Resipi Nasi Daging Sambal Air Asam Yang Mudah Tapi ‘Power’. Makan Panas-Panas Memang Tak Nampak Orang Sebelah Dah. Terlajak Sedap Ni!

Share

Nasi daging antara hidangan yang terkenal di sebelah utara. Tak sah rasanya kalau menu ini tidak disediakan. Baik bulan ramadhan atau hari biasa. lebih-lebih lagi apabila tibanya raya Aidiladha.

Kadang-kadang bosan juga kan kalau daging asyik dibuat menu kari  atau sup sahaja. Apa kata cuba resepi nasi daging oleh Puan Ica Ashida ini. Walaupun simple tapi cukup istimewa.

Sesuai untuk andai yang mahu sediakan hidangan ringkas tapi sedap bolehlah cuba resipi ini. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya di bawah ini.

RESEPI NASI DAGING YANG MUDAH TAPI ‘POWER’

Bahan-bahan

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Rempah kurma – untuk 3 pot beras saya gunakan separuh paket rempah kurma
  • Rempah 4 sekawan –  kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis
  • Daging direbus sehingga empuk
  • Minyak sapi –  saya guna 3 sudu penuh
  • Beras – beras biasa pun boleh, saya guna beras wangi 3 pot

Cara membuat:

1. Rebus Daging

Mula-mula, rebus daging hingga empuk. Simpan air rebusan daging untuk digunakan masa memasak nasi.

2. Basuh Beras

Beras dibasuh bersama 2 helai daun pandan. Saya masak 3 pot dengan menggunakan sukatan bekas beras tupperware.

Saya guna beras wangi, nak guna beras biasa pun boleh. Kalau nak lagi sedap guna beras Pulsa Gold Basmathi untuk masak nasi baryani.

3. Tumis Atas Kuali

Tumis rempah empat sekawan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan rempah kurma. Saya gunakan minyak sapi untuk menumis.

Kemudian masukkan garam dan perasa secukup rasa. Bila dah sebati, tambahkan secawan air rebusan daging. Tunggu mendidih dan masukkan beras sampai agak kering.

4. Pindahkan Ke Dalam Rice Cooker

Pindahkan beras bersama bahan yang ditumis atas kuali tadi ke dalam rice cooker. 

Kemudian, masukkan daging yang telah direbus. Masukkan juga tomato. Saya tak gunakan susu cair ya.

5. Tambahkan Air Rebusan Daging

Masukkan air rebusan daging mengikut keperluan beras. Saya hanya gunakan beras biasa jadi jumlah air saya sama banyak dengan beras. Caranya macam nak masak nasi putih biasa saja.

Kalau guna beras Basmathi, kenalah ikut sukatan dia.

6. Siap!

Nasi daging telah siap dimasak. Memang ‘power’ kalau dimakan bersama sambal air asam. Tambah pula dengan bawang goreng atau sup daging, memang tak nampak orang sebelah dah!

Cara buat sambal air asam

 lebih kurang macam buat sambal belacan, cuma guna air asam jawa. Oleh sebab ramai yang tanya, saya sertakan juga cara membuatnya di bawah ini.

CARA BUAT SAMBAL AIR ASAM

Bahan-bahan 

  • Cili padi
  • Belacan
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

* semua bahan ini ditumbuk sehingga lumat

  • Lada merah
  • Tomato
  • Bawang besar

* semua bahan ini dihiris

Cara membuat:

Bancuh air asam jawa, masukkan bahan yang ditumbuk. Kemudian masukkan bahan yang dihiris pula. Siap.

Sangat mudah kan.

Sumber: Sirap limau via Ica Asnida