Menyediakan menu untuk tetamu sepanjang Hari Raya nanti tidaklah hanya dengan menghidangkan biskut dan kek semata-mata di atas meja. Umumnya, jika tetamu bertandang kita sebagai tuan rumah akan cuba untuk memberikan yang terbaik.
Jadi apa kata dalam anda berkira-kira untuk menyediakan pelbagai menu di hari raya nanti, apa kata ada baiknya terlebih dahulu sediakan pes yang betul-betul sedap ini. Apa yang pasti, bila tersedia pes ini di dalam simpanan, tetamu datang mengejut pun tidak menjadi masalah. Boleh sediakan hidangan dengan sekelip mata!
Selamat mencuba!
PES IKAN BAKAR
Bahan-bahan :
Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Belacan
Kunyit hidup
Gula
Air asam jawa
Daun kunyit
Garam
Cara Buat :
1. Blend cabai kering, bawang besar, bawang merah dan bawang putih, serai yang dihiris nipis-nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dengan sedikit minyak.
3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
PES SAMBAL TUMIS
Bahan-bahan:
Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Gula Melaka
Air asam jawa
Cara Buat :
1. Blend cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan.
2. Tumis dalam minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.
PES GULAI IKAN
Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Daun kari
Halba
Rempah kari ikan
Bawang besar
Cili kering
Air asam jawa
KUAH BLACK PEPPER
Bahan-bahan:
Bawang besar
Kentang
Mentega
Sos lada hitam
Sos tiram
Kicap
Garam
Serbuk lada putih
Tepung jagung
Cara Buat :
PES NASI GORENG IKAN BILIS
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Bawnag merah
Bawang putih
Cili padi
Kiub ikan bilis
Cara buat :
1.Blend ikan bilis yg dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.
(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur2an dsbnya.
PES ASAM PEDAS TUMIS
Bahan-bahan:
Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Tomato
Belacan
Serai
Gula
Air asam jawa
Garam
Cara Buat :
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan. 2. Tumis dlm minyak panas. 3.Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam/perisa.
(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)
Sumber : De Rossza Homemade
Tidak cukup dengan ini, ada lima lagi pes lain yang boleh dicuba. Ini dikongsikan oleh Awien Ariff.
“Bukan apa.. kite ni taklah rajin ke dapur. Tiba time malas boleh heret seminggu siang malam tapau je. Jadi, bila dah ada pes2 mcmni, senang nak masak. Kwn², kenalan, sedara mara, adik beradik nak datang mengejut pun kite pun xterkejut sgt Faham kan.. situasi kelam kabut tu mcm mana..Ok kite share resepi pes masakan & sedikit resepi sebagai contoh.”-Awien Ariff
PES 1 : Pes Cili Kering
– Rebus Cili Kering dulu.
– Blend Cili Kering, Bawang Besar, Bawang Putih
– Cili kering lebih kurang 1/2 kilo, Bawang Besar 4biji, Bawang Putih (10biji)
ANTARA MASAKAN YANG BOLEH GUNA PES INI:
– Bihun Goreng
– Mee Goreng
– Kuew Teow Goreng
– Maggie Goreng
– Nasi Goreng
– Asam Pedas
– Segala jenis masakan bersambal (sotong, udang, ayam, ikan etc)
SAMBAL AYAM (PES 1)
CARA-CARA:
1. Goreng ayam yg sudah digaul serbuk kunyit & garam. Ketepikan ayam.
2. Tumis PES 1 (3 SENDUK) dengan minyak gorengan ayam tadi.
3. Masukkan garam, gula & asam keping sedikit.
4. Masukkan bwg besar yang dipotong bulat
5. Masukkan ayam semula, dah sekata angkat & hidang.
Note: Sambal kena betul2 masak ok baru pedepow..
PES 2 : Pes Ikan Bakar
– Blend Serai, Halia, Lengkuas, Kunyit Hidup, Bawang Besar, Bawang Putih, Cili Kering
– Ok yang ini korang agak2 je lah ya. Serai tu lebih sikit. Balance kan semua bahan².
– DAH SIAP, PLEASE MASAK DULU YA.. MASUKKAN GARAM + GULA MELAKA. SEJUKKAN BARU MASUK PETI AIS.
ANTARA MASAKAN YANG BOLEH GUNA PES NI:
1. Ikan Bakar
2. Rendang (Ayam, Daging, Kerang etc)
3. Masak hitam
4. Kerutuk
5. Kuzi
6. Ayam Masak Merah
DAGING MASAK HITAM (PES 2)
CARA-CARA:
1. Rebus daging. Kemudian hiris nipis & tumbuk sikit (guna lesung bukan buku lima ok)
2. Tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis.
3. Masukkan PES 2 ( AGAK2 NAK BUMBU BYK MANA)
4. Dah pecah minyak, masukkan bawang goreng & kicap sedikit lagi (bagi gelap2 skit.. Hitam manis pandang xjemu woi
5. Masukkan garam & perasa/gula.
Note: Jgn tanya kenapa xtumis dgn serai bla bla bla.. Dalam pes tu kan dah ada serai..
PES 3 : Pes Masak Lemak
– Bawang Besar, Bawang putih, Halia, Kunyit Hidup, Cili Akar warna hijau (ikut pantang mak kite xbg pakai cili merah tu, katanya nnti warna dia xcantik.. tapi cili hijau sikit sgt malas nak pegi kedai.. kite campur cili merah sikit
– Bawang Besar 3biji
– Bawang Putih 8biji
– Halia seketul
– Kunyit Hidup sebiji
– Cili Hijau (Ikut nak pedas mana)
ANTARA MASAKAN YANG BOLEH GUNA PES NI:
1. Segala jenis masak lemak (ayam, daging etc)
MASAK LEMAK IKAN MASIN (PES 4)
CARA-CARA:
1. TUMIS PES 4 (3 SUDU) bersama 1 batang serai yang diketuk.
2. Dah naik bau, masukkan santan & air sedikit.
3. Masukkan asam keping
4. Masukkan ikan masin yang sudah dicuci terlebih dahulu.
5. Masukkan kentang yang sudah direbus terlebih dahulu.
6. Masukkan Bendi, tomato dan daun kunyit yang disimpul.
7. Rasa dahulu, kalau kurang masin, letak garam sedikit.
SAMBAL CILI IKAN KEMBUNG (PES 4)
CARA-CARA:
1. GORENG IKAN TERLEBIH DAHULU.
2. TUMIS PES 5 ( SESENDUK) sampai terbit minyak dalam minyak gorengan ikan tadi.
3. Masukkan bawang merah yang dipotong bulat.
4. Masukkan garam & gula sedikit.
5. Masukkan ikan goreng tadi.