Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut untuk hidang seisi keluarga mahupun ketika menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini.
Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bahan-Bahan (Puding):
1 tin susu cair jenama IDEAL
1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)
4 tin air
Setengah tin gula pasir
Cara Membuat:
Ads
1.Larutkan semua bahan didalam kuali.
2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Bahan-Bahan (Kuah Susu):
Ads
2 tin susu cair jenama (IDEAL)
1 tin susu pekat
1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
1/2 tin air
1 tin buah-buahan koktail
Ads
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip ekstra:
Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila sentuh tentang kuih-muih yang terdapat di Malaysia ini, kuih talam sangat menjadi pilihan ramai. Kuih talam juga mempunyai pelbagai jenis variasi menarik dan rasa yang sedap.
Resipi kali ini sedikit berbeza kerana kuih talam Sarawak ini sangat unik dan sesuai dimakan sejuk-sejuk bersama keluarga. Jangan bimbang, cara untuk membuatnya juga sangat mudah dengan perskongsian resipi daripada Ratu Qu Ain.
Talam Sarawak
Bahan-Bahan:
Lapisan Bawah
150 gm sagu putih
150 ml air
3 gm garam halus
150 gm kelapa putih
Lapisan Tengah
85 gm tepung beras
15 gm tepung jagung.
3 gm garam halus
70 gm gula merah
Sedikit esen pandan.
Sedikit pewarna coklat
400 ml santan (200ml pati santan + 200ml air)
Lapisan Atas
85 gm gula pasir
2 biji telur
3 gm garam
Sedikit esen pandan
75 gm tepung gandum
25 gm tepung jagung
450 ml santan ( 200ml pati santan + 250ml air)
Sedikit pewarna hijau
Cara-Cara:
Lapisan Bawah
– Garam larutkan dulu dalam air.
– Tuang atas sagu yang dah cuci. Rendam 7 minit sehingga sagu kembang.
– Ambil kelapa gaulkan bersama sagu hingga serata. Masukan dalam loyang saiz 8 inci.
– Lapikkan plastik supaya tak lekat dan senang nak keluarkan.
– Mampatkan serata kemudian kukus 30 minit. Pastikan pengkukus dah siap dipanaskan dan air didih.
Lapisan Tengah
– Satukan semua bahan.kacau sebati.
– Kemudian masak atas api kecil dan kacau-kacau hingga naik wap.
– Tuang atas permukaan sagu yang dah tanak tadi. Kukus 10 minit.
– Setelah masak angkat penutup biarkan seketika bagi keringkan air kemdian lorek dengan garpu.
Lapisan Atas
– Satukan semua bahan. Kacau serata kemudian tapis.
– Masak atas api kecil hingga naik wap. Setelah tu tuang atas lapisan tengah.
– Kukus 15 minit. Setelah masak buka penutup lap air atas permukan perlahan² . kemudian biarkan 5 minit.
– Angkat, sejukkan, baru boleh potong.
Tip: pastikan masa kacau adunan jangan sampai likat nanti berketul-ketul tak cantik.
Rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. 8 tahun membina rumah tangga bersama, namun rezeki untuk menimang si kecil bernama anak masih belum ada. Begitu pun pasangan suami isteri ini cukup reda dan terus sabar menanti.
Terbaru Achey Bocey, 32 dan isteri, Nor Hasanah Yahya telah mengambil seorang anak angkat perempuan.
Kehadiran bayi perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir itu sejak 6 Ramadan lalu nyata memberi kegembiraan dan sinar buat pasangan ini.
Ringan tulang bantu isteri
Sifat penyayang dan penuh keibubapaan jelas terpancar di wajah kedua-duanya. Apa lagi bila Achey sendiri sangat rajin dan ringan tulang membantu isterinya.
Nyanyi lagu untuk anak
Terbaru dia memuatnaik video mencuci pakaian si kecil sambil menyanyi. Pelbagai reaksi pengikut dilaman instagramnya. Rata-rata memuji dan tak kurang ada yang sebak mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Achey.
Baju berbau hapak boleh menyebabkan anda kurang selesa terutama apabila berada di tempat ramai orang. Masalah ini berlaku mungkin disebabkan baju tersebut disimpan terlalu lama atau tidak kering dengan betul sebelum anda menyimpannya di dalam almari.
Berikut tiga tip untuk pastikan baju dalam almari anda tidak berbau hapak tanpa mengeluarkan kos yang banyak.
1. Serbuk kopi – Serbuk kopi mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Isi serbuk kopi ke dalam bekas atau tin yang bertutup, tebuk lubang di bahagian atas tin tersebut dan simpan di dalam almari. Tak perlu isi serbuk kopi tu penuh satu tin, separuh pun boleh.
2. Sabun buku – Sabun yang terdedah pada suhu bilik, mampu menghasilkan bau yang kuat untuk menjadikan bau pakaian anda lebih wangi. Pilih jenis bau sabun kesukaan anda dan letakkan sabun itu di atas satu lapisan kain nipis di dalam almari.
3. Uncang herba – Isi uncang kapas dengan herba kesukaan anda. Contohnya bunga lavender atau serai, kemudian gantungkan atau letakkan di dalam almari yang bertutup.
Sumber: Era fm
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.