HomeMakanResipi Nasi Daging Utara Simple Tapi Terlajak Sedap, 7 Cara Ni Kena...
Resipi Nasi Daging Utara Simple Tapi Terlajak Sedap, 7 Cara Ni Kena Patuhi!
Nasi Daging utara memang mudah dan sangat ringkas untuk dibuat makan-makan seisi keluarga. Boleh dikatakan resipi ini tidak menggunakan bahan yang banyak untuk memasak.
Nasi Daging mungkin kedengaran kurang mengiurkan bagi masyarakat di sebelah Selatan dan Pantai Timur. Namun bagi masyarakat Utara, Nasi Daging dirasakan cukup istimewa.
Malah ia umpama hari yang istimewa. Nasi Daging boleh dikatakan menjimatkan kerana ia tidak memerlukan kos bahan yang banyak walaupun terpaksa membelanjakan sedikit untuk kos membeli daging. Selebihnya, hanya bahan untuk menyediakan Air Asam, menu yang digabungkan bersamanya. Mudah sahaja!
Bagaimana nak hasilkan Nasi Daging yang power? Tujuh langkah ini sila jangan abaikan.
Penumis Kena Ada
Bahan penumis empat sekawan antara bahan wajib kena ada. Pastikan bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis di tumis bersama-sama hirisan bawang hingga berbau harum. Biarkan hingga naik baunya dan bahan hiris keperang-perangan. Ini penting untuk mengharumkan lagi nasi malah nasi juga rasanya lebih enak.
Rempah Kurma
Jika tidak menggunakan rempah nasi daging yang siap di beli di pasaran, anda boleh menggunakan sedikit rempah kurma sebagai penyedapnya. Rempah ini selain enak dan ‘lemak’ rasanya, ia juga buat nasi anda naik warnanya. Rasanya juga lebih umphh.Stok Air Rebusan Daging
Ads
Air rebusan daging antara perkara wajib yang perlu anda. Selain menaikkan lagi rasa enak nasi, ia juga penambah kelembapan pada nasi. Stok daging dengan minyak semulajadi yang ditinggalkan daripada daging inilah buat rasa nasi jadi luar biasa. Inilah rahsia kesedapan dan kelembapan asli nasi daging.
Daun Pandan & Daun Pudina
Selain empat sekawan ini, penambahan daun pandan dalam nasi antara rahsia utama nasi berbau lebih harum dan enak. Jika tidak menggunakan daun pandan, anda boleh juga menabur daun pudina selepas nasi kering. Biarkan daun-daunan ini meninggalkan rasa bau herbanya.
Susu Cair
Ads
Nasi jadi tambah lemak dengan adanya campuran susu cair ke dalam nasi. Malah penambahan ramuan ini juga menambah rasa ‘moist’ pada nasi daging. Nasi jangan dibiarkan terlalu peroi kerana kurang enak rasanya.
Bawang Goreng
Akhir sekali, taburkan bawang goreng di atas nasi apabila nasi telah masak. Nasi yang kering dan panas akan meninggalkan bau yang enak apabila digabungkan bersama bawang goreng. Kena ada!
Kerisik Pelengkap
Air asam adalah gabungan pelengkap kepada Nasi Daging. Namun menyediakan air asam juga kena ada caranya. Selain cili, hirisan bawang, tomato, belacan dan asam jawa, resipi penyedap dalam air asam adalah memasukkan sedikit kerisik ke dalam bancuhannya. Anda juga bolehlah menambah sedikit lebihan susu cair ke dalamnya. Air asam jadi lebih lemak dan enak!
Ads
RESIPI NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging -dipotong kiub dan direbus
5 cawan beras
2 sudu makan rempah kurma
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
5gm bunga cengkih
5gm buah pelaga
1 sudu makan marjerin
1 ulas bawang merah -dihiris
1 ulas bawang putih -dihiris
1 helai daun pandan
1/4 cawan susu cair
10 biji tomato kecil – dipotong dua
Setengah kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan marjerin.
Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, bahan penumis dan serbuk kurma. Biar hingga berbau harum.
Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan. Kacau dan biarkan sebati.
Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging bersama susu cair. Kacau rata.
Pindahkan ke dalam periuk nasi dan letakkan hirisan buah tomato yang telah dipotong dua. Biarkan hingga nasi masak.
Hiaskan dengan daun pudina dan bawang goreng.
AIR ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
1 biji tomato -dihiris
3 ulas bawang merah -dihiris
3 biji cili padi -dihiris
Sedikit asam jawa
1 sudu makan kerisik
3 batang cili merah *
4 biji cili padi*
Belacan bakar besar ibu jari*
Garam dan gula secukup rasa *
CARA MEMASAK:
Tumbuk bahan bertanda * di atas.
Satukan kesemua bahan hiris.
Masukkan bahan tumbuk dan gaul rata.
Kemudian masukkan asam jawa dan masukkan air. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau rata.
Siap dihidang bersama nasi daging panas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau dulu sebut sahaja kek lapis pasti ramai yang terbayang akan rasanya yang enak.
Walaupun ada yang mengatakan resipi agak sukar untuk dibuat, tapi sebenarnya mudah je. Apa lagi jika kita pandai mengolahnya menjadi pelbagai perasa. Pasti lebih menarik untuk dihidangkan seisi keluarga.
Untuk kali ini, admin nak kongsikan Resepi Kek Lapis Yogurt 3 Rasa. Jom cuba!
Masukan telur satu persatu. Putar sampai betul betul sebati.
Masukan cream cheese & susu pekat ,putar lagi sampai sebati. Masukan pula horlicks,susu tepung dan serbuk santan. Gaul sebati guna senduk sahaja. Akhir sekali masukan tepung . Gaul guna senduk sampai sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian
Bahagian 1 warna merah jambu ditambah YOGURT perisa strawberry
Bahagian 2 warna putih ditambah YOGURT perisa asli
Bahagian 3 warna unggu ditambah YOGURT perisa blueberry
sediakan loyang 9×9′
Kukus berlapis lapis.
Bahagian 1 dulu selama 40minit.Diikuti bahagian 2 selama 1jam.
Seterusnya bahagian 3 selama 1 jam 30 minit untuk keseluruhan kek masak
SELAMAT MENCUBA
Original resepi: eiyjarnazeanangah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umumnya, kita selalu minum air cincau berwarna hitam, pun begitu mungkin jarang-jarang terlihat adanya cincau berwarna hijau.
Melalui perkongsian daripada Ashraf Shuib, ada menunjukkan bagaimana dia menghasilkan cincau hijau daripada tumbuhan cincau untuk info bersama. Jom semak.
Akhirnya, berjaya juga saya buat cincau hijau.
Cincau hijau asal dari daun pokok cincau hijau.
Nama saintifik pokok ni Melasthoma polyanthum.
Pokok ni dibiakkan dengan keratan batang. Mudah hidup. Jenis pokok renek.
Boleh tanam dalam pasu ja.
Cincau hijau paling mudah nak buat.
Bahan-bahan hanya daun cincau hijau dengan air.Ramas daun dan biar beku sendiri.
Cara-caranya :
1. Petik 20 helai rain cincau.
2. Basuh setiap helai daun cincau dengan bersih.
3. Kemudian koyak kecil-kecil daun cincau untuk mudah diramas.
4. Masukkan 200ml air ke dalam bekas yang berisi daun cincau tadi.
5. Kemudian ramas-ramas hingga daun mengeluarkan lendir.
6. Kemudian ditapis dan perahkan sedikit limau nipis.
7. Setelah itu, biarkan beku selama 2 jam atau masukkan dalam chiller.
Bila malam jadi tak lalu nak makan nasi, mesti akan cari idea untuk makan makanan lain kan elak rasa lapar tengah malam? Yang buntu tak tahu nak makan apa malam-malam tu, boleh cuba buat Coney Sausage homemade macam jual kat kedai makanan segera.
Boleh sangat buat secara homemade dan tentunya lebih jimat. Kan? Jom tengok cara mudah nak buatnya hasil perkongsian dari Zurina Zulkefli.
Resipi Coney Sausages Ala A&W
Bahan-bahan:
Sosej
Roti hotdog
Bawang holland
Bahan untuk sos:
3 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji bawang holland – cincang halus
1 batang lobak merah – cincang halus
1 palet daging kisar
2 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan sos tomato
2 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk kari pedas
2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam
1 cawan air
Minyak masak
Cara-cara penyediaannya:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan cincang halus serta daging. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan cili kering kisar, sos tomato, serbuk jintan putih, serbuk kari pedas, serbuk cili, serbuk lada hitam, garam dan air. Rasa utama sos adalah jintan putih. Kacau semua bahan hingga masak.
3. Pastikan sos tidak terlalu cair dan tidak terlalu kering. Biarkan sos seketika.
4. Ambil bawang holland dan potong dadu kecil. Kemudian rendam di dalam air sejuk bersama secubit garam. Kemudian buang airnya.
5. Kukus sosej selama 5 minit. Kemudian kukus pula roti selama 1 minit.
6. Masukkan sosej ke dalam potongan roti. Tuang sos daging cincang dan tabur bawang holland dengan secukupnya.
Bagi meraikan kebanyakan staf berbangsa Melayu, pasangan pengantin berbangsa Cina sepakat memilih busana pengantin tradisional Melayu untuk majlis perkahwinan mereka.Menerusi perkongsian dari satu akaun...