Pancake ini nampak aje senang nak buat, tapi realitinya untuk membuatnya kena ada skil dan bahan-bahan bancuhan kena betul. Bukan main agak-agaknya.
Jika dah pakar tak ada masalah, bagi yang newbie baru nak belajar memasak tentu kena detail resipinya.
Menarik dengan perkongsian resipi pankek ala Ala McD, telah mendapar perkongsian sehingga 8.9K.
Siapa kata, nak buat pankek senang, buktinya ramai yang share ingin membuat hidangan ini dengan sukatan yang betul.
Artikel menarik: Rakyat Malaysia Guna Sepenuhnya Gaji, Sukar Nak Menyimpan Setiap Bulan. Take Note Kajian RinggitPlus Ini.
Jom lihat resipi ini.
Gebus gebas dan lembut
Saya suka makan pankek mc d.. Almost setiap hari order pankek dia. Dah try mcm2 instant pankek tapi xde yg menjadi mcm mc d.
Hari ni try resepi encik Khairul Abdullah.
Mmg menjadi sama sebijik sejiban mc D. Save dah rm12 sehari. Tq Encik Khairul super daddy tu.
*tips kuali kena kecik, dan panas baru tuang adunan agak tebal. Tanpa minyak.
Resepi :
1 cawan tepung gandum.
1 cawan susu segar.
2 sudu besar baking powder.
3 sudu besar gula.
1 sudu kecil garam.
1 biji telur.
1 sudu kecil esen vanilla jika sudi.
2 sudu butter/minyak masak.
Cara nak buat dia:
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sampai halus sebati. Atau kalau malas nak guna blender, satukan semua bahan di dalam bekas dan pukul sebati.
2. Panaskan kuali non-stick dengan api yang perlahan. Sendukkan adunan ke dalam kuali. Tunggu sampai keluar gelembung dan balikkan. Tunggu keperangan dan angkat.
Hidangkan dengan butter, maple syrup, madu, potongan buah, chocolate sauce, strawberry sauce atau apa sahaja yang berkenan di hati.
Resepi di atas boleh dapat antar 6-7 biji penkek standard saiz. kalau buat kecik-kecik dapatlah banyak.
Sumber: Emma Wan Noordin
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club