Resipi Minuman Yang Patut Ibu-Ibu Mengandung Amalkan Jika Mahu Bertahan Ketika Berpuasa

Share

Rasa letih dan lesu, serta bimbang dengan keperluan nutrisi secukupnya buat anak yang dikandung membuatkan para ibu mengambil keputusan untuk tidak berpuasa pada bulan yang penuh ganjaran ini.

Perkongsian pengalaman daripada Nana Ruzanna yang mampu berpuasa dalam tempoh 19 jam ketika menetap di United Kingdom dalam keadaan ketika mengandung mungkin boleh diikuti oleh para ibu-ibu yang lain.

Berikut merupakan perkongsian amalan minuman yang dia diamalkan sewaktu bersahur dua tahun lepas. Namun ia masih relevan untuk diamalkan setiap tahun , khususnya buat ibu yang sedang mengandung.

“Ramai yang tanya macam mana saya boleh bertahan puasa sampai 19 jam lamanya. Dah la pregnant pulak tu. Buat anda semua,  di sini saya nak kongsi apa yang saya amalkan sepanjang saya berpuasa. Saya mula amalkan puasa hari ketiga sebab baru tau tip ni. Memang ada beza sangat dengan puasa yang terdahulu. Alhamdulillah walaupun bersahur tak makan nasi,(memang tak lalu makan berat disebabkan jarak antara berbuka dan imsak hanya 5 jam sahaja) InsyaAllah perut rasa kenyang sahaja sepanjang hari. Badan tak letih sangat. Bila berbuka pun tak gelojoh makan macam-macam. Moga bermanfaat buat semua.Malah amalan minuman susu kurma ini cukup berkhasiat serta boleh jadi milk booster untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak. Bagi yang bukan Islam pun boleh cuba”.

Bahan-Bahan:

5 biji Kurma (Bilangan ganjil)

Setengah Cawan Air Masak

1 Cawan Susu Segar

Cara Membuat:

1. Buangkan biji buah kurma tersebut dan carik-carikkan isinya.

2. Rendam dalam setengah cawan air masak sehingga kurma kembang.

3.Setelah kurma kembang, kisarkan dengan secawan susu segar dan minum ketika lewat waktu sahur.

Info Ekstra!

Seeloknya biarkan kurma direndam semalaman.Sebelum tidur dan diminum ketika sahur pada keesokan harinya.

Namun jika rendam sekejap pun boleh, asalkan kurma tersebut kembang.

Jangan lupa berselawat ke atas nabi dan doa mohon Allah permudahkan puasa. Insya Allah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari.

Untuk anak-anak yang baru belajar berpuasa juga boleh amalkan.

Selamat mencuba.Semoga bermanfaat.

Sumber Facebook: Nana Ruzanna