Resipi Pisang Goreng Crunchy & Tak Berminyak. Hanya Guna Tepung Bancuh Sendiri, Ni Resipinya!
Makan keledek atau pisang goreng, kalau bancuhan tepung tak ranggup seakan tidak berselera pula rasanya. Begitu juga halnya bagi keluarga puan Normala Kori di mana anak-anak sangat suka akan rasa pisang goreng yang rangup dimakan pula bersama sambal kicap.
“Kalau tak crunchy tak sah! Nak yang crunchy jer semua! Kalau kmala goreng pisang atau keledek semua anak-anak beratur tunggu….Cicah sambal kicap dan kena dengan kopi panas!
“Masih ingat satu ketika dulu bisnez jatuh teruk, tahun 2008. Terpaksa jual rumah jual semua kereta yang ada..Sempat niaga tepi jalan dan bukak kedai makan masakan panas satu..
“Kmala sempat niaga pisang goreng keledek cempedak .. sehari sampai 200kg kadang habis..
“Nasi kukus ayam rempah pulak 170 ke 250 ekor sehari..resepi dari tukang masak istana bagi..tapi penat nya Allah saja yang tahu…sebab sebelum tu kita tak pernah niaga kan… bertahan hanya 3 tahun kerana kmala dapat cancer lymphoma stage 4 dan terpaksa mengikuti kimotherapi di hospital lebih kurang 8 bulan.. dan tiada siapa yg boleh diharapkan untuk menjaga kedai.
“Kebetulan cik somi dapat balik buat project dengan government..so semua barang dijual…ni salah satu makanan yang akak jual…wlupun tepi jalan lrt, pisang goreng panas nih sangat ramai yang gemar.
“Kata mereka crunchy dan tak berminyak.. kmala halalkan resepi untuk semua yang nak niaga… Buatlah semoga terus maju dan berjaya! Yang penting masa nak goreng minyak kena banyak dan betul panas! Buatlah untuk siapa yang nak niaga! Kmala halal kan..dulu masa niaga.. berbagai resepi cuba!!! Tapi yg ni resepi terbaik dan customer tak putus beli…. Kita jual seperti kita sendiri yang nak makan,” kongsinya panjang lebar ketika berkongsi resipi pisang goreng di media sosial.
Resepi Pisang Goreng Crunchy
bahan-bahannya ..
Bahan yg digaul sebelum letak air :
Tepung beras 2 cawan
Tepung jagung secawan
Tepung gandum setengah cawan
Telur c 1 biji (kalau telur A separuh sahaja tak boleh banyak sangat telur sebabnya jika banyak sangat..rangup ya takkan tahan sampai 4 5 jam)
Serbuk kunyit 1/2 sudu teh
Air kapur agak dalam 4 sudu besar makan. Agak-agak yang ni jangan terlebih..nanti berbuih..jangan terlalu sikit.
Garam setengah sudu teh..
Mentega satu sudu besar
(Kalau untuk makan sendiri tambah kelapa parut atau mesin dalam 3 sudu..jadi tambah berlemak..)
Setelah digaul …
Masukkan air dalam 2 cawan yang sama… Agak-agak jangan terlalu pekat nanti kerak tak cantik.
Bagi cair sedikit..sesudah digaul dgn air.. letakkan pisang atau keledek untuk digoreng..
Pastikan minyak betul panas dan banyak. Kalau nak pisang atau keledek melekat berkerak kat pisang.. minyak panas tu renjis bancuhan tadi.. lepas tu baru letak pisang atas nya…
Cuba lah Kak mala tak tipu.. crunchy nya boleh tahan 4 5 jam.. sangat tahan lama dan sedap…buat la..kmala halalkan untuk u all semua cuba.
Tips taknak pisang goreng dan keledek makan minyak! Jgn goreng api terlalu perlahan. Nanti minyak meresap ke tepung.
Sumber : Normala Kori
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club