Kalau makan roti bakar sedap lah kan disapu dengan peanut butter tak pun perisa lain seperti coklat mahupun strawberi. Biasanya ini semua kita beli je di kedai. Apa kata kali ini ibu-ibu buat sendiri. Lagi menjimatkan dan paling penting terjamin kebersihannya selain dapat kurangkan penggunaan bahan seperti gula, garam dan minyak.
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Mufidah Abdul Hadi Alyunusi ini. Selamat mencuba!
**********************************
Homemade Peanut Butter
Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Bahan2 untuk buat peanut butter:
* Kacang tanah
* Sedikit garam (saya guna garam buluh)
* Sedikit pemanis (saya guna madu.. boleh guna gula, stevia atau lain2)
* Sedikit minyak – optional (saya guna 2 sudu teh minyak zaitun untuk setiap 500g kacang tanah.. boleh guna minyak kacang, minyak jagung, minyak sayuran atau lain2.. Penggunaan minyak adalah sebagai stabilizer dan supaya menghasilkan peanut butter yang lebih halus dan tahan lebih lama).
Cara buat:
* Kacang dipanggang hingga masak.
* Buangkan kulitnya.
* Masukkan ke dalam blender kering (isi separuh penuh saja) dan kisar.
* Tambah garam, pemanis dan minyak (jika suka) secukupnya dan kisar lagi hingga halus.
* Untuk membuat chunky style peanut butter, cuma tambah sedikit kacang tanah yang dikisar kasar.
Untuk menyimpan peanut butter pada suhu bilik pada jangka yang lebih lama (dalam sebulan), syerilizekan dulu balang yang akan digunakan dengan cara ini:
* Rebus balang kaca bersama penutupnya. Biar mendidih selama 10 minit.
* Toskan balang kaca dan penutupnya.
* Balang kaca dimasukkan ke dalam oven dan dibakar selama 20 minit pada suhu 120-130 darjah manakala penutupnya dikeringkan saja.
Nota:
Untuk pastikan supaya peanut butter buatan sendiri tahan lebih lama, pastikan barangan yang diguna untuk menyediakan peanut butter seperti mangkuk, blender kering, sudu dan lain2 dalam keadaan kering. Pastikan juga tiap kali cedok peanut butter ini, guna sudu atau pisau butter yang kering.