Resipi Pizza Tanpa Uli, Wow Mudahnya! Ibu-Ibu Kena Cuba Ni.

Share

Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini sudah tersedia cara yang paling mudah. Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, hidangan ini pantas memikat selera suami dan anak-anak. Jom cuba untuk hidangan petang ini.

Bahan-bahan:

Roti Paratha Segera (sejuk beku)

Sos Spagetti segera

Sosej (dihiris nipis)

Nenas (dipotong kiub)

Bawang Holland (dipotong dadu)

Keju Mozarella

Cara membuat:

1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.

2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.

3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.

4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.

5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.

6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.

Sumber: Rafiza Idayu (Facebook)