Resipi Lempeng Nasi Yang Simple, Lembut & Sedap. Rupanya Ada Cara Bancuh Adunan Supaya Lebih Menarik. Wanita Ni Kongsikan Tip!

Share

Lempeng atau nama modennya crepe memang menjadi kesukaan ramai. Kalau dulu-dulu, inilah antara hidangan untuk sarapan pagi yang menjadi kesukaan anak-anak. Dengan kelembutan dan rasanya yang sedap apabila dicicah dengan kari mahupun sambal, memang mengundang selera seisi keluarga.

Caranya yang mudah dan cepat pula tu menjadikan ia salah satu menu sesuai dihidangkan untuk sarapan mahupun minum petang. Bagi ibu-ibu yang nak sediakan sendiri lempeng untuk hidangan seisi keluarga, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Zura Zul

ini. Hanya guna nasi jer boleh dapat lempeng yang cukup sedap dan lembut.

Lempeng Nasi #simple #lembut #sedap
Bahan
2 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 ketul kiub pati ayam/kiub pati ikan bilis
Sedikit garam

  • Cara2 :
    Blender nasi dgn 1 cawan air hingga hancur halus
  • Tambah 2 cawan air dlm blender tadi
  • Masuk tepung, kiub pati ayam/ikan bilis & sedikit garam.. Blend bagi sebati..kalau rasa kurang pekat adunan..boleh tambah sedikit lagi tepung
  • Panaskan kuali non stick..sapu sedikit minyak..tuang sesenduk adunan..biar masak seketika hingga bahagian bawah agak garing kekuningan..terbalikkan..tunggu sampai masak..angkat..ulang sehingga habis adunan
  • Sedia dihidang..sedap cicah dgn kuah kari/sambal sardin/sambal ikan bilis
  • P/s..setiap kali nak tuang adunan tu..sapu juga sedikit minyak dlm kuali utk dpt lempeng yg menarik