Roti ini sering menjadi kegemaran ramai. Kalau lalu kawasan roti, baunya yang harum cukup membuka selera.
Waktu PKP begini, rugi kalau asyik beli sahaja. Lebih baik buat sendiri, jimat dan boleh dapat banyak. Puas lah anak-anak dapat makan nanti. Nak lagi seronok, ajak mereka buat bersama. Boleh belajar cara buat roti kan.
Cukup mudah dengan resipi yang dikongsikan oleh Puteri Rupawan. Sekali buat terus menjadi.
Try la buat mexican bun ni. InshaAllah menjadi, favorite semua orang kan. Saya sertakan resepi sekali.
Semoga berjaya
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasuki Usia 8 tahun perkahwinan, pelakon Datin Almy Nadia menitipkan ucapan istimiewa buat suaminya yang juga pelakon, Datuk Fizz Fairuz.
Berkongsi luahan rasa syukur kerana perkahwinan yang dibina bersama suami kekal utuh sehingga kini, Almy turut menzahirkan rasa terharu kerana Fizz seorang suami yang terbaik dan menerima dia seadanya.
Luahan tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya.
“Happy anniversary sayang yg ke 8. Syukur alhamdulillah. Terima kasih sayang sebab terima mama seadanya. Maafkan mama jika ada salah dan silap,” ungkapnya.
Menyifatkan Fizz seorang suami yang terbaik dan bapa yang bertanggungjawab buat anak-anak mereka, Almy menitipkan doa semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.
“Sayang, u r the best suami, you are the best papa in the world utk anak-anak. I love u so so much sayang. I love @fizzfairuzofficial.
“Mama sentiasa doa agar rumahtangga kita dilindungi,berkekalan hingga ke akhir hayat,” doanya lagi.
Untuk rekod, Almy dan Fizz telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 April 2014.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nurr Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra, Nur Afrina Aisyah dan menjaga seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah.
Sesungguhnya rezeki datang pelbagai sudut termasuk kepandaian, ilmu, kekuatan serta harta.
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan telah menganugerahkan nikmat yang terlalu banyak kepada hamba-hambaNya seperti nikmat kebahagiaan, nikmat kesihatan, nikmat kemakmuran, nikmat kekayaan dan sebagainya. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Ibrahim ayat 34:
“Dan Dia telah mengurniakan kepada kamu segala apa yang kamu pohonkan kepadanya, dan jika kamu menghitung nikmat Allah tentulah kamu tidak terkira banyaknya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat kufur”
Tidak salah menyimpan untuk masa hadapan untuk kebahagiaan keluarga, namun jangan sampai berlebihan sehingga lupa kepada ibu ayah di kampung, adik beradik yang susah, saudara mara serta orang kesekeliling yang memerlukan bantuan.
Lantaran itu, Islam mendidik kita menjadi seorang yang sederhana dalam kehidupannya. Sehubungan itu wujudnya sedekah untuk mendidik jiwa kita menjadi seorang yang suka memberi.
Apa pun sederhana itu adalah yang terbaik dalam apa jua kehidupan yang kita lakukan.
Sebagaimana perkongsian ini mengingatkan bahawa bersederhana agar menjadi muslim yang iqtiqomah dalam setiap apa yang dilakukan.
Jangan jadi hamba kepada duit
Takut tengok orang dok hitung-hitung duit dalam medsos ni. Siap keluarkan duit berkepuk kepuk. Berikat ikat. Tabur atas meja. Biar bersepah atas lantai
Dulu saya suka tengok macam tu. Lepas tu fikir pula “kalaulah dapat macam ni. Mesti yippedee satu round.”
Bila belajar pasal kewangan mesti diajar bab simpan duit. Kira duit. Bagi duit beranak. Semak pula berapa banyak duit beranak.
Menghitung hitung secara digital lah katakan. Kita rasa seronok bila nampak duit bertambah. Rasa puas. Rasa selamat.
Saya berhenti menghitung ni bila belajar terjemah dan tafsir Al-Quran secara harfiah. Tersentak bila faham ayat ini “ CELAKALAH golongan yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung (Al-Humazah:2).
Ayat ini keras sekali. Ayat amaran. Guru saya sebut “Kalau Allah dah sebut CELAKA, apa natijahnya nanti hidup kita. Berdebar dada waktu bila dia sebut macam ni.
Kita selalu dengar orang sebut “ni untuk emergency. Kalau jadi apa-apa kita selamat. Boleh bertahan few months.”
Bagus ada simpanan. Ada plan. Yang tak bagusnya ialah pergantungan itu kepada makhluk. Bukan pada Pencipta.
Allah sebut “Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat MENGEKALKANNYA” (Al-Humazah:3).
Tak bagusnya ialah kita anggap harta, wang ringgit dapat selamatkan kita. Tidak. Yang akan selamatkan kita ialah ALLAH. Ada yang diselamatkan tanpa harta seperti Ashabul Kahfi. Ada diselamatkan tanpa duit seperti Bilal Ibnu Rabah.
Allah sebut lagi,
“Jika Allah menolong kamu, Maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), Maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.”(Surah Ali Imran : 160).
Poin besarnya ialah jangan bersandar pada makhluk. Bergantung dan bertawakal pada Allah. Rasulullah SAW bersabda: لو أنكم توكلتم على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصاً وتروح بطاناً “Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal maka Allah akan menganugerahkan kepada kalian rezeki sebagaimana Allah memberi rezeki kepada seekor burung. Dia terbang pagi hari dalam keadaan lapar dan petang hari datang dalam keadaan kenyang.” (Hadith Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Rezeki datang bersama tawakal. Bukan melalui hitungan. Bukan kerja keras semata.
Apa yang perlu kita lakukan ialah serahkan hidup pada Allah. وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ Maksudnya: dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”. (Surah Al-Ghafir : 44 ).
Ibu saya pernah sebut. “Kalau buntu. Kalau susah hati ulang-ulang baca ayat surah Ghaffir ini. ALLAH akan bantu. DIA dekat. Malah DIA lebih dekat dari urat nadi.”
Melalui perkongsian daripada Dr Shima Mahiddin, beliau merupakan seorang pensyarah di UIAM dan juga merupakan pensyarah kanan di UPM. Malah mempunyai sijil hipnosis, hipnoterapi, magnetism for healing, nyata punya pengalaman luas untuk berkongsi ilmu.
Melalui postingnya terdahulu ada menyentuh tentang bagaimana didik anak remaja dengan penuh kasih sayang agar ringan tulang membantu ibu di rumah. Jujur kita katakan bukan mudah sebenarnya berdepan dengan anak-anak yang telah remaja, cabarannya jauh berbeza berbanding mereka masa kecil. Memang lagi mudah untuk dapatkan bantuan daripada mereka.
Menyedari senario ini, ada baiknya kita sebagai ibu bapa ketahui cara betul untuk mendekati jiwa anak remaja agar mudah mendengar kata dan sekali gus ringan tulang membantu kita pada bila-bila masa diperlukan.
Nak tahu detail, jom semak!
Saya percaya menjadi ibu bapa kepada remaja belasan tahun mungkin merupakan tugas yang paling sukar berbanding ketika anak-anak masih kecil. Jika tidak diurus zaman remaja mereka, fahamlah kita apa akibatnya.
Dikatakan pada zaman remaja, rakan-rakan dan media lebih berkuasa dalam hidup mereka. Tetapi kajian dan pengalaman menunjukkan dengan jelas : ibu bapa adalah sangat penting dalam kehidupan remaja.
Remaja belasan tahun perlukan sokongan, panduan dan perhatian daripada ibu bapa seperti mana waktu mereka kanak-kanak juga. Jadi, bagaimana hari ini kita dapat bentuk mereka supaya mereka seronok untuk bantu kita buat kerja di rumah.
1. Agihkan Tugas
Lagi-lagi bila kita ada anak yang ramai. Maka, pengagihan tugas di rumah ni penting. Masing-masing perlu diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai ikut usia mereka.
2. Berikan Pujian
Siapa yang tak suka dipuji. Boleh kembang kempis hidung bila dipuji. Pujian dan kata-kata yang baik boleh merangsang dan menaikkan semangat anak-anak untuk lebih rajin membantu pada masa akan datang.
3. Banyakkan Bersabar
Bukan mudah untuk mendidik anak-anak buat kerja rumah. Kita pun tak boleh nak harapkan mereka buat kerja rumah dengan sempurna. Jika ada yang tak kena, mahu tak mahu memang kena sabar. Dengan penuh kasih sayang kita perlu beritahu mereka kenapa perlu begitu dan begini.
Contohnya, anak remaja lelaki yang rajin membantu ibunya di dapur adalah “bakal dambaan suami setiap wanita” kerana dia lebih memahami susah payah seorang isteri bila berkahwin nanti. Dia akan menjadi suami yang lebih bertolak ansur bukan suami yang hanya tahu memberi arahan dan mengharapkan segalanya tersedia untuknya.?
Anak remaja perempuan pula, kita boleh ajak shopping bersama-sama membeli barang dapur dan memasak makanan feveret dia.
Dengan penuh kasih sayang dan puji-pujian kita boleh menyampaikan pesanan, bahawa suatu hari nanti walau setinggi mana pun dia belajar, hasil air tangan isterilah yang sangat suami dan anak-anak nantikan. Betapa istimewanya dia mempunyai kelebihan resepi masakan sendiri yang didambakan bakal calon suami.