Lempeng atau nama modennya crepe memang menjadi kesukaan ramai. Nak nak lagi dengan kelembutan dan rasanya yang sedap apabila dicicah dengan kari mahupun sambal.
Caranya yang mudah dan cepat pula tu menjadikan ia salah satu menu sesuai dihidangkan untuk sarapan mahupun minum petang.
Lempeng kelapa Yang Lembut Dan Sedap,.. Makan bersama sambal hijau atau sambal tumis . 1cwn nasi , blend ngan 2 1/2 cwn air .Masukan dlm satu bekas , masukan 2 cwn tepong gandom, 2 cwn kelapa muda .., secubit garam dan sedikit minyak masak . Hari ni sy buat comel2 je,pakai acuan …separoh lagi yg besar ..emmm dap tau Jemput minum petang Semua .. Alhamdulillah #sykurselalu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya kalau pergi berkelah atau mahu bakar ikan pasti akan ambil masa untuk menghidupkan api pada arang. Jadi, admin ingin kongsikan kaedah mudah dengan menggunakan bahan terpakai iaitu bekas telur dan juga minyak terpakai.
Cara ini dikongsikan oleh saudara sabaruddin mohd noor. Kalau kes kecemasan terlupa bawa bahan bakar, bolehlah guna kaedah ini. Simple je.
Bahan diperlukan:
Bekas telur
Minyak Masak Terpakai
Tempat pembakar
Cara mudah sediakan bara utk panggang. 1. Letak bekas telur yg dipotong ikut saiz pemanggang. 2. Tuang minyak masak terpakai atas bekas telur.
3. Nyalakan bekas telur. 4. Letak arang atas bekas telur. 5. Biarkan terbakar hingga jadi bara.
Ketika berpuasa tidak dinafikan keinginan kita untuk menikmati pelbagai hidangan yang lebih istimewa lebih terasa.
Begitu juga jika dapat menikmati minuman yang cukup menyegarkan pastinya memberi kepuasan saat berbuka.
Untuk itu, bolehlah dicuba air yang istimewa ini yang telah dikongsikan oleh Amelia. Nampak begitu memyelerakan!
“Air ini tiada nama, Melea minum ais jelly di mahkota parade , ada jelly yang diperahkan dengan limau , dan buah buahan campuran, bila ais nya cair, jadilah rasa macam air di gambar ini .” – Amelia