Sebut sahaja Nasi Kak Wok pasti ramai yang membayangkan kuah gulainya yang cair tapi sedap serta sambal belacan yang power tu kan.
Di tambah lagi dengan ayam gorengnya yang dimakan panas-panas memang terangkat. Patutlah kalau nak makan di kedai sentiasa penuh dengan orang ramai.
Jika keluarga anda memang menggemari nasi ala kak wok, apa kata ibu-ibu buat sendiri. Admin kongsikan resipi yang simple je tapi mudah bagi yang baru belajar nak masak menu ini. Jom tengok perkongsian dari Rose Farra .
Taim panas panas merecikk. Ratah ayam part paling syiokkk.
Model utama:
Nasi putih tanak letak daun pandan simpul. Khasiat banyak tauuu.
Gulai Ayam:
~bawang bombay – 4 labu
~bawang putih – 5 ulas
~halia – 1 inci setengah
~rempah kari daging – 3 sudu
~rempah kerutub – 1 sudu
~Kacang panjang – potong
~Terung potong kecik2
~Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
~Santan (jgn pekat sgt)
~ Garam dan kiub ayam
~ 1 kerek nisan
Cara-Caranya
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.
Cara2nya
1) Ayam basuh bersih dan toskan.
2) Potong kecik. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing.
Resepi asal by Rosmaliza Omar.
Mida olah cara masak je sikit.