Resipi Nasi Ayam Mandy Paling Simple Tak Guna Pes Tapi Sedap. Lengkap Cara Masak Ayam & Sambal. Confirm Jadi!

Share

Bagi penggemar makanan dari Timur Tengah, Nasi ayam mandy yang berasal dari Yaman adalah salah satu hidangan nasi arab yang digabungkan nasi dan ayam dengan pelbagai rempah ratus dari Arab. Nak cuba sendiri di rumah? Jom tengok resipi ini!

Buat ibu-ibu yang nak mencuba resipi baru, mungkin Nasi Ayam Mandy ini sesuai untuk dicuba. Resipi yang dikongsikan oleh Nurfaryana Nazari

simple je tapi membuka selera.

 

NASI AYAM MANDY.. resepi simple sgt utk lunch harini

RESEPI by FARYANA:
Rebus ayam 1/2 ekor 30minit bersama
* 1kiub pati ayam
* 1/2 sudu jntn manis, 1/2 sudu ketumbar, 1/2 sudu lada hitam biji
* 1 bawang besar potong 4, 1 cili hijau/merah potong 2, 1bji tomato potong 4
*sesudu garam

NASI
beras basmathi 3cwn rendam 30minit
*tumis planta sesudu besar, daun kari(optional), 1/2sudu jintan manis, 1/2sudu ketumbar biji, 1 kulit kayu manis, masukkan beras yg direndam, gaul 1minit, transfer masuk dlm periuk nasi..
*letak sup ayam ikut paras masak nasi yg sesuai, letak tulang2 ayam (kaki n leher), masuk skali bhn2 dlm sup tu, tomato bwg, lada n lain2.. tabur daun sup/ketumbar, masak mcm biasa nasi.. baki sup tu nnt jadikan sup utk mkn dgn nasi..
* bila nasi dh masak, buka penutup titis pewarna merah n kuning sikit, gembur guna garfu.

ACAR
*potong dadu 4biji tomato, timun, hiris halus kobis n carrot..
*perah lemon, garam n gula.

SAMBAL
*blend 2biji tomato saiz sederhana, 2biji cili besar, 10bj cili padi, garam gula, n perahan air asam jawa/ lemon..
*hiris halus bawang besar n tomato, gaul dgn bhn blend.

AYAM
keluarkan ayam dalam sup td, lumur kunyit, kicap manis(perap kejap), lepas tu boleh bakar sekejap bg ada garing tu..
SIAP!! korang boleh la try.. comfirm mnjadi

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club