Resipi Pucuk Ubi Goreng Datuk Rizalman Memang Crunchy. Patutlah Ramai Orang Suka

Share

Siapa tak suka makan pucuk ubi. Buatlah apa menu sekalipun, pasti habis licin bila dihidang. Tapi resipi kali ini lebih istimewa kerana ianya dikongsikan sendiri oleh Datuk Rizalman menerusi Ig Live suatu ketika dulu. Sampai sekarang resipi ini menjadi viral sebab memang rangup dan sedap.

Bagi peniaga-peniaga, anda mungkin boleh mengkormisialkannya untuk perniagaan anda. Kalau makan dengan nasi panas ni, memang terangkat.

Resipi ini telah dikongsikan oleh peminat tegar pereka fesyen terkenal tanah air ini di laman Facebooknya.

Wajib Baca : ‘Mungkin Ini Hikmah Allah Hadiahkan Pada Aku’ – Rita Rudaini

Datuk RIzalman ajar cara gini..

Pucuk ubi di basuh dan lap kering atau dah basuh kibas-kibaskan bagi air nya kering baru pesiang.

Jika ada air nanti mase goreng merecik. Habis muka yang lawa tu

BAHAN-BAHAN:
1 besen besar pucuk ubi – basuh bersih & keringkan 
1 mangkuk kecil ikan bilis – basuh bersih, keringkan & gaul tepung beras
2 biji bawang besar – hiris
1 keping asam gelugur 
1 inci belacan 
1 keping (sebesar tapak tangan) ikan kurau masin – goreng, kiraikan isinya & kisar kering 
Segenggam cili kering – rebus, basuh, toskan & kisar kering
Garam & gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, tuang minyak masak yang banyak dan biarkan minyak panas. 
2. Goreng pucuk ubi sehingga ranggup. Toskan.
3. Kemudian goreng ikan bilis hingga rangup. Toskan juga minyaknya.
4. Tumis bawang besar hingga garing.
5. Masukkan cili kering dan kacau. Masukkn garam dan gula secukup rasa. (gula kena letak lebih sikit) Kacau lagi.
6. Seterusnya masukkan belacan dan asam gelugur. Kacau.
7. Tumis sampai cili masak dan sedikit kering sedikit. Masak lagi.
8. Masukkan ikan kurau, kacau diikuti dengan ikan bilis. Tutup api
10. Masukkan pucuk ubi dan gaul perlahan-lahan hingga rata. Jangan gaul kasar-kasar supaya elak pucuk ubi jadi hancur.
11. Bila sudah rata elok, angkat Pucuk Ubi Goreng dan letak dalam besen atau bekas bersesuaian. Biarkan ia sejuk sendiri. Jangan sejukkan di bawah kipas.
12. Bila Pucuk Ubi Goreng sudah sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara.
13. Hidangan ini mampu tahan 2 minggu.

Notes : Guna kuali yang besar supaya senang nak gaul sebati.
Terima kasih ye Datok RIzalman

Kredit: zuraini alias 11

Mesti Baca :

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club