Resipi Nasi Minyak Yang Simple, Cepat & Sedap. Hidang Bersama Daging Beriani Mengundang Selera. Memang Padu!

Share

Apa nak masak ya untuk dijamu pada tetamu yang nak datang beraya esok? Apa kata cuba hidangkan Nasi Minyak yang cukup mudah caranya. Dipadankan pula dengan Daging Beriani memandangkan sudah ada daging di rumah kan.

Cukup lengkap sebagai sajian utama. Pasti membuatkan tetamu kekenyangan. Jom tengok resipinya!

– NASI MINYAK SIMPLE –

– 3 cawan beras basmathi
– 1/2 cawan margerin/planta
– 3 1/2 cawan air
– 1 cawan susu cair
– 2 kuntum bunga lawang
– 2 batang kulit kayu manis
– 3 biji buah pelaga
– 2 helai daun pandan
– garam secukupnya
– 1 kuib stok ayam
– Pewarna kuning

BAHAN KISAR:

– 6 biji bawang merag
– 3 ulas bawang putih
– 1 cm halia

BAHAN HIASAN:

– bawang goreng
– daun bawang dihiris

CARA :

1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.

2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.

3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.

4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.

5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!

– DAGING BERIANI –

– 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
– 1/2cawan minyak
– 1 cawan air
– 125 gm rempah beriani ( agak-agak )
– 2 tangkai daun ketumbar
– sedikit garam
– 2 biji kentang dipotong 4
– sedikit susu cair ( agak2 )
– 2 sudu cili kisar

BAHAN KISAR:

– 7 biji bawang merah
– 5 ulas bawang putih
– 3 labu bawang besar
– 1 1/2 cm halia

CARA :

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.

2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan air dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!

– SELAMAT MENCUBA –

kredit: angah izan