Resipi Nasi Kari Kambing Dalam Tin, Simple Tapi Sedap. Bila Masak, Harum Satu Rumah. Begini Caranya!

Share

Bagi peminat kambing pasti tersenyum lebar bila bau menu yang satu ni.
Biasanya ibu-ibu akan beli daging kambing yang segar tetapi kali ini cuba dulu Nasi Kari Kambing dalam tin yang dikeluarkan oleh Adabi.

Katanya menu ini cukup sedap. Resipi ini dikongsikan oleh Kak Amy Zuraidah. Peminat Kambing patut cuba ni!

Ya Allah..sumpah sedapp uoolsss #nasikarikambingtinadabi

ni..eh ehh…anak 5y yg cakap sedap sedap tau…

Bahan-bahan
2tin kari kambing adabi
Beras faiza kashmir basmathi 5pot cawan sedang
2biji bawang besar hiris
4sekawan
2lai daun pandan
2sudu butter + 2sudu minyak masak
Tomato dadu sebiji
Garam 1sk
Akar ketumbar
Makan bersama ayam rose + jelatah..

Cara masak Nasi
Kari kambing adabi 2 tin(untuk 6org)
Beras faiza kashmir basmathi 5cawan sedang (di cuci /rendam 15min jika xde PC /jika ada PC or noxxa xpyh rendam)
Marjerin 2sudu + 2sudu minyak
Daun pandan 2lai
2biji Bawang besar hiris
1biji Tomato potong dadu
Rempah 4sekawan
Susu cair setengah tin
Akar ketumbar
Garam sikit ya
Cara masak kari
-panas kan Marjerin + minyak (kita tumis dlm kuali asing dlu )
-tumis sampai wangi bawang besar/masok 4sekawan/tomato dadu/daun pandan
-masuk kari kambing gaul sebati
– masuk susu cair
-masuk akar ketumbar
-masuk garam sikit ja
-lepas tu curah atas beras dalam periuk nasi tu ya lps tu on tak on mmg x masak ni
– masak nasi spt biasa (sukatan spt masak nasi biasa)
-masa nk kering nti tu bole la jenguk dan gaul2 rata..Masa ni bau dia 1rumah kemain sedap ooi..
-dah masak nasi jgn lupa tabur kismis sama daun ketumbar….siappp

Cara masak Ayam masak merah
-Ayam separuh potong kecil (gaul kunyit sikit +garam)di goreng separuh masak ..angkat tos kan minyak..
-Susu cair suku tin
-Sos cili 3sb
-perasa
-serai

(Bahan A)
-Segenggam cili merah besar
-Bawang besar 2biji
-Bawang putih 4ulas
-halia sikit
Blend bahan A
– guna minyak ayam tadi tumis sampai pecah minyak bahan A tadi + serai..masok ayam + susu cair + sos cili + perasa +garam ..masak sampai ayam empuk dan masok kan sikit bawang besar hiris