada dan tuangkan ke dalam periuk.


3. Masak sambil kacau di atas api perlahan . Bila dan mendidih dan jadi ketul – ketul cemtu boleh tutup api . Sejukan kejap .


4. Bila dah sejuk sikit boleh tuang dalam bekas . Kalau tuang masa panas jadi tak cantik sebab ada mendapan air . Kemudian sejukan .


5. Yang ni pulak kacau rata semua ye :

– 3biji telur ( ambik kuning je )
– 100gm butter
– 1/2 susu pekat
-1 sudu esen vanila


6. Masak satu paket serbuk agar – agar dan 3cawan air diatas api perlahan .


7. Bila agar – agar dah larut tutup api kejap dan masukan butter yang dikacau tadi .


8. Ok dah masuk semua butter tu boleh buka balik api .


Masak hingga mendidih . Api biar slow .


9. Bila butter tadi dah masak boleh tuang sikit demi sikit kat atas agar – agar lumut tadi .


10. Ok dah jadi cemni boleh sejukan dalam peti ais .


11. siap

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club