Bunyi macam susah, tapi sebenarnya cukup senang nak buat. Asalkan tahu caranya. Ringkas, mudah tapi sedap. jom cuba resipi yang dikongsikan puan Dila Noordin . Sekali buat terus jadi katanya.
.
Nasi Arab Simple Tapi Sodap
Ni adalah percubaan pertama saya. Dan menjadi . Balik solat jumaat suami terkejut tengok isteri nya masak Nasi Arab . Surprise dekat anak² juga sebab memang favourite dorang. Selalu teringin makan di kedai je. Kali ni nekad nk cuba masak sendiri. Bila makan suami dan anak puji² sampai kn si kecil umur setahun lebih pun makan tambah²..
Oleh itu, saya pun semangat nak share resepi kat korang. Hahaha, pi pikat vitamin korang tau.
Nasi Arab ABC versi saya.
.
Bahan Rebusan Ayam
Ads
– Ayam ½ekor potong 2.
– 1 kiub ayam
– 1 biji tomato belah 4
– 1 biji cili hijau belah 4 (td tt guna yg merah lupa beli hijau )
– 1 batang kulit kayu manis
– ½ sudu jintan manis biji
– ½ sudu biji ketumbar
– ½ sudu lada hitam biji
.
—> rebus semua dalam air tengelam ayam sehingga 30minit, garam sesudu.
—> angkat ayam lumur dgn serbuk kunyit, madu dan sedikit garam.
.
Ads
Bahan Tumis Nasi
.
– minyak sapi / butter / minyak masak
– 2½ pot beras basmathi yg telah di rendam ±30min
– ½ sudu biji ketumbar
– ½ sudu jintan manis
– ½ sudu lada hitam
—> tumis bahan sehingga naik bau, masukkan beras kacau ± 1min. Masukkan air rebusan dan ayam di atas sekali. Sukatan air rebusan macam masak nasi biasa. Alihkan ke rice cooker. Tabur daun ketumbar atas ayam bau sedap sangat.
.
Ads
.
Salatah & Sambal
– timun di buang biji tengah, tomato di potong dadu.
– bawang besar racik halus.
– garam dan perahan lemon.
Sambal.
-3 btg cili besar merah + 3 cili padi merah, tomato, dun ketumbar.
– blend semua dan perasakan dgn garam gula perahan lemon.
Haa..dah siap. Esok cuti korang cuba tau. Mesti bertambah² makan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu mana yang tak risau bila melihat rekod timbangan berat badan anak bermasalah, sama ada terlalu kurus atau timbangannya tidak naik-naik sedangkan ketinggian dan umur semakin bertambah!
Puas disuakan makanan namun selera anak tiada juga dan ini lagi menyukarkan ibu untuk memastikan berat badan bertambah. Atas sebab ini, sebaiknya ibu usahakan untuk menyediakan menu yang telah dikongsi oleh Pun Nur Farah yang berjaya menaikkan berat badan anaknya 2kg selama dalam masa sebulan. Jom semak!
Sapa sini ada masalah anak kecik kurang berat badan? Anak kurang selera makan. Meh mummy share resepi yg buat berat badan anak mummy dari 6 kilo lebih ja naik terus jadi 8 kilo lebih dalam masa sebulan ja.
Resepi ni pakar pemakanan yang bgi kt mummy. Anak mummy sampai kena jumpa pakar pemakanan pasai haluih sangat. Mummy try ikot hat dia habaq tu alhamdulillah naik la jugak berat dia.
Bahan-bahan:
-nasi panas dicampur dgn beberapa titik minyak zaitun. ( kalau xdak letak butter @ myk masak. Jgn tibai mnyk gas sudah nahh)
-ubi kentang yg digoreng terlebih dahulu.
-isi ayam ( hiris halus2 & goreng)
-bawang holand ( hiris halus & goreng)
*xdak bawang holand bawang merah besar pn xpa. Tapi mummy suka guna holand sebab dia manis sikit.
Cara2
1. Gaulkan nasi tadi bersama-sama ubi kentang yg telah digoreng tadi dan lenyek2 kan sampai ubi tu hancoq. Takmau ada keras2 tau sebab takmau anak terlekat.
2. Lepastu masukkan semua bahan2 tadi. Gaul sampai semua sebati.
3. Lepastu terus kepal2 jadi bentuk bola kecil2. Make sure nasi tu panas2 baru senang dikepal ok.
4.Tunggu sejuk baru hidangkan untuk anak2. Biaq anak makan sendiri baru dia enjoy nk makan. Berselerak tarak pn lantak pi. Janji mau makan jaa.
Resepi ni untuk anak kecil yang sudah tumbuh gigi. Untuk yang atas 2 tahun boleh tambah sedikit garam @ perasa.
Ekstra Tip
* Kalau tiada ayam boleh juga diganti dengan ikan.
Kepal kecil-kecil agar mudah dimakan.
Sumber :Nur Farah Haniem via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Red Velvet Cheese Cake, Bekukan Saja Sudah Boleh Makan. Ni Resipinya!
Menyediakan kek atau biskut untuk sajian di Hari Raya yang mempunyai rasa enak dan istimewa tidak semestinya menggunakan bahan-bahan yang banyak atau rumit penyediaannya. Malah ada sahaja resipi yang ringkas dengan menggunakan bahan yang sedikit dan mudah didapati namun sangat sedap dan menyelerakan.
Contohnya seperti yang dikongsikan oleh puan Rohasliza Amat, berkongsi resipi untuk menyediakan Kek Keju Red Velvel Oreo tanpa perlu dibakar!
BASE OREO
1) 1 Bungkus oreo (pack besar) *asing krim putih & biskut dihancurkn
2) 3sb mentega *dicairkan
-sbatikan bahan2 atas & tekan biar mampat.. dah siap, letak dlm fridge & bekukan 15minit..
CREAM CHEESE
1) 500gm cream cheese (sy guna tartura)
2) 200ml whipping cream (sy guna anchor)
3) krim putih oreo *double boil smpai cair
4) 2sb lemon (optional)
5) 3 sudu besar gula castor
6) 1sb serbuk gelatin + 2sb air masak(kacau sampai kaler jernih/putih)
7) 1/2 bgkus oreo (patah2kan)
-putar cream cheese & gula sampai hilang ketul2 & gula hancur
-masuk whiping cream, Krim putih oreo , gelatin & air lemon, putar lagi sampai sebati & nmpak gebus cantik
-letak oreo yg dipatah2 kan dlm adunan cream cheese, kacau kejap
-letak adunan cream cheese atas base oreo yg dibekukan, hias dgn oreo ikot kreativiti then masukkan dlm peti ais beku semalaman.
SIAP !! YUMMMMM #loyang size 6″
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...