Nasi Daging mungkin kedengaran kurang mengiurkan bagi masyarakat di sebelah Selatan dan Pantai Timur. Namun bagi masyarakat Utara, Nasi Daging dirasakan cukup istimewa.
Malah ia umpama hari yang istimewa. Nasi Daging boleh dikatakan menjimatkan kerana ia tidak memerlukan kos bahan yang banyak walaupun terpaksa membelanjakan sedikit untuk kos membeli daging. Selebihnya, hanya bahan untuk menyediakan Air Asam, menu yang digabungkan bersamanya. Mudah sahaja!
Bagaimana nak hasilkan Nasi Daging yang power? Tujuh langkah ini sila jangan abaikan.
Penumis Kena Ada
Bahan penumis empat sekawan antara bahan wajib kena ada. Pastikan bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis di tumis bersama-sama hirisan bawang hingga berbau harum. Biarkan hingga naik baunya dan bahan hiris keperang-perangan. Ini penting untuk mengharumkan lagi nasi malah nasi juga rasanya lebih enak.
Rempah Kurma
Jika tidak menggunakan rempah nasi daging yang siap di beli di pasaran, anda boleh menggunakan sedikit rempah kurma sebagai penyedapnya. Rempah ini selain enak dan ‘lemak’ rasanya, ia juga buat nasi anda naik warnanya. Rasanya juga lebih umphh.
Air rebusan daging antara perkara wajib yang perlu anda. Selain menaikkan lagi rasa enak nasi, ia juga penambah kelembapan pada nasi. Stok daging dengan minyak semulajadi yang ditinggalkan daripada daging inilah buat rasa nasi jadi luar biasa. Inilah rahsia kesedapan dan kelembapan asli nasi daging.
Selain empat sekawan ini, penambahan daun pandan dalam nasi antara rahsia utama nasi berbau lebih harum dan enak. Jika tidak menggunakan daun pandan, anda boleh juga menabur daun pudina selepas nasi kering. Biarkan daun-daunan ini meninggalkan rasa bau herbanya.
Susu Cair
Nasi jadi tambah lemak dengan adanya campuran susu cair ke dalam nasi. Malah penambahan ramuan ini juga menambah rasa ‘moist’ pada nasi daging. Nasi jangan dibiarkan terlalu peroi kerana kurang enak rasanya.
Bawang Goreng
Akhir sekali, taburkan bawang goreng di atas nasi apabila nasi telah masak. Nasi yang kering dan panas akan meninggalkan bau yang enak apabila digabungkan bersama bawang goreng. Kena ada!
Kerisik Pelengkap
Air asam adalah gabungan pelengkap kepada Nasi Daging. Namun menyediakan air asam juga kena ada caranya. Selain cili, hirisan bawang, tomato, belacan dan asam jawa, resipi penyedap dalam air asam adalah memasukkan sedikit kerisik ke dalam bancuhannya. Anda juga bolehlah menambah sedikit lebihan susu cair ke dalamnya. Air asam jadi lebih lemak dan enak!
RESIPI NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
AIR ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: