Resipi Mee Kuah Kelantan Arwah Mak Jadi Kenangan, Masak Buat Ayah Siap Bertambah!

Share
Mee adalah antara makana yang mudah di masak. Cara masakanya pelbagai cara. Bagi orang-orang kat Pantai Timur juadah mee kuah Kelantan  adalah antara yang digemari ramai. Makan panas-panas dengan menghirup kuah memang boleh buat bertambah!
Nak tahu cara membuatnya boleh cuba resipi yang dikongsi oleh pengguna facebook ini, Khad Apone yang menggunakan resipi arwah ibunya.
Mee kuah Kelantan
Dulu arwah mak selalu masak mee kuah ni. Tp Sejak ayah duk kl.. dr tahun 2015 sampi sekarang.. tak  pernah lagi buatkan dia mee kuah kelantan style padahal tu salah satu favourite ayah. Hari ni saja buat, dia kata lamanya  tak makan. Sedap, sampai 2 mangkuk dia sorang. Dia suh simpan lg semangkuk untuk petang nanti.
Resepinya
Isi ayam
Daging
Udang (pilihan)
Sotong (pilihan)
Telur 2 3 biji
Bawang putih 2 ulas (dimayang)
Bawang merah 3 ulas (dimayang)
Cili padi 3 tngkai (diketuk) nak pedas lg boleh tambah lg..
Lada hitam 10-15biji (ditumbuk)
Tomato
Sawi pajang atau pakchoy
Mee kuning (basuh bersih)
Garam
Gula (pilihan)
Perasa (pilihan)
Cara penyediaan:
Panaskan minyak… tumis bawang putih dulu sehingga naik bau.. baru tumis sekali bawang merah dan cili yg di ketuk.
Dah nampak kekuningan.. boleh masukkan isi ayam atau daging atau dua2nya sekali… goreng separa masak.
Baru masukkan air seberapa banyak mana korang suka. Sesudah sup mendidih, masukkan tomato (sy suka masukkan tomato awal sebab nak dapatkan kuah yg merah sedikit) masukkan lada hitam,garam, perasa, gula
Biarkan mendidih lama sikit, baru masukkan sotong dan udang.. selang 5minit.. masukkan sayur dan mee kuning.
2 minit kemudian pecahkan telur.. boleh buat sebiji sebiji atau hancur. Boleh letak daun sup, limau dan sambal kicap.. lagi sedap . Selamat mencuba
Sumber: Khad Apone

Bacaan lanjut: 

Seakan Memberi Tahu Tidur Tak Cukup Setelah Bergelar Ibu, Neelofa Kongsi Kapsyen Ringkas, Tapi Ini Komen Netizen.

Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!

Nak Kos Murah Bila Nak Ubah Suai Rumah, Perunding Kewangan Ini Bagi Trik Mudah Kena Tahu, Baru Boleh Jimat!

Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.

MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?

MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara