Puding adalah antara kudapan yang menjadi kegemaran ramai. Jika dimakan ketika sejuk rasanya lebih enak.
Selalunya untuk penyediaan puding akan menggunakan serbuk jelly atau agar-agar. Tapi kali ini, cuba resipi ini hanya menggunakan tiga bahan untuk membuat puding yang sedap.
Cara nak buat sangat mudah. Ikuti perkongsian resipi ini.
Bahan-bahannya:
10 keping biskut cream crackers (rasanya apa saja biskut pun boleh) 2 biji telur 3 sdb susu pekat (boleh rasa kalau kurang manis tambah lagi ye) *pewarna apa ikut suka (kalau tak ada boleh guna serbuk koko / Milo)
Cara penyediaan:
Ads
1. Rendam biskut Mula-mula ambil biskut cream crackers tadi dan rendamkan ke dalam air. Biar kejap dan tunggu sampai lembut. Bila dah lembut, toskan.
2. Campur semua bahan Lepas tu, campurkan semua bahan iaitu biskut, susu dan telur tadi ke dalam saty bekas.
3. Kisar Seterusnya kita kisar je semua bahan tadi tu guna blender. Kemudian dan boleh pindahkan masuk dalam acuan. Saya asingkan dalam 2 bekas untuk buat 2 warna.
Ads
4. Kukus Akhir sekali, kukuskan.Nak kukus macam mana? Macam biasa mula-mula panaskan pengukus.Kemudian sapu acuan dengan butter.Bila pengukus dah panas, bolehlah kukus selapis demi selapis.Setiap lapisan tu, kukus selama 5 minit. Cuma yang lapisan paling akhir atas sekali kukus selama 10 minit.*Boleh buat berapa lapis ikut suka. Kalau malas nak lapis banyak kali macam ni, buat 2-3 lapis pun dah ok.Bila dah siap, macam nilah hasilnya.
Selepas melahirkan anak, semua wanita mahu lekas kembali langsing dan memiliki perut yang rata. Pun begitu bukannya mudah untuk dapatkan perut rata seperti zaman anak dara.
Bukan hanya mengambil masa namun aturan pemakanan dan cara berpantang juga harus tepat. Namun ini yang boleh wanita berpantang lakukan ketika sedang menjalani proses berpantang.
Jangan sesekali abaikan pantang dan ikut rutin wajibnya. Petua tradisional ini harus anda cuba untuk membantu anda kembali langsing.
Santan Kelapa
Tanak santan kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut dan biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
Jadam
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.Bagi yang tidak tahu, jadam merupakan satu bahan yang diproses dari daun lidah buaya. Biasanya dalam setiap ubat periuk dimasukkan jadam tetapi kerana rasanya yang pahit dan tak disukai, jadam tidak lagi digunakan.
Nasi Tanpa Air
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam hingga 3 jam kemudiannya.
Campuran Herba
Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.
Buah Delima
Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam sesebuah rumah tangga, pasti ada turun naik. Ada masanya kita gembira ada masanya kita bermasam muka apabila berlaku perselisihan faham.
Namun, itulah asam garam dalam rumah tangga. Yang penting bagaimana pembawaan diri masing-masing, tahun dan faham akan tanggung jawab serta peranan masing-masing.
Kita bukan lagi dalam status bujangan seperti sebelum ini, boleh keluar sesuka hati, bertemu kawan-kawan tanpa mengira masa atau perlu meminta kebenaran dan sebagainya.
Demikian perkongsian dari saudara Ashman Mat Saleh berkenaan isu ruang masa bersama keluarga dan juga kawan-kawan. Mengakui tidak kisah di cop ‘takut bini’ gara-gara jarang lepak dengan kawan-kawan, ini sebenarnya pandangannya yang cukup win.
F A M I L Y 🍿
Kita bukan takut bini, tapi kita sayang bini kita. Sebab apa? Sebab aku bersyukur dia boleh terima aku seadanya. Jarang keluar lepak, sebab takut bini? Bukan bro. Bini aku tak melarang apa2 pun. Tapi Sebab aku nak QUALITY-TIME dengan bini dan anak. Hari bekerja aku tiap hari balik malam demi cari rezeki untuk keluarga aku.
Bila ajak lepak, kita bukan taknak tapi hari biasa dah habiskan masa di office atau kerja. Tiap hari balik malam, kita bukan orang kaya duit boleh petik jatuh dari langit.
Bila hujung minggu kadang2 tu je la masa luangkan dengan family. Hari kerja dia duduk rumah, jaga anak. Takkan hari cuti pun nak tinggalkan dia.
Mereka pun ada perasaan, mereka pun nak keluar, mereka pun nak ambil angin luar. Bosan dah duduk rumah. Bawa mereka jalan2.
Aku pun nak membesarkan anak aku depan mata sendiri.
Kadang2 orang tak faham, bila tak lepak kena COP TAKUT BINI. Aku tak kisah kena cop macam tu sebab aku tahu kalau keluarga aku susah bukan orang2 tu yang datang membantu. Keluarga kita, kita tahu apa kita buat.
Bagi aku, ada masa dengan kawan, ada masa dengan family. Kenalah pandai balance. Aku jenis suka utamakan family sebab tu tanggungjawab aku bila dah berkahwin. Jangan abaikan mereka.
Aku kerja sampai malam demi cari rezeki untuk mereka. Hidup bujang tak sama hidup dengan orang dah berkahwin.
Aku lebih rela di cop takut bini dari di cop ketua keluarga yang tak bertanggungjawab.
Isteri aku boleh terima aku seadanya pun aku dah bersyukur.
Kita selalunya akan lebih menghargai sesuatu yang telah tiada. Yang telah hilang atau diambil dari kita.
Namun ketika itu, sudah terlewat. Masa tidak akan berputar kembali. Sesungguhnya perit untuk menerima hakikat insan yang tersayang pergi takkan kembali lagi.
Bagi bapa tunggal kepada 3 cahaya mata ini, pemergian arwah isterinya ibarat separuh jiwanya dibawa pergi bersama. Kini dialah bapa, dialah ibu kepada anak-anaknya.
Terpaksa membesarkan anak-anaknya yang masih kecil sendirian, bukanlah sesuatu yang mudah.
Apatah lagi terpaksa menjawab segala pertanyaan tentang ibu mereka. Namun salute dengan Khairul Abdullah yang cukup kuat dan kental biarpun ada kalanya rabak juga di hati tatkala ingatan pada arwah isterinya muncul semula.
Pastinya payah menerima realiti biar di bibir mengatakan REDA. Namun sebagai manusia biasa, emosi ada kala tersentuh bila mana kerinduan menggamit diri.
Semoga Khairul dan anak-anak diberikan kekuatan dan kecekalan di dalam mnenghadapi dugaan ini. Al-Fatihah buat arwah isterinya.
“Assalamualaikum yang, I datang ni.”
Senyap dan sunyi.
Rumput-rumput liar dicabut-cabut, batu-batu kecil dan pasir halus di atas pusaranya dikuis-kuis. Hanya air mata mengalir laju bersama esakan kecil.
“Yang…I love you so much. So so much”
“Demi Allah yang, I rindu you sangat-sangat. Tak tertahan rasanya. Takde satu hari pun yang i tak pernah ingat atau fikir pasal you. Setiap hari I rindu”
“Maafkan I kerana semasa hidup I jarang cakap yang I sayang dan rindu you. I mengharapkan you faham melalui perbuatan sahaja yang sememangnya tak memadai.”
“Tak cukup yang”
“Sepatutnya I lebih banyak luahkan perasaan kasih dan sayang I pada you melalui ucapan dan kata-kata. Tetapi tidak, I simpan semua, hanya sesekali bila terasa”
“Namun sekarang ni dah terlewat. Bagai hendak meletup dada ini yang. Banyak sangat perasaan kasih sayang dan rindu yang nak i ucapkan pada you. Berjuta kali pun I sanggup yang, I sanggup”
“I wish you can hear me…”
“I really wish you can hear me…”
“I love you and I terribly miss you”
Jeda.
“Ya Allah, kau sampaikanlah rasa cinta, kasih dan rindu ini pada isteri ku. Kau ampunilah segala dosa dan tempatkanlah dia di dalam syurgaMu.
Ya Allah, sesungguhnya aku sangat-sangat merindui dia. Kau redakanlah kerinduanku dan kau lapangkanlah dadaku.
Ya Allah, Sesungguhnya anak-anak sangat berduka di dalam merindu sosok ibu mereka. Kau redakanlah dan kurniakanlah kebahagiaan dan kegembiraan buat mereka.
Ya Allah, berikan kekuatan kepada kami untuk meneruskan hidup tanpa dia. Kau bukalah jalan dan permudahkanlah untuk aku membesarkan anak-anak dia.
Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengasih lagi maha penyanyang.
Aminn, Ya Robbal Al Amin.
Perkenankanlah doa-doa kami.”
Jeda.
Kita selalunya akan lebih menghargai sesuatu yang telah tiada. Yang telah hilang atau diambil dari kita. Sudah terlewat ketika itu. Masa tidak akan berputar kembali.
Hanya mampu menangis dan merindu.
Kerinduan pula adalah suatu perasaan yang sangat sukar untuk diungkapkan. Setiap kali ia datang, hati terasa bagai dirobek-robek dan tinggallah ruang-ruang kosong yang tak bisa diisi dan dipenuhi.
Benar, hidup perlu diteruskan.
Akan tetapi, rindu tidak akan pernah padam.
Selamanya.
#diairiseorangsuperdaddy
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.