Resipi Puding Karamel Tanpa Telur Yang Mudah & Tak Perlu Kukus. Cukup Lembut & Sedap!

Share

Resipi yang satu ni kalau layan waktu tengah hari atau petang memang best. Terasa sejuk di tekak, tak puas makan satu kan. Yang penting satu keluarga seronok menikmati menu Puding Karamel.

Bagi anda yang tak suka ada telur dalam puding, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Marianan Zainal. Selamat mencuba!

 

“PUDING KARAMEL TANPA TELUR by MARIANA ZAINAL”

Resepinya(jika dalam loyang saiz 7*inci)

(Bahan air gula hangus)

2 sudu besar gula pasir

2 sudu besar air panas

(JIKA DALAM BEKAS DADIH KECIL2 SEPERTI DALAM GAMBAR SUKATAN GULA DAN AIR BERBEZA… 3/4 CAWAN GULA(hampir penuh cawan) DAN 1 CAWAN AIR PANAS.. CARA SAMA SAHAJA..DAH SIAP AIR GULA HANGUS..MASUKKAN 1 SUDU BESAR AIR GULA HANGUS DALAM BEKAS DADIH)

Caranya

Masukkan gula dalam loyang masak atas api sederhana hingga gula cair keperangan(sentiasa kacau yer) bila dah agak perang..tutup api dan tuangkan air panas perlahan2..buka api dan masak hingga gula larut..tutup api.. biarkan seketika..jom sediakan bahan puding..

(Bahan puding)

1 paket serbuk agar2=10gram( guna yang plain/clear tau )*( jika guna agar2 tali guna yg 20g atau 25g)

4 cawan air*

3 sudu besar tepung kastard*

1 tin susu cair*

1 cawan susu pekat*

Caranya

  • Satukan semua bahan yg bertanda * tapiskan dalam periuk dan masak atas api sederhana.
  • Kacau hingga larut..apabila dah mendidih ganas tutup api dan tuangkan dlm loyang yang ada gula hangus tadi.
  • Biarkan sedikit suam.
  • Masukkan dlm peti sejuk.. bila dah beku bolehlah dipotong dan makan…

Silakan share..