Resipi Nasi Ayam Hainan Super Daddy Untuk Anak. Mudah Dan Sedap.

Share

Nasi ayam adalah antara menu yang digemari dan mudah penyediaanya. Ia termasuk nasi ayam hainan yang enak dijadikan hidangan seisi keluarga.

Bagi mereka yang sibuk dan mencari resipi yang mudah, cuba buat ni.

Ikuti resipi yang dikongsi oleh Khairul Abdullah.

Aku bila anak-anak cakap nak makan nasi ayam maka bahagia sungguh rasanya. Mudah kerja aku wehh.

Nasi ayam jenis masak sekali harung ni memang senang yakmat kalau nak buat. Yang nubis tak berapa reti masak pun pasti berjaya kalau buat menu ni.

Aku dah banyak kali share dah, dan tiap kali share aku derhaka resepi aku sendiri. Tapi sepanjang beberapa tahun dok masak style gini, aku dah dapat dah rasa yang aku nak dan yang budak-budak suka.

So, jomlah aku share resepi PKPB hari ni iaitu Nasi Ayam Hainan Segera dan Sos Thai ala SuperDaddy Khairul Abdullah.

Aku dah ringkaskan resepi ni dengan bahan-bahan yang mudah sahaja okeh.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan dia mudah jer pun. Tak sampai 30 minit dah siap masak ni.

3-4 ketul besar ayam, dibersihkan dan letak garam sikit.
1-2 sudu kulit ayam yang telah dipotong kecil.
2 cawan beras dibersihkan dan ditoskan. Kalau basmathi rendam dulu setengah jam dan toskan.
4 ulas bawang putih dihiris.
1 inci halia dihiris.
1 sudu besar minyak bijan.
1 kiub pati ayam
1 helai daun pandan jika ada.
1 pokok daun ketumbar jika ada.
1 pokok daun bawang jika ada.

Cara nak masak nasi ayam:

Mula-mula panaskan minyak bijan dan tumis kulit ayam dulu, lepas tu baru masukkan bawang putih serta halia. Kalau nak guna periuk letrik maka transfer semua tu ke dalam periuk letrik.

1. Panaskan minyak bijan dan tumis kulit ayam sampai keluar minyak dan hampir garing dan masukkan bawang putih serta halia. Tumis sebentar. Kalau nak masak dalam periuk letrik, tutup api dan transfer bahan tumis tadi ke dalam periuk letrik.

Dah siap, masukkan beras dan kacau sebati. Masukkan simpulan daun pandan kalau ada. Lepas tu masukkan kiub ayam yang dah dibancuh atau masukkan air rebusan ayam. Ikut kadar beras lah. Takyah letak garam, kiub tu dah masin.

2. Lepas tu, masukkan beras, kacau sebati dan masukkan simpulan daun pandan jika ada. Takde tak apa. Takde siapa nak marah.

3. Masukkan kiub pati ayam yang telah dibancuh, kacau rata dan masukkan air mengikut kadar beras. Kalau 2 pot beras, 3 cawan air. Gitulah. Kalau ada air rebusan ayam lagi bagus, tak perlu guna kiub dah.

Susun ayam atas tu cantik-cantik dan letak daun bawang dan daun ketumbar kalau ada. Takde pun takpe. Tutup periuk dan biarla dia masak dengan aman.

4. Kacau rata dan masukkan ayam dan daun bawang serta daun ketumbar kalau ada. Masak seperti biasa.

Siap dah nasi. Mudah jer.

Ayam dia memang masak elok dan paling penting masih juicy. Cicah dengan sos thai tu memang laju pergi dia.

Untuk sos thai lagilah senang yakmat.

Tuang sos thai yang dalam botol tu ke dalam bekas, ikutlah nak banyak mana. Lepas tu perah limau nipis dan tambah sedikit kicap cair dalam 2 sudu kecil. Potong cili padi dan daun ketumbar lalu masukkan dan kacau sebati.

Siap.

Tudiaaa. Sedap wehh. Ayam tu gebu yakmat. Cica pulak dengan sos tai yang manis-manis masam pedas tu. Fuh.

Senang dan cepat oih.

Paling penting adala rasanya yang lazat. Kami 4 beranak 2 pot beras tu sekali hadap jer okeh.

Cubalah.

Sumber: Khairul Abdullah

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club