Siapa yang tak kenal dan tak pernah makan kuih lopes kan. Kuih yang diperbuat daripada beras pulut dan di lumuri dengan kelapa parut. Cukup enak dimakan bersama gula melaka yang sudah dicairkan
Memandangkn sekarang ni PKP, jadi pasti susah nak dapat kuih ini kan. Jadi apa kata anda cuba menyediakannya sendiri di rumah untuk hidangan keluarga untuk berbuka nanti. Lebih jimat dan anda boleh makan sebanyak mana yang anda mahukan.
Jom cuba resipi Kuih Lopes yang dikongsikan oleh puan Sally Aqua
Kuih Lopes cara k.sally.
Bahan-bahan
2 cawan beras pulut (Dapat 15-20 biji kuih lopes)
Ads
2.5 cawan air
Pewarna hijau Daun pandan
Satu sudu minyak masak
Ads
Sedikit garam (hujung sudu shj)
Kelapa parut untuk menggaul pulut
6 sudu gula merah
Ads
2 sudu gula putih
Cara buat di gambar step by step. Moga bermanfaat buat puan2 😊
Malas nak buat air pandan, letak pewarna ajaGuna beras pulut susu pun bolehMasuk daun padan bg wangiMasukkan minyak sikit.Tanak bagi lembik sikit. Kalau pulut 2 cawan, air 2.5 cawanTanak bagi lembik sikit. Kalau pulut 2 cawan, air 2.5 cawanPrepare air gulaMasak sampai pekatPrepare kelapa parutMasa pulut tgh suam2 tu, tekan dlm tupperware
Saya suka makan pankek mc d.. Almost setiap hari order pankek dia. Dah try mcm2 instant pankek tapi xde yg menjadi mcm mc d.
Hari ni try resepi encik Khairul Abdullah. Mmg menjadi sama sebijik sejiban mc D. Save dah rm12 sehari. Tq Encik Khairul super daddy tu. *tips kuali kena kecik, dan panas baru tuang adunan agak tebal. Tanpa minyak.
Resepi : 1 cawan tepung gandum. 1 cawan susu segar. 2 sudu besar baking powder. 3 sudu besar gula. 1 sudu kecil garam. 1 biji telur. 1 sudu kecil esen vanilla jika sudi. 2 sudu butter/minyak masak.
Cara nak buat dia: 1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sampai halus sebati. Atau kalau malas nak guna blender, satukan semua bahan di dalam bekas dan pukul sebati. 2. Panaskan kuali non-stick dengan api yang perlahan. Sendukkan adunan ke dalam kuali. Tunggu sampai keluar gelembung dan balikkan. Tunggu keperangan dan angkat. Hidangkan dengan butter, maple syrup, madu, potongan buah, chocolate sauce, strawberry sauce atau apa sahaja yang berkenan di hati. Resepi di atas boleh dapat antar 6-7 biji penkek standard saiz. kalau buat kecik-kecik dapatlah banyak.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Pastinya ramai meruntun jiwa melihat situasi yang melanda penduduk Lembah Klang baru-baru ini.
Kejadian banjir besar yang melanda sangat menyayat hati semua. Air bah yang ‘menggunung’ itu didakwa berpunca daripada cuaca hujan yang berterusan tanpa henti.
Sehubungan itu, ramai yang menghulurkan bantuan setelah viral dikatakan ramai mangsa banjir tidak mendapat bantuan.
Prihatin dengan situasi yang mendesak, seorang pemuda telah viral baru-baru ini setelah dikatakan bergeral secara solo untuk menghulurkan bantuan.
Lebih mendapat perhatian dia hanya menggunakan kenderaan kecil viva serta memuatkan boat didalamnya. Bergerak dari Melaka ke Selangor hanya berbekal RM50 duit di poket.
Tidak mahu kisahnya diviralnya namun tidak sangka caranya mendapat perhatian ramai.
Gambar: Inilah keluarga abang viva yang membantu mangsa banjir
Menerusi sumber, Free Malaysia Today turut berkongsi gambar keluarga pemuda viral berkenaan yang kini menjadi perhatian warganet.
Sejuk perut ibu mengandung. Azwan Omar, abang yang viral lepas sanggup angkut bot atas kereta kecilnya dari Melaka ke Selangor. Sanggup minta cuti kecmasan dari majikan semata-mata nak tolong mereka yang terperangkap banjir.
Dalam poket pula katanya ada RM50 je. RM20 duit minyak bot, lagi RM30 lagi untuk beli roti,air buat alas perut. Tidur pun dalam bot. Hidup biasa tapi berjiwa luar biasa.
Terdahulu perkongsian warganet, saudara Abdel Rahmanov menerusi facebooknya telah memuji usaha anak muda ini mendapat perhatian warganet lain.
Saya cukup tersentuh membaca kisah Abang Viva yang datang dari Melaka untuk menyelamatkan mangsa banjir di Shah Alam. Kisah Abang Viva seperti berikut:
1. Abang Viva ini bernama Azwan Omar yang datang dari Melaka ke Shah Alam dengan menggunakan kereta Viva dan membawa sebuah bot di atas bumbung keretanya.
2. Dia hanya berbekal duit sebanyak RM50. Dia beli minyak untuk bot sebanyak RM20 dan RM30 lagi untuk makanan seperti roti dan air untuk alas perut.
3. Dia bekerja sebagai operator mesin dan memohon cuti kecemasan dari majikannya untuk ke Shah Alam bagi menyelamatkan mangsa banjir.
4. Antara mangsa banjir yang diselamatkan ialah pasangan warga emas termasuk suami yang lumpuh dan seorang ibu dengan bayi yang baru dilahirkan.
5. Sejak lima hari lepas, Abang Viva hanya alas perut dengan makan roti dan air serta tidur dalam botnya. Namun dia terus kental untuk selamatkan mangsa-mangsa banjir.
6. Cerita dia tersebar menyebabkan orang ramai menderma wang kepadanya. Namun dia agak keberatan mahu menerimanya dan menderma sebahagian besar wang itu kepada NGO-NGO lain.
7. Abang Viva berkata, “Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun. Saya pun tak minta untuk jadi viral sampai macam ni, orang masuk dalam internet semua. Jadi sumbangan yang saya terima itu saya akan salurkan semula kepada mangsa banjir”
8. Hebat betul kisah Abang Viva ini. Dia hanya orang biasa tanpa pangkat dan gelaran. Tetapi jiwanya amat luar biasa. Dia di antara hero yang tidak dikenali tetapi kaya jiwa dan budi.
9. Moga Allah memberkati dan memberi kekuatan atas usaha Abang Viva menyelamatkan mangsa banjir. Abang Viva hero kami!
Dr. Abdél Rahmanov 23 Dis 2021
Sumber: Free Malaysia Today ,& Abdel Rahmanov gambar: kalam ulama
Bila ada tanda-tanda ketidakstabilan hormon bagi dalam diri kita, wajar untuk segera diambil tindakan untuk mengembalikan semula keseimbangannya.
Jika tidak dirawat, pasti sahaja keadaan tersebut akan menjadi penyebab kitaran haid terganggu, masalah keguguran rambut, kulit berkedut dan sebagainya menjadi lebih serius.
Jadi untuk itu, ayuh kita baca perkongsian daripada doktor ini agar kita boleh merawatnya selain sekadar bergantung kepada pil hormon semata-mata.
TIPS MUDAH MENGIMBANGKAN SEMULA HORMON DALAM TUBUH WANITA
Ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon hingga menyebabkan kitaran haid tidak menentu, emosi yang tidak stabil, rambut keguguran, kulit menjadi berkedut dan kering, muka menjadi kusam dan mudah rasa penat.
Pengambilan pil hormon tidak membantu kerana ia hanyalah suatu langkah bersifat sementara. Apabila berhenti pengambilan pil hormon, kita mengalami masalah yang berulang yang sama.
Yang terbaik adalah kita membantu tubuh kita mencapai keseimbangan ini dari dalam tubuh.
Selalunya bila kita bercakap tentang ketidakseimbangan hormon, tahap hormon estreogen yang terlalu tinggi.
Estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab terhadap ciri ciri kewanitaan seperti keanjalan kulit, menstabilkan emosi, menjaga kesihatan rambut, kitaran haid yang tetap, kekuatan wanita, selain penting dalam mencegah penyakit seperti kerapuhan tulang, sakit jantung, dan dementia.
Antara langkah yang boleh dilakukan :
1. Kurangkan pendedahan terhadap bahan kimia sintetik seperti pencuci lantai, kosmetik seperti gincu, losen siang/ malam, serum muka, ‘personal care’ seperti sabun mandi, deodoran, baja kimia dan racun serangga. Pastikan kita memakai sarung tangan jika penggunaannya tidak dapat dielakkan.
2. Kurangkan lemak berlebihan dalam badan dengan menurunkan berat badan. Tisu tisu lemak pada tubuh juga penting tetapi jangan berlebihan kerana ia mengundang pelbagai masalah kesihatan.
3. Tambahkan dan pelbagaikan sumber protein dan lemak sihat dalam hidangan. Tanpa protein yang mencukupi kita mungkin akan berasa cepat lapar dan ini akan menyebabkan kita ketap makan dan bertambah berat badan.
Protein yang sihat seperti ikan, telur dan ayam juga penting untuk kesihatan rambut, pembinaan otot dan merawat tisu yang rosak. Lemak sihat seperti minyak zaitun dan minyak kelapa dara.
4. Membantu proses perkumahan toksin dengan mengamalkan banyak sayur-sayuran dan buah buahan atau makanan yang disebut sebagai Quranic Food seperti minyak zaitun, buah teen, buah delima, anggur, pisang dan kurma. Ia mengandungi cukup mineral, vitamin dan antioksida.
5. Elakkan penggunaan gula putih atau sebarang gula tambahan dalam minuman dan makanan.
6. Tambahkan sumber vitamin E, vitamin C dan vitamin D dalam makanan. Vitamin D dapat ditingkatkan dengan pendedahan selama 10-15 minit setiap hari pada sinaran matahari yang tidak terik. Dalam banyak kajian, mereka yang kekurangan vitamin-vitamin ini walaupun cukup makan, akan mudah mengalami obesiti, sindrom metabolik dan sesetengah kanser. Pengambilan suplemen vitamin yang bersesuaian mungkin membantu menambahkan sumber vitamin untuk tubuh kita.
7. Pastikan makanan kita mengandungi mineral yang penting seperti magnesium, zinc, selenium yang mencukupi. Ia penting dalam keseimbangan hormon dan merangsangkan metabolisme tubuh.
8. Dapatkan tidur yang mencukupi, kawal stress, lakukan senaman ringan dan cukup minum air kosong.