Resipi Penkek Projek Super Daddy & Anak-Anak Dengan Macam-Macam Bentuk Haiwan. Ini Caranya!

Share

Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi dilaksanakan. Jadinya, baiklah kita dengar nasihat dari Perdana Menteri untuk #stayathome. Sambil tu apa kata kita sediakan apa yang patut untuk keluarga.

Apa kata buat aktiviti menyeronokkan bersama anak-anak. Sambil tu mereka boleh belanjar benda baru. Jom sediakan hidangan buat anak-anak semudah ABC. Super Daddy saudara Khairul Abdullah kongsikan cara dia membuat penkek bersama anak-anaknya. Cukup comel dan unik dengan pelbagai jenis bentuk haiwan. 


Elok jer hujan berhenti, anak-anak minta nak makan pancake.

Sebab dah boring pancake bulat, daddy buat pancake haiwan pulak. Walaupun huduh tapi ada bentuk dan ada rasa. Hahaha laju kemain depa makan. Elok aku siap depa pun dah siap makan.

Nah resepi Penkek Haiwan oleh SuperDaddy Khairul Abdullah

Bahan-bahan untuk projek ini:

1 cawan tepung gandum

1 cawan susu segar/full cream/low fat whatever

2 sudu kecil baking powder

1 biji telur

2 sudu gula

1/2 sudu kecil garam

1 sudu butter atau marjerin atau minyak masak

1-2 jenis pewarna

Projek ini elok dilaksanakan bersama anak-anak:

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali pewarna dalam bekas dan kacau sebati. Atau masukkan dalam blender dan putarrrr.

2. Masukkan adunan dalam botol bermuncung. Guna 2 botol dan buat 2 bahagian. Salah satu botol masukkan pewarna. Tak kisah warna apa yang ada.

3. Panaskan non-stick pan dengan api paling slow.

4. Picit botol dan lukislah bentuk kesukaan korang. Buat outline dia dulu lepas tu baru fill dengan kaler.

5. Biar sampai keluar bubble dan berlubang-lubang kemudian balikkan.

Siap.

Dapatlah dalam 9-10 ekor haiwan.

Hidangkan dengan madu atau susu atau enak juga dimakan begitu saja, oohhhh gard… ehhh termenyanyi pulak.

Tadi anak-anak aku masing-masing dapat makan seekor dinasour, rimau dan itik.

Kenyang 3 hari 3 malam lah gamaknya.

#ResepiSuperDaddy

#ResepiPancake

#Pancake3D