Kuih pau adalah antara kuih yang sering mendapat perhatian untuk hidangan ketika minum petang. Biasanya dijual dari warung tepi jalan dan pasar malam.
Bagi mereka yang gemar kuih ini, boleh cuba buat sendiri di rumah.Bahan-bahan dan cara pembuatan pau adalah sangkat ringkas cuma memerlukan teknik yang betul supaya pau yang dihasilkan ringan and gebu.
Apa kata lihat resipi ini yang telah mendapat perkongsian sehingga 8K. Cara sukatan hanya menggunakan cawan dan sudu aje. Mudah sangat nak buat!
Resepi Pau Kukus Gebu Gebas
Bahan-bahan:
*3sudu minyak masak
*2cawan tepung gandum
*2sudu besar mauripan@yis
*2sudu besar susu pekat
*1sudu besar gula
*setengah cawan air suam
*sedikit garam
Cara Menyediaan:
-satukan yis,air suam,gula dalam mangkuk kacau dan biarkan 10 minit hingga berbuih
-dalam mangkuk berlainan masukkan tepung,susu pekat,garam
minyak masak gaul sebati
-masukkan campuran yis uli hingga jadi doh..bentukkan bulat
ni saya dapat 10biji saiz macam dalam gambar
-biarkan doh naik ..tutup dengan plastik
-leperkan doh masukkan inti dan biarkan doh mengembang sekali lagi
-kukus pau selama 10minit je api sederhana besar(jangan lebih nanti pau
berkedut
-balut tutup kukusan dengan kain -lepas 10minit tu angkat sekali dengan periuk kukusan tu dulu baru. Bukak tudung nya untuk elak pau berkedut..