Puding jagung memang enak dimakan sejuk-sejuk. Tekstur puding jagung
yang lembut bergedik dan tak muak dimakan antara kriteria penting puding jagung yang menjadi kegemaran ramai.Resipi puding jagung perkongsian Muhammad Ali memang sesuai untuk dicuba. Bukan sahaja bahannya tidak banyak, cara membuatnya juga tak susah mana pun. Jom cuba! Semestinya hidangan ini sangat enak dinikmati bersama keluarga. Pasti puas hati.
Bahan-bahan:
4 cawan air
1 tin susu cair
10gm serbuk agar-agar
180gm gula
3 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan kordial jagung
1 tin jagung manis creamy
1 tin jagung manis (optional)
1 sudu kecil garam
Loyang saiz 8 inci
Artikel berkaitan: Rahsia Cucur Jagung Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Bancuh Dengan Air Panas!
Resipi Puding Sagu Pelangi, Rupa Cantik, Rasa Pun Sedap
Resipi Puding Cendol, Rasa Lemak-lemak Manis, Makan Sejuk-sejuk Sedap
Cara memasak:
1.Masukkan air, serbuk agar-agar, gula, susu cair, tepung kastard dan tepung jagung ke dalam kuali.
2.Kacau sebati dulu semua bahan biar sebati. Kemudian barulah hidupkan api perlahan.
3.Masukkan juga jagung manis creamy, kordial jagung. Sebatikan.Kacau adunan hingga mendidih.
4.Semasa mendidih, biarkan selama 1-2 minit kemudian barulah tutup api.
5.Seterusnya masukkan garam dan sebatikan.
6.Jika suka, masukkan jagung manis. Kacau lagi.
7.Tuang adunan ke dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum sedia untuk dipotong dan dinikmati.
INFO: Resipi Puding Jagung ini memang lembut dan kena kendalikan dengan berhati-hati kerana ia menggunakan agar-agar.
Empunya resipi menggunakan agar-agar kerana kurang menggemari tekstur kasar bila menggunakan tepung kastard. Jadi kuanti tepung kastard dan menggantikannya dengan agar-agar.
Kredit resipi & foto: Muhammad Ali
Baca lagi: Air Rebusan Rambut Jagung, Sumber Alternatif Rawat Pelbagai Penyakit-Dr Suri Roowi
Bubur Jagung Nak Bagi Kuah Lebih Berasa, Ada Tip Yang Boleh Buat. Barulah Sedap & Puas Makan!