
Ada antara bakal ibu yang begitu teruja untuk menyusukan anak. Namun, ada sesetengah yang mengalami masalah susu kering dan ada yang tidak keluar.
Pasti ibu-ibu yang ada masalah ini frust kan. Jangan gitu, lagi kita stres makin tak nak keluar susu kita.
Nah cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Hazirah Maulana. Mungkin dapat membantu menyelesaikan susu badan tak banyak.
Nak menyusukan anak ni bukan perkara mudah. Sebab tu kalau ada yang berjaya sehingga anak 2 tahun tu layak dapat tittle PHD.
Ade beberapa minuman yang saya amalkan dalam menjayakan misi menyusukan Damia. Damia baru je nak masuk setahun.
Saja tepek sini kot lah boleh bagi panduan kat mak mak yang nak tambahkan susu badan.
Semoga bermanfaat ?
“Moga Diganti Rezeki Yang Lebih Indah.” Hamil Luar Rahim, Shima Anuar Selamat Jalani Pembedahan & Masih Di ICU!

Impian pelakon Shima Anuar untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila disahkan hamil luar rahim.
Berita tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya. Pelakon berusia 31 tahun itu masih berada dalam unit rawatan rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan bagi menggugurkan kandungan di sebuah hospital, semalam.
“Ia sangat menyakitkan. Masih dalam ICU. Saya kehilangan darah ketika pembedahan semalam dan saya kehilangan bayi dalam kandungan kerana kehamilan di luar rahim (ektopik).
“Terima kasih terlalu ramai yang mendoakan saya. Saya akan baik-baik saja Insya-Allah,” tulisnya dengan memuat naik sekeping foto sedang dirawat di ICU.
Sebelum ini, Shima memaklumkan dirinya sedang berbadan dua dan mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada melakukan sebarang aktiviti seni.
Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha, 54. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mariam Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet berkongsi ucapan takziah dan menitipkan doa semoga Shima kembali sembuh dan sabar dengan dugaan tersebut.
Sumber: shimaanuar
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Petua Mudah Nak Bibir ‘Pinky’ Hanya Guna 3 Bahan Dapur Je, Baru Kekal Cantik Dihadapan Suami.

Semua wanita ingin tampil cantik. Biarpun sudah beranak pinak, tetapi mak-mak ni tetap kena jaga penampilan di hadapan suami. Jangan nak keluar rumah baru je nak kelihatan cantik. Tapi di rumah bak ‘hantu Kak Limah.!”.
Jangan begitu kak! Biarpun sudah berusia penampilan tetap kena jaga. Pastikan sedap mata memandang bila bersama suami di rumah.
Tapi ini tidak bermakna duduk di rumah kena bersolek 24 jam! Salah tu, tapi kena kelihatan kemas dan cantik secara natural.
Cantik bukan sahaja pada wajah aje tapi pada bibir juga. Bayangkan setiap hari suami lihat kusam je bibir, siap dengan berkuping pula. Makan hati suami. Memang suami akan terima isteri seadanya tapi tak salah untuk kita kekal cantik dihadapan suami.
Jadi nak bibir merah bak delima atau nampak ‘pinky’, boleh cuba pertua yang dikongsi oleh Fahaniza Bakri menerusi facebook miliknya.
Hanya menggunakan 3 bahan aje. Semua ada di rak dapur anda. Tak perlu berhabis wang ringgit dengan banyak. tapi kena lah konsisten lakukannya, barulah nampak hasilnya.
Berikut perkongsiannya.
Bibir dah kusam kan, yelah segala mak nenek lipstik kita dah letak ni.Kadang jadi gelap nampak lesu je bibir tu.
Tambah pulak sekarang ni musim panas, kurang minum air. Dah jadi kuping kering bibir tu. Kesian bibir, sampai bertambah luka nanti.
Meh Kak Niza ajar buat lips scrub. Mudah sangat guna 3 bahan je.
Bahan yang mudah dapat kat dapur korang je ni.
Paling penting korang kena rajin la scrub baru bertambah suwit nanti.
Bahan-bahan:
-Minyak zaitun (boleh diganti dengan madu atau minyak kelapa dara)
-Serbuk kayu manis
-Gula
-Bekas
Cara penyediaan:
Selamat mencuba!
Sumber: Fahaniza Bakri
Senang Je Nak Buat Cili Jeruk Rangup, Sedap & Tahan Lama. Lelaki Ni Kongsikan Caranya. Boleh Tahan Sampai 6 Bulan

Rasa jeruk cili yang pedas-pedas manis, masam dan menyengat serta ditambah keranggupan rasa ketika mengunyah cili jeruk menjadikan ianya cukup sempurna.
Selain cili padi, ada juga antara kita gemarkan jeruk cili hijau untuk dimakan bersama bihun goreng, Char Kue Tiaw mahu pun Mi Goreng. Tak lengkap kalau tak ada cili jeruk kan?
Admin kongsikan cara buat nya, mudah tapi sedap. Inilah cara yang dikongsikan oleh saudara Lebai Kudin.
Jeruk Cili Rangup Sedap Tahan Lama:
1. Petik cili kat tepi rumah, cuci dan keringkan.
2. Guna botol kaca 250ml atau 300ml.
3. Isikan 1/4 cuka makan, 1/4 air panas mendidih, 3 sudu makan gula dan 1 sudu teh garam.
4. Kacau dan biarkan sejuk dalam suhu bilik.
5. Penuhkan botol dengan cili.
6. Simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga 6 bulan.
7. Guna untuk masak tumis, buat sambal belacan dan sebagai ulam.
Selamat mencuba.
Kredit:Lebai Kudin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.