Biasanya resipi kita dengar ayam masak kam heong, tapi menarik resipi ini menggunakan lala sebagai asas masakan.

Buat yang ketandusan idea nak masak apa hari ni boleh cuba perkongsian puan Liza Idris. Memang sedap dan mudah nak buat.

Jom kita cuba resipi ni!

Resipi Lala Kam Heong Yang Mudah Nak Buat. Boleh Cuba Masakan Ni!

Menu harini saya masak “LALA KAM HEONG”.

Boleh pula sambil masak saya terfikir, kenapa Kam Heong? Boleh je letak Gu Chan Seong. 

Bahan-bahan

IKLAN

So kita terukan dengan bahan-bahan menumis:-

Resipi Lala Kam Heong Yang Mudah Nak Buat. Boleh Cuba Masakan Ni!

Resipi Lala Kam Heong Yang Mudah Nak Buat. Boleh Cuba Masakan Ni!

– 1/2 kg Lala
– 1 sudu besar udang kering (tumbuk /cincang)
– 3 @ 4 ulas bawang putih ( cincang )
– 1 biji bawang besar ( cincang )
– 2 inci halia dimayang halus
– 6 biji cili padi ( potong halus ) boleh juga guna
cili kering.
– 2 tangkai daun kari
– Sedikit daun sup untuk hiasan.
– Sedikit garam, gula dan serbu perasa.

IKLAN

Bahan-bahan untuk pes :-

Resipi Lala Kam Heong Yang Mudah Nak Buat. Boleh Cuba Masakan Ni!

– 1 sudu besar rempah kari
– 1 sudu besar sos tiram
– 2 sudu besar kicap biasa (saya guna kicap mudim)

IKLAN

Cara memasak:-

1. Panaskan minyak 5 sudu besar.
2. Masukkan bawang putih, halia, bawang besar, udang kering, daun kari dan cili padi. Goreng sampai naik wangi.
4. Masukkan pes kari yang digaul bersam sos tiram dan kicap. Goreng sampai pecah minyak. Tambah air sedikit supaya tak kering.
5. Letakkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa kalian.
6. Masukkan lala gaul sebati sehingga lala masak.
7. Masukkan kicap lagi untuk pekatkan kuahnya dan gaulkan sebati.

Siap, taburkan daun bawang dan tutup api.

Rasanya wallah sangat!

Moga bantu ibu-ibu yang buntu nak masak apa hari ni. 

Sumber: Liza Idris

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI