Jika bercadangan inginkan masakan panas yang simple dan sedap, apa kata buat mi hailam.
Nampak mudah aje nak buat masakan ni, tapi jika bahan-bahan yang tak cukup, rasanya tentu lain.
Nak tahu rahsia menjadikan mi hailam ini lebih sedap. Ikuti perkongsian oleh Puan Hasniza Hassan yang memaparkan resepi mi hailam istimewa dengan tumis lada hitam.
Bau aroma masakan ini membangkitkan selera makan. Cara ini menarik perhatian ramai hingga mendapat share yang tinggi dikalangan warganet. Jom buat menu ni hari ini.
Kuah mi hailam ni istimewa dan lain sedikit sebab ditumis dengan lada hitam. Kak Has dapat resepi ni dari mak saudara kak Has, Rohani Othman.
Punyalah suka, suami kak Has pernah request mi hailam ni untuk menu berbuka puasa selama 5 hari berturut-turut.
Kak Has nak kongsikan dengan kalian bahan-bahannya untuk 1 – 1 1/2 peket mi.
Bahan-bahanya:
– 11 ulas bawang putih dikisar/ tumbuk
– 1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar
– Daging yang dipotong kecil-kecil (kalau rebus dulu lagi senang dan cepat)
– 1 mangkuk stok air udang, kalau ada
– 15 ekor udang (terpulang nak banyak mana)
– 4 ekor sotong yang dihiris (terpulang juga)
– 1 biji tomato dibelah 2
– 1-2 biji cili merah dipotong
– Kobis dihiris dan sawi dipotong
– Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa
– Garam dan gula secukup rasa
Ads
– 1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Cara-caranya membuatnya :
Tumis bawang putih dan lada hitam.
Tumis hingga kekuningan
Masukkan daging dan tambah air. Boleh masukkan stok air rebusan kulit udang kalau ada. Biarkan mendidih. Pastikan daging empuk.
Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram.
Masukkan udang dan sotong. Jangan lama sangat nanti kecut.
Ads
Masukkan cili merah dan tomato. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa
Terus masukkan kobis.
Dah mendidih dan hendak diangkat, masukkan sawi. Tambahkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Gaul rata.
Masukkan mi.
Gaul rata dan terus hidang. Masukkan mi hanya apabila sedia untuk dihidangkan dan dimakan. Jika tidak, mi akan kembang.
Penyakit kronik sukar dirawati namun ia tidak mustahil untuk disembuhkan.Selain menjaga kesihatan dengan melakukan senaman, amalan minuman dan pemakananan yang betul mampu membantu merawati penyakit ini.
Menerusi perkongsian seorang ibu Puan Nor Hashimah Sulaiman yang juga Pengerusi Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM (CAKNE), beliau berkongsi resipi minuman kesihatan yang dilakukan untuk anaknya, yang kini merupakan bekas penghidap penyakit kanser otak.
“Semasa saya menjaga anak dalam rawatan kanser otak (pembedahan, radioterapi dan kemoterapi) saya selalu kebuntuan hendak memberi minuman apa yang sesuai untuk dia minum. Maklumlah kanak kanak memang begitu ditambah pula dengan rawatan yang berat ini.
“Alhamdulillah, kita memohon pada Allah… Diilhamkan pada saya yang sedang termenung di waktu petang 2007 minuman ini. Dia pula suka sangat dengan minuman ini. Air teh hijau, serai dan kurma merah.Alhamdulillah anak saya dah sembuh, namun dia masih suka dengan minuman ini.
Bahan-bahan:
2 batang serai yang diketuk
1 sachet Teh hijau
3 biji kurma merah
1 liter air
Cara Membuat:
Rebuskan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga mendidih.
Kemudian, selepas mendidih, ditambahkan dengan gula tebu dan jus lemon mengikut cita rasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan tidak salah mencuba.
Sumber: Puan Nor Hashimah Sulaiman, Pengerusi Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM (CAKNE)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Keracunan makanan berlaku tanpa kita duga. Makanan berbentuk cengkerang seperti kerang dan siput sedut dan rangkaian siput lain paling berisiko terdedah dengan pelbagai kotoran.
Mana tidaknya, kotoran yang tertinggal di dalam cengkerang ini jika tidak dibasuh dengan bersih boleh mengakibatkan keracunan makanan dan pada tubuh kita. Jika tidak pun, ada kesannya pada tubuh kita jika tidak dibasuh dengan bersih.
Selain membasuh cara biasa, ada banyak lagi kaedah lain bagi memastikan kerang dan siput sedut dapat dibersihkan dengan bersih dan selamat untuk dimakan. Bagaimana?
Hampas Kelapa
Bagi seput sedut, gunakan hampas kelapa yang sudah digunakan dan gaulkan bersama siput sedut ini. Ini cara pembersihan paling praktikal dan selamat untuk membersihkan siput sedut. Biarkan selama 30 minit dan kemudian bilas seperti biasa sebelum dibasuh.
Pilih Yang Segar
Baik siput sedut atau kerang pastikan kedua jenis makanan ini dibeli yang masih lagi segar. Jika sudah berbau baik jangan dibeli. Selamat. Selain itu nak pastikan kedua cengkerang ini masih lagi segar adalah dengan mengetuk cengkerang kerang pada permukaan mendatar dengan lembut.
Jika kerang itu tidak tertutup dalam masa beberapa minit atau kerang tersebut pecah dan rosak, kerang itu bukanlah kerang yang segar. Ketika merebus kerang, jika kerang tidak terbuka ketika dimasak, ia menunjukkan kerang itu sudah tidak segar atau sudah rosak. Buangkan sahaja kerang tersebut.
Rendam Garam
Garam memang banyak kegunaannya. Bagi kerang dan siput sedut, kedua jenis cengkerang ini haruslah direndam ke dalam air garam bagi membersihkannya. Bukan hanya bersih malah dapat buang segala racun dan bakteria yang terdapat di dalamnya.
Tos Kali Kedua
Apabila selesai merendam, keluarkan kerang sedikit demi sedikit dan toskannya semula. Jangan keluarkan kerang sekaligus kerana mungkin pasir akan tercampur sekali. Cuci kembali kerang yang dikeluarkan di bawah air yang mengalir.
Guna Serai
Anda juga boleh mengunakan beberapa batang serai yang ditumbuk. Caranya ialah dengan menggaulkan batang serai tadi bersama kerang di dalam air. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Hasilnya, kulit kerang akan lebih bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Resipi simple tapi membuka selera seisi keluarga. Bagi anda yang tak suka makan menu berat baik ketika berbuka mahupun sahur, mungkin resipi sambal telur tiga rasa ini sesuai.
Lebih-lebih lagi kalau waktu bersahur. Daripada tak berselera terus tak cukup sepinggan nasi kalau dapat macam ni kan. Lebih-lebih lagi bagi anda yang suka menu berasaskan telur.
Nah ibu-ibu, admin kongsikan resipi air tangan dari puan Liza Idris. Selamat mencuba!
Nah, menu sahur simple “Telur Pecah Sambal 3 Rasa”. Boleh masak untuk sahur esok.
Bahan-bahan:-
1 biji bawang besar.
2 ulas bawang putih.
3 biji telur ayam.
3 sudu cili kering.
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos cili.
1 sudu besar sos tomato.
1 cawan air.
Sedikit daun bawang jika ada.
Cara masak ada pada setiap gambar. Jom kita mulakan.
Cara membuat:
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.
Bila dah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.
Masuk pula 3 beradik sos tiram, tomato dan cili. Kacau sama rata.
Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Barulah masakan jadi sedap.
Masuk pula air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat.
Rasa lah sikit, kalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.
Rasa kuah dah sempoi, pecah je telur macam saya buat tu.
Tabur daun sup kalau ada dalam peti ais. Tak letak pun sedap je. Saja la serabutkan dalam kuali tu.
Saya tak kacau sebab tak nak telur tu hancur.
Terbalikkan telur tu kalau nak bagi masak sama rata. Tutup api. SIAP!
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.