Selalunya bila kita makan peria goreng di restoran mamak, peria gorengnya sangatlah rangup. Peria goreng antara menu yang sering menjadi pilihan setiap kali makan nasi kandar di restoran mamak. Kalau tak ada, memang tak lengkap makan nasi kandar.
Peria crispy memang enak dinikmati bersama nasi dan kari. Rupanya mudah sahaja nak masak peria goreng crispy. Bahan-bahannya pun tidak banyak. Paling best, peria ini kekal rangup sampai ke malam.
Resipi Peria Goreng Crispy ‘Super Rangup’
RESIPI PERIA GORENG CRISPY
Bahan-bahan:
Peria katak
Garam
Air
1½ sudu teh serbuk kunyit
1½ sudu makan serbuk cili
2 sudu teh serbuk lada putih
1½ sudu makan jintan manis
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
Minyak masak secukupnya
Ini Resipi Ala Mamak Buat
Cara memasak:
1. Ambil peria dan hiris nipis. Kemudian cuci dan rendam dalam air garam selama 20 minit. Kemudian bilas lagi sekali.
2. Letak dalam mangkuk dan masukkan garam dengan secukupnya. Kacau sebati.
3. Kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada putih dan jintan manis. Gaul sebati sekali lagi. Biarkan selama 30 minit.
Ads
4. Bila cukup masa, masukkan tepung jagung dan juga tepung beras. Gaul hingga semu bahan bersalut rata.
5. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali. Biarkan hingga minyak betul-betul panas.
Ads
6. Bila minyak sudah benar-benar panas, tukar api kepada sederhana besar dan masukkan peria. Ini adalah tip untuk dapatkan peria yang betul-betul rangup dan tahan lama.
7. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyaknya.
8. Sejukkan peria terlebih dhulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
NOTA: Pastikan peria betul-betul sejuk baru disimpan dalam bekas. Boleh tahan rangup sampai malam. Jangan simpan peria yang masih panas waima suam sekalipun. Nanti ia akan jadi lemau.
Siapa yang tak kenal dan tak pernah makan kuih lopes kan. Kuih yang diperbuat daripada beras pulut dan di lumuri dengan kelapa parut. Cukup enak dimakan bersama gula melaka yang sudah dicairkan
Memandangkn sekarang ni PKP, jadi pasti susah nak dapat kuih ini kan. Jadi apa kata anda cuba menyediakannya sendiri di rumah untuk hidangan keluarga untuk berbuka nanti. Lebih jimat dan anda boleh makan sebanyak mana yang anda mahukan.
Jom cuba resipi Kuih Lopes yang dikongsikan oleh puan Sally Aqua
Kuih Lopes cara k.sally.
Bahan-bahan
2 cawan beras pulut (Dapat 15-20 biji kuih lopes)
2.5 cawan air
Pewarna hijau Daun pandan
Satu sudu minyak masak
Sedikit garam (hujung sudu shj)
Kelapa parut untuk menggaul pulut
6 sudu gula merah
2 sudu gula putih
Cara buat di gambar step by step. Moga bermanfaat buat puan2 😊
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lama tak merasa makan nasi kenduri dan antara menu yang dicari adalah nasi minyak yang dimakan bersama acar rampai.
Jom cuba buat menu ini bagi menambah kelazatan menu hidangan keluarga.
ACAR RAMPAI
Bahan-bahan:
5 biji timun muda potong memanjang, bahagian tengah dia tak payah ambil
2 biji lobak merah
Cara buat :
Rendam dengan 2 sudu kapur makan 30-40minit sebelum masak untuk bagi rangup, kemudian bilas dan toskan.
SAMBAL ACAR
Bahan-bahan:
1 cawan minyak
15 ulas bawang putih-jika besar belah dua
10 biji bawang ros
2 biji bawang besar-dikisar
3 inci halia-dikisar
3 sudu cili kisar
3 sudu biji sawi
2 sudu makan serbuk kari daging
2 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu serbuk kunyit
4 sudu makan cuka
Sos tiram & sos cili
Gula
Cara buat :
1.Panaskan minyak masak kemudian masukan 15 biji bawang putih (kalau besar potong 2)
Masukkan juga bawang ros, dan tumis sekejap.
Kemudian masukan bawang besar yang telah dikisar, bersama halia kisar dan cili kisar.
4 Masukkan biji sawi dan tumis sampai wangi.
Kemudian masukan serbuk kari daging, serbuk kari ikan, kunyit.
Masukan air dan tumis sampai pecah minyak.
7.Kemudian masukan cuka makan, sos tiram sikit, sos cili sikit. Masukan gula dan perasa (acar ni kena manis-manis masam).
Masak sampai agak pekat dan tutup api. Bila dan suam baru masukan sayur tadi, boleh tambah setengah genggam bijan sangai ataupun kacang goreng tumbuk.https://youtu.be/dUpt50y0xaQARTIKEL MENARIK :
Jika ditanya dimana letakkan rasa sedap kuih karipap, selain rasa intinya yang lembut berasa, kurangupan kulitnya juga sangat mempengaruhi rasa. Jadi sebab ini juga, tidak hairanlah anak-anak kita kalau makan karipap akan dimakan bahagian sekeliling klim terlebih dahulu dek kerana kerangupannya.
Pun begitu, menyentuh tentang memastikan kerangupan kulit karipap ini ada orang memang boleh buat. Kalau biasanya hanya sedap ketika panas, namun petua yang dikongsikan oleh Sofea Hariss Firdaus karipap yang dimasak boleh kekal rangup hingga seharian.
Nak tahu apa tip dan petuanya, jom semak.
Rahsia Karipap Rangup Hingga Ke Petang
Sukatan marjerin
Untuk 1 kilo tepung guna 1 cwn minyak dn juga 2 sudu majerin.gambar kat atas tu cik kelly bancuh untuk 2 kilo ok. Bila minyak dan majerin kita td dah panas.curah kn kt atas tepung tu.awass yer.panas yang amat ni.gaul pakai sudu dulu.
2. Jenis Tepung
Pakai tepung yang ini sahaja
3. Sukatan air
Air 350ml untuk setiap 1 kilo tepung
4. Guna air kapur
Ni la rahsia che kelly buat karipap rangup sampai petang.air rendaman kapur makan yg jernih macam ni.setiap 1 kilo tepung masukk an 2 sudu mkn air kapur
5. Cara buat mesti betul
Tepung td kita gaul kn . Lepas tu ltk air dan air kapur td.uli sampai jadi mcm ni.jangan risau kalau x licin.janji dah sebati.
Dah siap uli tu masuk kan dalam plastik macam ni.x nak bagi kena angin.4 jam kemudian boleh la d gunakn untuk buat karipap.tujuan kita buat macam ni nak suruh doh kita tu jadi lembut dan macam berminyak sikit.ini cara che kelly buat kulit karipap.lain orang lain caranya
Goreng panas2 Kalau nk buat frozen cukup goreng separuh masak.
sumber : Sofea Hariss Firdaus
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.