Makan

Resipi Popia Sira Sambal, Rangup, Cukup Rasa Pedas, Manis

Share

Popia sira sambal yang sedap ialah bila rasanya cukup pedas dan manis. Gabungan rasa yang cukup sempurna bagi mendapatkan rasa popia sira sambal yang sedap! Ramai yang sukakannya. Tekstur popia yang rangup, ditambah pula dengan sos yang pedas-pedas manis, memang enak dikunyah.

Makan satu memang tak cukup. Bagi anda yang tercari-cari resipi popia

sira Sambal yang sedap dan mudah disediakan, resipi perkongsian saudara Zaky Mat Ali Ini antara yang boleh dicuba. Pasti puas hati!

RESIPI POPIA SIRA SAMBAL

Bahan-bahan:
Kulit popia secukupnya

Bahan inti:
Kubis – sagat/hiris
Sengkuang – sagat/hiris
Lobak merah – sagat/hiris
Tauge

Bahan sira:
9 sudu cili giling
10 sudu gula
2 sudu sos cili
1/2 sudu garam
Bijan
Minyak masak untuk menumis

Rangup, Cukup Rasa Pedas, Manis

Cara memasak:

1.Untuk membuat inti popia, satukan semua sayur-sayuran dan gaul rata.

 

2. Ambil sekeping kulit popia, letak inti dengan secukupnya dan gulung.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng popia hingga garing dan keperangan.

4. Angkat, toskan minyak dan ketepikan seketika.

5. Untuk membuat sos sira, panaskan minyak masak dan masukkan cili giling.

6. Kemudian masukkan gula, sos cili dan garam.

7. Bila sos sudah masak dan rasa sudah cukup, taburkan bijan dengan secukupnya.

8. Salutkan popia tadi bersama sos hingga rata.

9. Sedia untuk dihidangkan.

TIP MASAK POPIA YANG RANGUP DAN SEDAP:

*Semasa menggulung popia, pastikan popia anda digulung padat-padat.

*Pastikan minyak betul-betul panas dan goreng popia dengan menggunakan api perlahan.

Kredit resipi & foto: Zaky Mat Ali