
Rasa masam manis buah peach nayata cukup memikat selera terutama sekali anak-anak. Sesuai dijadikan hidangan minum petang dan dimakan waktu cuaca panas. Resipi ini dikongsikan oleh Tg Khuzanika menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Penyejuk tekak puding buah peach?… ada yang tergoda kee???…
Puding buah peach..
Bahan-bahan
1 paket agar2 tali (37.5 gm)
6 cwn air ( termasuk air buah peach)
1 tin susu cair
1 cawan gula ( ikut suka)
1 tin buah peach
1/4 cawan sunquick ( perisa campuran mangga)
1 sdb tpg jagung ( bancuh dgn sdikit air)
1 pnutup esen vanila
sdikit garam
sdikit pewarna kuning
buah ceri utk hiasan (suka hati)
Cara membuat:
- Basuh agar-agar, masak bersama air hingga hancur. Kemudian masukkan gula.
- Kemudian masukkn air buah peach, sunquick lalu kacau sebati.
- Masukkan pewarna kuning, susu cair, garam dan esen vanila lalu kacau.
- Masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi. Kacau guna api sederhana.
- Dah nampak cantik padam kan api.
- Susun buah peach dalam loyang… tuang adunan agar-agar tadi ikut kreativiti masing-masing.
Jika Tanam Pokok Tak Subur, Gunakan Bahan Perasa. Ni Sukatannya Untuk Dicuba!

Bercucuk tanam di laman rumah walau dibuat sekadar suka-suka untuk mengisi masa terluang, tentu kita juga mengharapkan suatu masa akan dapat dituai juga hasilnya.
Bahkan jika tanaman terlihat tidak subur, boleh buat hati tidak tenang juga jadinya.
Oleh itu apa kata anda gunakan serbuk perasa makanan untuk dijadikan sebagai baja.
Ini sebagaimana apa yang dipraktikkan oleh Rozie Ziejy ini.
AJINOMOTO UTK BAJA TANAMAN
Ajinomoto kaya dgn MSG yg mampu menyuburkan pokok yg susah mahu berbunga dan berbuah. Dedaun sayur pula akan membesar dua tiga kali ganda saiznya, pertumbuhan tanaman lebih cepat, pokok bunga akan cepat berbunga dan pokok buah akan cepat berbuah.
Terdapat dua kaedah bancuhan Ajinomoto utk tanaman pokok..
PERTAMA:
Ajinomoto 1 sudu teh (5g) utk 1 pasu tanaman.
CARA MEMBAJA:
Tabur terus ajinomoto di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.
KEDUA:
1. Pokok kecil seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain.
Ajinomoto 1 sudu makan (15g) + air 5 liter.
2. Pokok besar seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain. (Utk umur tanaman setahun ke atas).
Ajinomoto 5 sudu makan (75g) + air 1 liter.
CARA MEMBAJA:
Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.
NOTA:
Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat.
Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yg tidak pernah berbunga akan mula berbunga.
Demikian juga pokok yg tdk pernah berbuah akan mula berbuah.
Saya sudah cuba keadah ini ..memang berkesan dan berhasil
sumber : Rozie Ziejy via Berkebun Di Rumah
Menarik juga jika buat begini….
“Boleh Saya Minta Buah Mangga, Isteri Mengandung.” Gara-Gara Isteri Mengidam, Posmen Ni Tulis Nota Kepada Tuan Rumah!

Mengidam antara simptom yang dialami oleh wanita yang mengandung. Ada yang mengidam nakkan sesuatu yang mudah dicari tak kurang juga yang buat diri sendiri pening kepala. Sebagai suami, sudah tentu akan berusaha untuk memenuhi keinginan sang isteri biar susah macam mana sekali pun.
Demikian juga dengan lelaki ini apabila isterinya mengidamkan buah mangga sahaja. Tetapi mangga itu harus dikutip dari pokok dan bukannya dibeli di kedai. Menyebabkan suaminya terpaksa meninggalkan nota kecil buat pemilik buah berkenaan bagi menunaikan hajat isterinya.
Mohammad Zuhelmy Ibrahim, 26 yang merupakan seorang posmen menulis nota berkenaan memandangkan pemilik buah berkenaan tiada di rumah. Namun siapa sangka, nota kecil tersebut tular di twitter bilamana anak pemilik buah berkenaan berkongsi nota tersebut di twitter.
“Salam tuan rumah, pos laju ni, boleh saya minta buah mangga? Esok saya datang ambil, isteri mengandung!” demikian catatan Mohammad Zuhelmy kepada pemilik rumah di Taman Kinrara, Puchong.
“Salam, tuan Rumah, Poslaju ni, Boleh sy minta Buah Mangga? Esok sy dtg ambil. Isteri mengandung!”
sy tulis mcm tu smlm, smlm tulis utk inform, tp x ambil lg, hari ni dtg rumah dia utk ambil.. 😅
— Zuehelmy BujoeZ (@bujoez) August 19, 2020
Mohammad Zuhelmy, menulis catatan itu di atas bungkusan barangan penerima berkenaan pada Selasa lalu dengan harapan dapat menunaikan hajat isterinya, Afrah Wan Sulaiman, 27, yang kini hamil tujuh bulan dan mengidam buah mangga.
Percubaan Mohammad Zuhelmy itu berhasil apabila menerima nota balasan daripada pemilik rumah menyatakan sudah memetik dan meninggalkan buah diinginkan di dalam plastik di atas rak kasut.
Berkongsi kisah sebenar, Mohammad Zuhelmy berkata, hujung minggu lalu, isterinya menyatakan hasrat untuk memakan mangga segar selepas terlihat pokok buah berkenaan di sebuah kawasan di Puchong.
Mohammad Zuhelmy berkata, isterinya pula enggan mangga dibeli di kedai sebaliknya mahu yang dipetik segar daripada pokok.
Ini laa Alkisah sebenar nya kwn2..
dia teringin nya sbelom ni lg,,
utk yg mane2 x fhm jelas lg laa.. 😉 https://t.co/0oZNmv6PgZ pic.twitter.com/FJ0Atj0Ugd— Zuehelmy BujoeZ (@bujoez) August 19, 2020
Demi menunaikan permintaan isterinya yang hamil anak sulung mereka, Mohammad Zuhelmy menyatakan dia akan cuba mendapatkan buah itu dalam waktu terdekat.
“Kebetulan, saya pernah ternampak pokok mangga di rumah salah seorang pelanggan kerana kerap menghantar bungkusan barangan di situ.
“Namun, kebiasaannya, tuan rumah sekeluarga tiada di rumah ketika saya membuat penghantaran jadi pada hari itu, saya tulis pada bungkusan barangan yang ditinggalkan di atas rak kasut sebelum beredar.
“Keesokannya, saya hantar barangan di rumah sama dan terlihat satu nota dilekatkan di hadapan peti surat bertulis buah diinginkan sudah siap dipetik dan boleh diambil. Kemudian, saya pergi lihat dan ada enam biji mangga diletakkan di dalam plastik,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Mohammad Zuhelmy berkata, dia hanya berkongsi kisah itu menerusi status di aplikasi WhatsApp pada hari yang sama.
Tanpa disedarinya, anak kepada pemilik rumah berkenaan turut berkongsi kisah sama di Twitter hingga ia tular selepas menjadi bualan warganet di laman sosial.
whoever this abang poslaju is i just wanna say . ❤️ pic.twitter.com/xfDj1quDTv
— dell (@crimin4lminds) August 18, 2020
“Saya tidak aktif di Twitter dan hanya tahu kisah itu sudah tular selepas diberitahu rakan. Selepas dapat tahu, saya cuba cari ciapan berkenaan untuk ucapkan terima kasih.
“Sepanjang dua tahun bertugas sebagai posmen di kawasan itu, saya pernah berjumpa sekali saja dengan tuan rumah berkenaan dan berasa berbesar hati kerana dia memahami dan sudi menunaikan hajat isteri saya.
“Jika berpeluang, saya mahu bertemu sendiri dengannya selepas ini untuk mengucapkan terima kasih,” katanya yang menetap di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini.
Sementara itu, Afrah yang bekerja sebagai pembantu akauntan ketika dihubungi berkata, dia amat gembira selepas suaminya membawa pulang mangga yang diidamkan.
“Gembira sangat kerana dapat makan buah segar petik dari pokok kerana sebelum ini rasanya biasa saja sebab beli di kedai.
“Saya berterima kasih sangat kepada tuan rumah yang baik budi sedekahkan mangga kepada saya.
“Jarang jumpa tuan rumah yang berhati mulia macam mereka sekeluarga. Semoga tuan rumah sekeluarga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah,” katanya yang dijangka melahirkan cahaya mata November depan.
“Wah Legend Ni Hampir Tak Kenal, Lain Sekarang. Suka Lakonan Mereka.” Wajah Terbaru Sidi Oraza & Isteri Raih Perhatian!

Suatu ketika dahulu, susuk tubuh berwajah tampan ini pernah mewarnai dunia seni lakonan tanah air.
Bahkan era 90-an nama Sidi Oraza cukup terkenal ditambah dengan lakonan yang cukup mantap dalam filem Sayang Salmah dan Layar Lara telah menjulang nama jejaka ini ketika itu.
Namun Sidi Oraza yang kini bergelar Dato Sri kemudiannya meninggalkan dunia lakonan dan menceburi bidang bisnes berasaskan perladangan dan baja. Kehidupan rumah tangga juga bahagai disamping isteri tercinta Datin Sri Tengku Ismawti yang juga dramatis terkenal suatu ketika dahulu.
Sidi Oraza atau nama sebenarnya Syed Osman Bin Syed Rastan, berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang, merupakan seorang pelakon Malaysia yang mencipta nama pada era 1990-an.
Pernah memenangi award Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-41, 1996 (Auckland, New Zealand), melalui Filem Sayang Salmah. Sekarang menjadi usahawan yang berjaya.
Selepas itu, nama Sidi Oraza mula tenggelam dek kemunculan nama-nama baru sementelah pasangan ini juga tidak lagi aktif.
Terbaru, pelakon Ainina Ahmad b memuat naik sekeping gambar di laman instagramnya bersama Sidi Oraza dan isterinya.
Ainina mengambil peluang tersebut untuk mengabadikan gambar kenangan bersama pelakon yang cukup dikaguminya suatu keika dahulu.
Abg Sidi Oraza ….one of the best actor i’ve known…. and got lucky sebab dpt berkerjasama dlm beberapa drama..still mcm dulu peramah 💛💙
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Apatah lagi ramai yang ingin mengetahui perkembangan pelakon ini memandangkan sudah lama tidak mendengar khabar mereka.
Sumber: ainina_ahmad_b
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club