Mudah aje sebenarnya nak buat murtabak. Tak perlu nak uli tepung. Beli je kulit popia dan guna telur aje intinya. Siap!
Begitulah resipi perkongsian oleh Fadhilah Khaulan yang tular sehingga 65K. Memang mudah sangat, Suruh anak buat pun jadi. Anggaran bahan boleh rujuk pada gambar. Garam tu secukup rasalah. Jika tak nak buat guna telur, boleh je adjust guna ayam kisar, jadilah murtabak ayam. Ikut citarasa masing-masing.
Apa yang pasti, rasanya pun rangup. Nak rasa lebih ‘kick’ cicah dengan sos thai. Makan panas-panas buat minum petang bersama keluarga. Gerenti anak-anak suka!
Ini resipinya. Jom buat!
Resepi murtabak telur senang yakmat nak buat.. Berebut anak anak mkn sambil main kolam.
-kulit popia
-bawang besar
-bawang putih
-cili api
(Anggaran bahan ikut rujukan gambar)
Selamat mencuba.
Sumber: Fadhilah Khaulan