Bulan ramadhan dan cuaca panas pasti memberi impak buat anda yang berpuasa. Lebih-lebih lagi anak-anak yang bersekolah, pasti letih dan tidak bertenaga.

Jadi, ibu-ibu kena pastikan anak-anak sentiasa cergas walaupun tengah berpuasa. Sebab itu, pengambilan makanan waktu sahur penting. Jika anak-anak malas bangun sahur, kena paksa juga. Walaupun ia bukan sesuatu yang wajib, tetapi kita tidak boleh meringankan sahur kerana ia memberi manfaat kepada diri kita sendiri.

Anak-anak akan lebih bertenaga di siang hari apabila bersahur. Memadai dengan minum air atau makan kurma jika tidak berselera untuk menjamah makanan lain. Apa kata, ibu- ibu cuba buat resipi minuman dengan menggunakan kurma dan susu. Pasti anak-anak sukakannya!

Jom cuba resipi yang dikongsikan ini.

RESEPI SUSU KURMA (TAMBAH TENAGA BULAN PUASA)

Bahan-bahan

Ads

1. Kurma 5 biji.
2. Air masak setengah cawan.
3. Susu segar satu cawan.

Resipi Minuman Susu Kurma Yang Patut Diamalkan Ketika Berpuasa. Bantu Anak-Anak Kekal Bertenaga & Tahan Lapar.

Resipi Minuman Susu Kurma Yang Patut Diamalkan Ketika Berpuasa. Bantu Anak-Anak Kekal Bertenaga & Tahan Lapar.

Ads

* Bilangan kurma bergantung ikut citarasa sendiri , sebaiknya dalam bilangan ganjil.

Cara membuat:

1. Kurma dibuang biji dan isinya kita carik-carikkan. Rendam dalam setengah cawan air masak. Biarkan rendam sampai kurma kembang. Rendam sebelum tidur lepas sahur untuk minum ketika sahur esoknya.

Ads

2. Bila kurma dah kembang boleh blend dgn secawan susu segar. Minum ketika penutup sahur.

Resipi Minuman Susu Kurma Yang Patut Diamalkan Ketika Berpuasa. Bantu Anak-Anak Kekal Bertenaga & Tahan Lapar.

Jangan lupa selawat ke atas Nabi dan mohon Allah permudahkan puasa kita. InsyaAllah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari.

Selamat mencuba

Sumber: fb Lieza Leez via Koleksi Resepi Sedap

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI