Resipi Mee Goreng Basah Mak Mertua Dan Biras Yang Berniaga, Patutlah Lebih Sedap Rupanya Ada Petua Campuran Sos Kena Buat.

Share

Sedapnya makan mee goreng basah panas-panas. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi menyelerakan ini.

Sebenarnya keenakkan resepi mee goreng ini terletak pada bahan kisar dan sos perencahnya serta penggunaan lauk daging, ayam atau udang akan yang naikkan lagi rasa mee.

Kepada yang nak cuba masak menu ni buat hidangan minum petang, apa kata cuba resipi ni. Katanya ada dah mencuba memang sedap!

Resipi mee goreng mak mertua dan biras

Kak sue share resepi mee goreng basah paling sedap,kaksue belajar dengan mak mertua dan biras kaksue yang memang niaga sebelum ni.ada yang kaksue alter untuk kesesuaian bahan di dapur.

Tips nak mee goreng sedap
1. Guna sos sos mencukupi,jangan kedekut bahan
2. kalau nak ada kelainan,guna air rebusan daging dan hirisan daging.memang sedap giler
3. bawang putih kena banyak,tumbuk kasar kasar
4. masukkan sedikit cuka makan bila goreng mee.lagi membangkitkan rasa
Ni resepi kaksue guna,korang boleh try
Mee Goreng Basah
1 peket mee kuning
minyak untuk menumis
8 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland
2 tbsp cili kering kisar

Lauk:ikut citarasa
ayam cincang
udang
daging
telur
sawi
tomato

Campuran sos jadi lebih sedap
Sos & Perasa


5 tbsp sos cili
1tbsp sos tomato
2tbsp sos tiram
1tbsp kicap manis
2tbsp kicap pekat
1tbsp sos ikan
1/2 tsp garam halus
1tbsp gula atau secukup rasa
1/2tsp ajinomoto jika suka
1/2 cawan air

Cara penyediaan: 

1. Panaskan minyak masak,tumis bawang putih
2. Masukkan bawang holland,cili kering kisar
3. Masukkan lauk pauk,tumis lagi
4. Letak sedikit air dan semua sos
5. Udang masuk kemudian pun takpa
6. Pecahkan telur dan masukkan mee
7. Masukkan sayur,kacau sebati. Siap!


Sumber: Suhasnida Ismail

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club