Bagi ibu-ibu yang mempunyai keluarga dan anak, bab nak berdiet atau dalam erti kata yang lain jaga makan agak sukar. lebih-lebih lagi anda juga yang memasak di rumah. Mana tahan tengok makanan yang lazat, tak mampu kan nak ambik bau je.
Sebenarnya, nak kurus bukan hanya bergantung pada senaman dan diet semata-mata. Ibu-ibu dan wanita di luar sana boleh pelbagaikan cara. Apa kata kita cuba resipi minuman untuk kawal selera makan ni.
Ia merupakan perkongsian oleh Puan Eka Zahra.
Menurutnya, kaedah yang dipraktikkan ini membolehkan dalam masa seminggu perutnya makin kempis dan berat turun sebanyak 1 kg.Assalamu’alaikum.
Hari ni akak nak kongsi resepi minuman yang boleh kurangkan selera makan.
Perkongsian dari seorang sister dari Indonesia yang ada bisnes kek dan sangat suka makan kek hingga berat badan bertambah.
Atas nasihat doktornya yang dah ada 4 orang anak tapi badan tetap slim meskipun doktor itu keturunan obese (berat badan berlebih) maka sister itu mengamalkan minuman ini.
* 1 liter air
* 2 batang serai diketuk
* 2 batang kulit kayu manis
* 4 inci halia diketuk
* 5 kuntum bunga cengkih
* 1 bj lemon dihiris
* madu
1. Didihkan air
2. Masukkan semua bahan kecuali LEMON & MADU
3. Masak selama 5 minit
4. Angkat dari api dan masukkan hirisan lemon
5. Biarkan 1 jam
6. Bila nak minum tambahkan madu
7. Minum sebelum sarapan, makan tengahari dan sebelum tidur.
Nota :
* Baki air boleh simpan dlm peti sejuk
* Resepi ni akak boleh minum 5 kali (5 gelas)