Makan

Resipi Nasi Ulam Terengganu, Menu Sedap Dan Sihat Waktu Berbuka

Share

Resipi nasi ulam Terengganu, menu sedap dan sihat waktu berbuka. Nasi ulam Terengganu adalah hidangan tradisional yang terdiri daripada nasi putih yang dicampur dengan pelbagai jenis ulam segar dan ramuan lain yang memberikan rasa unik dan aroma yang wangi.

Resipi Nasi Ulam Terengganu, Menu Sedap Dan Sihat Waktu Berbuka

Yang pasti nasi ulam antara menu yang memang dicari-cari terutama ketika bulan Ramadan. Ayuh kita cuba resipi yang dikongsikan oleh  Muliadi Ramli

ini.

MENU NASI ULAM TERENGGANU

BAHAN A: ULAM
Daun kunyit
Daun Selon
Daun cekur
Daun pegaga
Pucuk tenggek burung
Pucuk putat
Pucuk jambu golok
Pucuk ulam raja
Daun kesum
Daun selasih
Daun kemangin
Bunga kantan
Serai
Pucuk pegaga
Kacang botol
Cili padi

*semua bahan di atas dimayang atau dihiris halus

 

BAHAN B:
5 biji bawang merah
3 sudu besar lada hitam
3 ekor ikan selayang  (dibakar)
2 ekor ikan kering (digoreng)

*semua bahan B ditumbuk.

BAHAN C:
2 cawan nasi ( dimasak kering sedikit)
Garam dan gula
Perasa
1 sudu besar kerisik
1/2 biji kelapa parut
1 biji limau nipis

CARA MEMBUAT:

1. Goreng kelapa bagi kering sedikit.

2. Masukkan bahan B. Gaul rata.

3. Masukkan kerisik, garam gula dan perasa.

4. Apabila agak-agak sebati, tutup api.

5. Kemudian bolehlah dicampurkan dengan nasi, ulam-ulaman dan kelapa bersama bahan B tadi.

6.Gaul rata dan sebatikan. Siap.

Bolehlah makan dengan telur masin dan keropok keping atau apa-apa lauk kegemaran.

 

Sumber: Muliadi Ramli via Masakan Terengganu

Baca artikel lain juga: Buat Nasi Kak Wok, Hanya Masak Satu Menu Tapi Lengkap Hidangan Penuhi Selera Keluarga!

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my