Puding adalah antara kudapan yang menjadi kegemaran ramai. Jika dimakan ketika sejuk rasanya lebih enak.
Selalunya untuk penyediaan puding akan menggunakan serbuk jelly atau agar-agar. Tapi kali ini, cuba resipi ini hanya menggunakan tiga bahan untuk membuat puding yang sedap.
Cara nak buat sangat mudah. Ikuti perkongsian resipi ini.
Bahan-bahannya:
10 keping biskut cream crackers (rasanya apa saja biskut pun boleh)
2 biji telur
3 sdb susu pekat (boleh rasa kalau kurang manis tambah lagi ye)
*pewarna apa ikut suka (kalau tak ada boleh guna serbuk koko / Milo)
Cara penyediaan:
1. Rendam biskut
Mula-mula ambil biskut cream crackers tadi dan rendamkan ke dalam air. Biar kejap dan tunggu sampai lembut. Bila dah lembut, toskan.
2. Campur semua bahan
Lepas tu, campurkan semua bahan iaitu biskut, susu dan telur tadi ke dalam saty bekas.
3. Kisar
Seterusnya kita kisar je semua bahan tadi tu guna blender. Kemudian dan boleh pindahkan masuk dalam acuan. Saya asingkan dalam 2 bekas untuk buat 2 warna.
4. Kukus
Akhir sekali, kukuskan.Nak kukus macam mana? Macam biasa mula-mula panaskan pengukus.Kemudian sapu acuan dengan butter.Bila pengukus dah panas, bolehlah kukus selapis demi selapis.Setiap lapisan tu, kukus selama 5 minit. Cuma yang lapisan paling akhir atas sekali kukus selama 10 minit.*Boleh buat berapa lapis ikut suka. Kalau malas nak lapis banyak kali macam ni, buat 2-3 lapis pun dah ok.Bila dah siap, macam nilah hasilnya.
Keluarga: Mudahnya! Selamat mencuba.
Sumber: Siera Haiyi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club