
Resipi Lempeng Kelapa, Rasa Lemak-lemak, Lembut Bila Dikunyah
Lempeng kelapa antara sajian yang menjadi pilihan untuk sarapan pagi. Sarapan yang mudah dan ringkas ini memang enak dimakan bersama kuah kari dan juga sambal sardin.
Jom kita cuba resipi lempeng kelapa seperti yang dikongsikan Dapur Kak Chik. In Sha Allah sedap dan lembut sampai ke petang. Pasti menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga.
RESIPI LEMPENG KELAPA
BAHAN A (dikisar)
1 biji telur
2 keping roti
1 cawan air
BAHAN B:
4 cawan tepung gandum
Garam
2 sudu susu pekat
Air secukupnya
2 sudu minyak @marjerin cair
1 cawan kelapa parut
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan bahan A dan B – bancuh sekata agak-agak kepekatannya.
2. Kisar sekali lagi.
3. Masukkan dalam bekas dan campurkan kelapa parut.
4. Masak dengan cara lenggangkan di atas kuali non stick macam buat kuih gulung. Apabila siap bolehlah dihidangkan bersama sambal sardin atau kuah kari.
Sumber kredit: Sumber kredit: Dapur Kak Chik via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
“Selalu Bergaduh Tapi Jodoh Kita Panjang.” Sambut Anniversary Ke-13, Luahan Hati DS Shahida Sentuh Hati Warganet!

Rumah tangga pasangan ini pernah berantakan sehingga sang isteri nekad memfailkan penceraian. Namun, ajal maut joodh pertemuan, segalanya ditentukan oleh Sang Pencipta. Pertalian suami isteri antara mereka masih utuh dan akhirnya mereka bersatu kembali.
Mendung hitam yang memayugi mereka sudah berarak dan mengembalikan sinar dalam rumah tangga dato Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Shahida.
Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13. bersempena hari yang cukup istimewa itu, isterinya, Datin Seri Shahida melayangkan satu dedikasi khas kepadanya di Instagram miliknya.
Selamat Hari Kita 10/8/2007-10/08/2020
@aliffsyukriterlajaklaris 13 tahun kita bersama..menempuh suka duka,pahit manis,walaupun kita mmg selalu bergaduh tapi jodoh kita selalu panjang…..
.
Semoga keluarga yg kita bina ni berkekalan selamanya…kita menjadi hamba yg taat pada Allah….menjadi contoh yg baik buat anak2 kita…
.
Selama kita kahwin kita penat cari duit utk nak mengubah hidup…kita dah ada apa yg kita mahu tinggal bersyukur sahaja…andai kata apa yg Allah pinjam ni suatu hari tiada lagi,kita bersyukurlah sebab kita pernah merasa nikmat senang setelah penat kita berusaha…yg penting kita,anak2 kekal bahgia selamanya….. luv u
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Sumber: shahidadherbs
Ibu Bekerja Boleh Kemas Rumah Cara Pantas Dan Tip Top Dengan Cara Ni, Confirm Semua Beres!

Kesibukan bekerja membuatkan ibu bekerja tidak cukup masa untuk mengemas rumah setiap hari. Bila pulang dari pejabat, malamnya adalah masa menguruskan anak-anak dan menyediakan sajian buat makan malam.
Sudahnya di mana masa untuk ibu-ibu mengemas rumah setiap hari. Hujung minggu adalah jawapannya.
Pun begitu jika mengemas rumah secara besar-besaran ketika hujung minggu, mak-mak boleh jadi kepenatan kerana melakukan kerja-kerja sepanjang hari. Sebenarnya ada banyak cara bagi memudahkan kita untuk mengemas rumah dengan lebih pantas dan efisyen.
Tulisan ibu ini di blog peribadinya, fydanoh.com boleh kita jadikan tip untuk mengemas lebih pantas dan efisyen, sesuai dengan kesibukan ibu bekerja. Jom ikut caranya.
Tips kemas rumah
Ibu-ibu memang superwoman dan kuat, tapi apa kata kita jimatkan tenaga pada hujung minggu?
1. Basuh pakaian sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu
Elakkan kumpul baju seminggu dan tunggu hujung minggu baru nak basuh baju. Sebaliknya, agak-agak muat 1 mesin basuh boleh terus basuh. Saya sediakan
jadual untuk membasuh baju, iaitu setiap 3 hari dalam seminggu. Seboleh-bolehnya saya elakkan basuh baju pada hari minggu. Waktu saya membasuh baju ialah
hari Selasa dan Jumaat.
Keluarga kami kecil sahaja, jadi boleh lah masuh 2 kali seminggu. Mungkin jika keluarga yang lebih besar perlu basuh lebih kerap atau mungkin perlu basuh
pakaian setiap hari.
Ibu saya memang basuh baju setiap hari semasa beliau masih kerja dulu. Setiap kali balik kerja, beliau akan masak sambil tu mandi dan terus basuh baju.
Sampai sekarang masih tertanya-tanya macammana sambil basuh baju dia boleh agak lauk dah masak.
2. Cara mudah uruskan kain baju
Bila dah basuh baju, tentulah perlu jemur dan lipat kan? Aktiviti mana agaknya yang paling susah dan malas nak buat? Bagi saya lipat baju, dan saya percaya kebanyakan ibu pun macam tu. Biar saja berlonggok, nanti dah tinggi barulah gelabah nak melipat.
Tips paling mudah ialah gunakan penyangkit sewaktu menyidai pakaian. Contohnya pakaian yang perlu digosok seperti kemeja ataupun baju kurung. Jadi, angkat
terus sangkut dalam almari.
Tips kedua untuk melipat baju ialah dengan melipat sambil menonton TV. Ini memang saya paling suka buat, terutamanya rancangan TV yang saya suka
tengoklah. Sedar-sedar cerita habis, baju yang dilipat pun habis.
3. Pandai mengambil peluang
Contohnya, kalau kita nak membasuh baju dan menyapu lantai, kita boleh setkan dulu mesin basuh dan boleh menyapu lantai. Ataupun seperti ibu saya tadi, sambil mandi, basuh baju dan memasak sekaligus. Hebatkan wanita?
4. Membuat kerja ikut arah jam
Maksudnya di sini, kita tetapkan titik permulaan kita untuk kemas rumah. Contohnya bermula dengan dapur, kemudian pusinglah ikut arah jam. Cara ini lebih sistematik dan tiada ruang yang akan tertinggal.
5. Bermula dari atas ke bawah
Mulakan proses mengemas dengan membuang sawang-sawang di siling dan bersihkan habuk yang melekat dikipas terlebih dahulu. Kemudian barulah di sapu lantai.
Jika rumah 2 tingkat pula, eloklah kemas tingkat atas dulu kemudian barulah tingkat bawah. Ibu sibuk dan kerjaya, buat kerja mengikut jadual dan berdisiplin, tak perlu lagi jadi sotong.
6. Sambil mengemop lantai, sambil bersenam
Mengemop lantai tidak perlu dilakukan setiap hari, sebaliknya selang sehari atau seminggu sekali sudah memadai, kecuali memang lantai benar-benar kotor. Sebelum mengemop lantai, habuk dan sampah sarap perlu disingkirkan terlebih dahulu sebaiknya di vakum. Kalau tak sapu sahaja dah memadai.
Untuk mengemop pula, mulakan bahagian tengah kemudian bergerak ke bahagian tepi, dalam gerakan membulat. Teknik ini saya belajar semasa ‘cuci pesakit’ dalam dewan bedah. Kerana kita tahu bahagian tengah tentunya lebih bersih daripada kawasan dekat dinding. Kalau mulakan bahagian tepi dulu, tentulah habuk-habuk akan ditarik ke tempat yang sudah bersih.
Mengemop dan menyapu adalah aktiviti yang paling saya sukai, kerana saya akan pasang muzik kegemaran saya dan gerakkan badan mengikut alunan muzik. Memang
cepat sahaja buat kerja.
7. Gunakan bantuan mesin
Bagi yang berkemampuan, boleh lah gunakan alat-alat bantuan ni. Contohnya gunakan vakum dan robot untuk mengemop lantai. Jadinya, kerja kita akan menjadi lebih ringan dan mudah berbanding menggunakan cara tradisional.
Jadi, siapa kata ibu berkerjaya tidak boleh memiliki rumah yang tersusun dan kemas sentiasa? Asalkan ibu boleh mengamalkan disiplin dan konsisten dengan
kerja.
Selamat mencuba.
Sumber: fydanoh.com
Resipi Ikan Kembung Cicah Air Asam Yang Mudah Tapi Menyengat. Lelaki Ni Kongsikan Caranya. Sedap!

Menyediakan hidangan untuk keluarga tak perlu menu yang berat. Yang ringkas pun mampu membuka selera. Apatah lagi jika itu adalah air tangan ibu.
Bagi yang tengah berdiet, menu ini pasti termasuk dalam list wajib buat terutama ikan bakar. Tapi tak lengkap andai tidak dimakan bersama Air Asam.
Untuk ibu-ibu yang nak sediakan air asam mabeles, boleh cuba perkongsian lelaki ini.
Untuk Ikan:
* Ikan apa-apa yang disukai.
* Lumur dengan sedikit garam kemudian kukus sampai masak.
Untuk Air Asam:
Asam jawa
Air masak
Bawang besar
Tomato – potong dadu
Cili api hiris kecil
Garam
(Ada yang suka letak belacan. Boleh je tapi saya tak letak sebab nanti asyik pegang hidung je???)
Cara membuat:
*Campurkan semua bahan ni dalam mangkuk.
*Gaul-gaul kuah jangan cair sangat. Pekat sikit baru ummpppp….
*Kemudian ikan yang dah siap kukus tadi tu kita curahkan aje air asam ni… Siap.
Tip
Makan dengan nasi panas dan ulam timun.
Ok….selamat mencuba
credit : Hairul Nizam Ijam