Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut untuk hidang seisi keluarga mahupun ketika menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini.
Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bahan-Bahan (Puding):
1 tin susu cair jenama IDEAL
1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)
4 tin air
Setengah tin gula pasir
Cara Membuat:
Ads
1.Larutkan semua bahan didalam kuali.
2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Bahan-Bahan (Kuah Susu):
Ads
2 tin susu cair jenama (IDEAL)
1 tin susu pekat
1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
1/2 tin air
1 tin buah-buahan koktail
Ads
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip ekstra:
Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila terasa cuaca sejuk begini, mulalah kita membayangkan alangkah puas hatinya jika dapat menghirup sup cendawan yang pekat berkrim sambil dicicah pula dengan sekeping garlic bread yang penuh beraroma. Memang puas hati!
Bukan sahaja kita orang dewasa menggemari menu ini malah anak-anak kita tidak kurang juga menggemarinya. Jadi usah hanya membayangkannya sahaja, ayuh kita sediakan hidangan ini untuk dinikmati bersama keluarga.
Tidak tahu resipinya? Jangan bimbang, Hafizah Mohari telah pun kongsikan di fb dan menurutnya resipi tersebut adalah merupakan resipi daripada suaminya, dan menariknya juga secret resipi daripada hotel katanya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Jom semak bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan menu yang enak ini.
Budak2 suka mak pak budak pun suka.. Kira makanan sihat jugak sebab byk sayur-sayuran dan tumis guna olive oil. Ni resepi dari husband fiza.
Secret resepi dari hotel tau.Home made Mushroom soup with garlic bread. Boleh try sendiri.. Fresh.. Sedap..
Homemade Mushroom Soup
Bahan-bahan :
Bahan A
Bawang holland(hiris)
Bawang putih(cincang)
Olive oil
Bahan B
Kentang potong dadu
Cendawan butang(dalam tin)
Cendawan kering(hitam) kena rendam bg kembang
Cendawan shitakee
Batang saleri
Lobak merah
Parsley kering(dalam botol)
Bahan C
Susu dutch lady full cream
Cooking cream
Garam
Serbuk perasa(maggie cukup rasa)
Cara Penyediaan :
1.Tumis bahan A dengan olive oil sampai naik bau.
2. Masukkan Bahan B satu persatu. Masukkan yang keras2 dulu macam kentang dan lobak. Masukkan air sedikit jika terlalu kering.. diikuti semua jenis cendawan,batang saleri dan parsley. Gaul rata. Masak sehingga empuk.
3. Dah empuk semua,tutup api. Biarkn sejuk. Dah sejuk kisar semua bhn B tersebut. Masukkan sedikit air jika perlu semasa mengisar.
4.panaskan atas api bhn yg dikisar tadi. Biarkan sehingga agak pekat. Api kecil ye. Masukkan susu dutch lady sedikit demi sedikit.. Gaul rata.
5. Kacau sampai pekat. Perasa kn garam dan sedap rasa.
5. Last sekali masukkn cooking cream. Agak2 la ye..
Sedap di makan bersama garlic bread dan ini resipinya:
Homemade garlic bread
Roti perancis panjang tu dipotong mcm dlm gambar
Butter(dicairkan dlm suhu bilik) dicampur dgn bawang putih(cincang halus) dan tabur parsley (dlm botol).. Gaul rata.. Then sapu kat depan n belakang roti..
Bakar atas api. Siap
*Tips: Sapu roti byk2,wrapping plastik masuk dlm tipuware dan bekukan.. Terasa nk mkn,defrostkn suhu bilik then bakar.. Bila bekukn bols tahan lama tau..
Keseimbangan dalam pemakanan sangatlah perlu dijaga terutamanya pengambilan sayur. Sayur hijau juga antara sayur yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan.
Menu sayur kailan ikan masin merupakan menu yang agak popular dan sering dijual oleh kebanyakan restoran di Malaysia ini. Sekadar info tambahan, sayur kailan dikatakan kaya dengan nutrisi dan kandungan vitamin A, C, E dan K.
Lebih menarik lagi, resipi yang dikongsikan oleh Ameera, sangat selamat terutama kepada yang mempunyai resdung kerana tidak menggunakan belacan sebagai bahan dalam masakan ini. Walaupun begitu, rasanya tetap sama seperti yang dijual di luar dan sememangnya sedap.
Kailan Ikan Masin
Bahan-Bahan:
Ikan masin
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3 ulas
Sayur kailan
Sos tiram 1 sudu makan
Cili padi
Cili besar
Cara-Cara:
– Goreng ikan masin dulu ye. Garingkan. Pakai ikan masin tenggiri.
– Bawang besar 1 biji. Bawang putih 3 ulas.
– Sos tiram 1 sudu makan. Masukkan sayur, cili padi, cili besar merah 1 biji. Siap.
Kasih sayang ibu tiada batasan.Biarpun berbeza agama, namun itu tidak membuatkan hubungan antara anak dan ibu terputus. Malah wanita ini membuktikan ikatan ibu-anak cukup utuh biarpun si anak memilih untuk menjadi saudara baru dalam Islam.
Beberapa hari lepas tular di media sosial mengenai sepasang suami isteri berbangsa Cina menghantar anaknya yang mempunyai masalah penglihatan ke Darul Quran. Anaknya yang sudah pun bergelar mualaf telah menyambung pengajian dalam peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat di sana.
Namun begitu, ramai tertanya-tanya siapakah insan tersebut yang dikurniakan keluarga yang begitu memahami walaupun sudah berbeza agama. Ang Bee Cheng, 48, yang merupakan seorang suri rumah hadir menemani bagi menguruskan pendaftaran tersebut.
Anak sulung daripada tiga beradik, Tan Mike Foong , 23, merupakan pelajar mualaf yang berjaya menamatkan Sijil Asas Tahfiz selama setahun di Darul Quran Jabatan Agama Islam (JAKIM) Kuala Kubu.
Mike Foong membuktikan keupayaan menghafaz 10 juzuk al-Quran walaupun orang kurang upaya (OKU) penglihatan sejak dilahirkan.Kini dia meneruskan pengajian peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat yang ditetapkan syarat menghafaz kesemua 30 juzuk dalam tempoh tiga tahun.
Sudah hafal 10 juzuk
Menerusi Sinar Harian, mualaf yang berasal dari Selangor ini sudah pun bergelar Muslim sejak tahun 2015. Tan Mike Foong, 23 sebenarnya telah menamatkan Sijil Asas Tahfiz selama setahun di Darul Quran Jabatan Agama Islam (JAKIM) Kuala Kubu.
Dia yang sudah menghafal 10 juzuk al-Quran telah mendaftarkan diri bagi peringkat diploma untuk menghabiskan hafalan sebanyak 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 3 tahun.
Terdedah dengan Islam sejak kecil
Bercerita lanjut mengenai pengislamannya itu, Mike memberitahu telah terdedah dengan agama Islam dan azan sejak kecil lagi. Kemuncaknya apabila selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia telah mengikuti latihan kemahiran pengurusan pejabat di bawah Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).
Persatuan tersebut rajin mengadakan ceramah dan dari situ dia tertarik mendalami Islam dan akhirnya memeluk agama tersebut tanpa pengetahuan ibu dan ayah.
Mike Foong memeluk Islam pada 2015 yang ketika itu tanpa pengetahuan ibu bapanya. Dia yang menerima pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kubu Bharu dan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setapak, Kuala Lumpur pernah meniru suara azan di rumah kerana seringkali mendengar laungan tersebut dari surau berdekatan kediamannya di Batang kali.
Menurutnya, terdapat sebuah tentera di belakang sekolah menengah yang akan memasang bacaan al-Quran sebelum masuk solat.
“Bila dengar azan saya tak rasa ia satu muzik, tapi kalimah. Sampailah masa berada di tingkatan empat, saya akan buka radio untuk dengar bacaan solat terawih.
“Lepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya ikut latihan kemahiran pengurusan pejabat di bawah Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).
“Ramai yang beragama Islam dan bila mereka ada kuliah agama yang dikendalikan Ustaz Mat Noor, saya bersama dua rakan bukan Islam akan dengar,” katanya.
Mike Foong berkata, pada satu hari, pihak persatuan menjemput seorang pendakwah mualaf kerana ada di antara mereka yang ingin tahu tentang Islam.
Menurutnya, dia turut serta dalam perbincangan tersebut sebelum diajukan beberapa soalan berkaitan fitrah kejadian penciptaan dan pencipta.
“Pada hari itulah saya lafaz dua kalimah Syahadah dan sekali lagi seminggu kemudian ketika daftar secara rasmi di pejabat agama.
“Saya rahsiakan dari pengetahuan ibu bapa dan lepas setahun setengah, baru mereka tahu.
“Saya ajak ibu pergi makan kedai makan mualaf cina dan pemilik kedai tanya adakah saya muslim di hadapan ibu,” katanya.
Tamat pengajian Diploma Kemahiran Malaysia, Mike Fong menyertai Interactive Dakwah Training (IDK) sebagai sukarelawan dan belajar cara pendakwah menyantuni golongan mualaf.
Dia mula mempelajari dan membaca buku Iqra selain menghafaz surah serta berjaya memenangi pertandingan hafazan mualaf di peringkat negeri Melaka. Dia membaca Al-Quran menggunakan kaedah braille
“Atas cadangan seorang rakan, saya mengikuti Kursus Asas Tahfiz di Darul Quran Jakim selama setahun bermula Januari tahun lepas,” katanya.
Terkejut anak peluk Islam
Ibunya memberi reaksi terkejut apabila Mike Fong membuat pengakuan memeluk Islam. Menurut Bee Cheng, dia bertanya lanjut mengenai tersebut kepada anaknya selepas mereka pulang ke rumah. Jelasnya, walaupun terkilan dan mengambil masa hampir setahun untuk menerima hakikat namun dia akur dengan keputusan anak sulungnya itu.
“Saya takut kehilangan Mike sebab ramai yang kata, orang Islam tak boleh tinggal dengan bukan Islam dan saya takut Mike tak boleh uruskan diri.
“Lepas Mike terangkan segalanya, baru saya boleh terima dan gembira tengok perubahan dia yang semakin baik.
“Saya sendiri teman dia daftar sebagai pelajar tahfiz dan mula-mula dulu, hari-hari saya datang jenguk Mike sebab rumah kami di Kampung Asam Kumbang tak jauh, dalam 10 minit saja,” katanya.
Lahir tak cukup bulan
Bee Cheng berkata, Mike Foong dilahirkan tidak cukup bulan dengan berat 900 gram dan ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur selama tiga bulan. Bapa Mike Foong, Tan Ang Chong, 54, mengusahakan bengkel sendiri manakala dua lagi anak masing-masing berusia 20 dan tujuh tahun.
“Kami semua bukan Islam dan hanya Mike saja Islam tapi hidup bahagia malah anak bongsu suka tengok Mike solat,” katanya.
Sementara itu Mike Foong berkata, dia tidak mempunyai keluarga angkat beragama Islam kerana ibu bapa dan dua adiknya adalah harta dunia akhirat yang tiada pengganti.
Menurutnya, nama asal dikekalkan kerana tiada keperluan berbuat demikian walaupun sudah menganuti Islam.
Kisah yang memberi inspirasi
Cerita mengenai Tan Mike Foong ini benar-benar memberi inspirasi kepada warganet. Mereka telah menurunkan komen di ruangan Facebook sumber dengan menyertakan kata-kata positif kepada insan istimewa ini.
Mereka turut memuji sikap dan tindakan ibu bapa Mike yang sangat memahami dan menghormati pilihan anaknya.
Ribut, bumbung rumah terangkat - "Saya terketar-ketar sambil memegang erat cucu." “Saya menggigil sambil mendakap erat cucu,” – Mangsa ribut imbas detik cemas bumbung rumah diterbangkan angin.