Syawal bakal menjengah kurang dua minggu sahaja lagi, pastinya kaum ibu yang paling sibuk menyediakan kelengkapan raya.
Kuih-muih antara keutamaan untuk hidangan pagi raya. Majalah Keluarga berkongsi resipi terbaru dari Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN) oleh Laila Fatiha yang cukup mudah untuk disediakan. Pasti anda menggemari rasanya yang rangup. Boleh juga ibu-ibu mengajak anak-anak untuk membantu. Pasti mereka sukakannya.
Bahan-bahan
Kulit popia dipotong (saiz ikut cita rasa)
Ikan bilis dibasuh
Minyak untuk mengoreng
Tepung gandum
Cara membuat:
• Bancuh tepung gandum dalam 2 sudu atau sehingga ikan bilis melekat pada kulit popia tersebut.
• Kulit popia yang dipotong disusun dalam dulang. Celup belakang ikan bilis yang dibelah 2 ke dalam bancuhan tepung.
• Tampal pada kulit popia. Biarkan seketika supaya kulit popia tersebut menjadi keras.
• Kemudian gorengkan kulit popia tersebut.
Tip masakan.
• Boleh ditabur dengan serbuk keju atau serbuk kari untuk menambahkan kesedapan pada kulit popia itu.
• Elakkan membancuh tepung terlalu tebal. Lagi cair lagi baik.
Resipi Asal: Laila fatiha
Resipi Akok Viral Guna Pembakar Roti Je. Cukup Mudah & Yang Penting Tak Hanyir Telur. Sedap Makan Panas-Panas!
Kalau sebut nama menu ini, mesti semua teringat dengan orang Pantai Timur kan. Apa tidaknya, makanan yang satu ini sememangnya terkenal di negeri Cik Siti Wan Kembang. Setiap kali menjelang ramadan, kuih ini antara yang menjadi kegemaran dan pilihan ketika berbuka puasa.
Untuk anda yang gemarkan kuih Akok ni, apa kata cuba buat sendiri. Cukup mudah, hanya guna pembakar roti sahaja. Ynag penting sedap dan tidak berbau hanyir telur walaupun dimakan ketika sejuk. Nak tahu caranya jom lihat perkongsian dari puan Halimatun AsSaadiah Ismail .
Akok kedut guna pembakar roti.. resepi dr grup ni jugak… Alhamdulillah… suami suka 😊
Sedap di makan panas2 dan tak bau hanyir telor walaupun dah sejuk..
Resepi sy dah adjust cket
Masak air gula & sejukkan
(1 cwn air + Gula pasir + gula merah + daun pandan)
Sukatan ikut kemanisan masing2
1) 5 biji telor
2) Sedikit perisa pandan/contoh pada gmbr (option)
3) Secubit garam
4) Santan 1/2 kotak (size kecil)
5) Tepung gandum 3 sudu makan
( blend semua skli dalam 2 minit)
6) Masukkan 2 sudu minyak masak utk effect golden brown
7) Masukkan air gula yg dah sejuk td, blend sekejap
Bakar smpai golden brown… 😊
“Suami Tak Tahu, Lepas Doktor Sahkan Ada Ketulan, Dia Terkejut.” Tun Dr Siti Hasmah Dedah Kisah Sebagai ‘Survivor’ Kanser Payudara
Pengorbanan seorang isteri. Inilah contoh isteri dan ibu mithali yang sanggup berkorban segalanya demi yang tersayang. dek kerana tidak mahu mengganggu tumpuan sang suami yang sibuk sebagai orang nombor satu Negara, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sanggup menyembunyikan berita yang dirinya mempunyai kanser payudara.
Semalam Tun Hasmah berkongsi pengalamannya sebagai seorang ‘survivor’ kanser payudara dan telah menjalani rawatan penyakit berkenaan pada Mac lepas.
Beliau berkata doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan kecil pada kiri payudaranya setelah menjalani pemeriksaan mammogram dan rawatan biopsi di sebuah hospital di ibu negara.
Menurutnya, doktor mengesahkan beliau menghidap kanser payudara pada Mac lalu ketika usianya 92 tahun.
“(Ketika itu) apabila saya rasa tidak sedap, saya terus jumpa doktor. Dalam seminggu, saya disahkan mempunyai ketumbuhan kecil.
“Alhamdulillah ia (ketumbuhan) kecil, yang penting adalah jangan takut untuk melakukan pemeriksaan (kesihatan).
“Saya adalah survivor’ kanser payudara, bersyukur kerana melakukan pemeriksaan awal dan terus menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan seminggu kemudian.
“Sebelum itu saya buat sedikit kesilapan kerana tidak memaklumkan kepada suami membuat ujian berkenaan. Ketika itu Tun Mahathir sibuk dan beliau baru pulang dari luar negara atas urusan kerja.
“Saya hanya maklumkan kepada anak-anak, namun lima hari kemudian doktor pakar datang ke rumah memaklumkan keputusan ujian berkenaan.
“Tun terkejut tetapi dia sendiri sarankan buat pembedahan secepat mungkin. Syukur saya dapat ceritakan kepada anda mengenai kisah dan pengalaman ini.
“Saya ingat lagi hari Isnin dapat keputusan, selepas itu tunggu sampai hari Jumaat masuk wad, petang periksa lagi sekali nak sahkan betul-betul ada ketumbuhan di situ, Sabtu pagi saya masuk bilik bedah, petang selesai pembedahan dan keesokannya saya dibenarkan pulang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL Pink October) 2019 di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.
Dr Siti Hasmah berkata rata-rata wanita takut untuk menjalani ujian saringan mengesan kanser payudara kerana stigma takut dan malu masih menebal selain kurang pengetahuan.
“Kanser payudara boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira umur daripada muda sehinggalah umur 90-an seperti saya.
“Jangan gadaikan nyawa kita kepada jenis kanser yang boleh dicegah sekiranya dapat dikesan dari awal, kerana lebih cepat dapat rawatan lagi cepat kita boleh sembuh.
“Pemeriksaan kesihatan itu merupakan satu tanggungjawab yang perlu diberi kepada diri kita yang masih sihat sebelum mahu menjaga orang lain,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa KL Pink October 2019, Dr Ros Suzanna Ahmad Bustamam berkata kempen yang bermula sejak semalam sehingga Sabtu ini menyasarkan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam di 10 kawasan Parlimen sekitar ibu kota.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu seramai 913 wanita disaring, 104 wanita masih mendapat pemeriksaan lanjut, sebahagian mereka masih dalam temu janji dan 27 rumah pesakit kanser telah dilawati.
“Bagaimanapun daripada jumlah itu, kurang 30 peratus wanita yang telah diberikan temu janji hadir ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut walaupun ditawarkan pengangkutan percuma dan ini sangat membimbangkan kami kerana mereka adalah berpotensi menghidap kanser,” katanya.
Beliau berkata bilangan kes pesakit kanser payudara meningkat setiap tahun dan 18 peratus daripada keseluruhan penyakit kanser adalah kanser payudara.
“Lebih malang apabila lebih 40 peratus daripada pesakit yang datang mendapatkan rawatan adalah pesakit pada peringkat ketiga dan keempat.
“Justeru, kempen ini bukan sahaja memastikan golongan sasar membuat saringan dan pemeriksaan tetapi juga menerapkan maklumat penting tentang penjagaan kesihatan, bantuan dan peranan agensi terlibat dalam membantu mereka meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara,” katanya.
Sumber: Bernama & Harian Metro
Biskut Milo Rangup Kudapan Anak-Anak. Mudah Aje Nak Buat, Pasti Sedap!
Nak cari resipi biskut buat kudapan anak-anak? Hanya menggunakan milo sahaja dah boleh biskut yang rangup untuk anak.
Lagilah sekarang PKP ni tentu anak asyik ulang alik ke dapur cari kudapan. Apa lagi jom buat biskut milo ni. Mesti anak-anak suka.
Resepi Biskut Milo Rangup & Mudah
Bahan-bahan
2 cawan butter/marjerin
2 cawan gula kastor
4 sudu makan krim putar
2-3 cawan Milo
2 camca teh esen vanila
2 biji putih telur
2 cawan tepung jagung
6 cawan tepung gandum
Chocolate rice (hiasan)
Cara-cara
Dalam mangkuk besar, pukul gula kastor dan butter hingga kembang.
Setelah itu masukan putih telur, esen vanila, dan krim putar. Gaul hingga sebati.
Masukan pula bahan kering seperti tepung gandum, tepung jagung dan Milo. Gaul dan uli menggunakan tangan hingga menjadi doh.
Alihkan doh daripada mangkuk. Balutkan doh dalam plastik jernih pembalut makanan kemudian rehatkan ia dalam peti sejuk selama setengah hingga satu jam.
Taburkan sedikit tepung sebelum menghamparkan doh tadi. Gunakan kayu penggelek (rolling pin) untuk meratakan doh. Pastikan doh tidak terlalu nipis.
Gunakan penerap biskut pilihan untuk menerap doh tersebut.
Gris atau alas dulang dengan kertas minyak. Susun biskut di atas dulang dan jangan lupa taburkan chocolate rice sebagai hiasan. Kalau nak letak coklat M&M atau hirisan kacang pun boleh juga!
Bakar pada suhu 185ºC selama 20 hingga 25 minit.
Mudah sangat. Siap kudapan buat anak-anak.
Sumber: Ibu Resepi