Makan

Resipi Mee Sizzling Masak Tanpa Guna Hot Plate, Dalam Kuali Pun Elok Jadi

Share

Selalunya bila teringin nak makan mee sizzling kita akan makan di restoran, apa kata kali ini kita cuba pula masak sendiri. Tak perlu pun guna hot plate seperti di kedai. Masak dalam kuali pun jadi. Asalkan cukup bahan-bahan asas.

Resipi Mee Sizzling Masak Tanpa Guna Hot Plate

Menariknya resipi ini, semua bahan yang digunakan mudah sahaja dan tidaklah susah hendak dicari. Mesti anak-anak pun suka makan. Tekstur meenya tak kembang seperti mee kuning. Memang sedap!

RESEPI MEE SIZZLING 

Bahan-bahan:

4-6 ulas bawang putih – hiris halus
1/2 inci halia – hiris halus
3 sudu kicap cair/ biasa
4 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 kiub ayam
2 sudu tepung jagung (campur air sikit)
5-7 biji Cili kering – kerat dua
3-4 cawan air
5-6 biji cendawan Shitake
Sawi
Telur
Isi/ tulang Ayam – potong kecil

Dalam Kuali Pun Elok Jadi

Cara membuat:

1. Tumis halia, bawang putih dan cili kering.

2. Masukkan isi/ tulang ayam dan sedikit air – 3 ke 4 cawan.

3. Masukkan kicap pekat, kicap cair dan sos tiram.

4. Kemudian masukkan kiub ayam dan cendawan shitake.

 

5. Masukkan bancuhan tepung jagung, sawi dan akhir sekali masukkan yee mee.

 

6. Akhir sekali pecahkan telur dan siap untuk dihidangkan.

Sumber: Norhakimah Hanafi