Resipi Kuih Lompang Labu, Rasa Lemak-lemak Manis Buat Ralit Makan
Kuih lompang biasanya dibuat menggunakan gula merah atau gula melaka. Kalau anda nak buat perisa lain pun boleh antaranya menggunakan labu. Warna kuning pada kuih lompang mampu menarik perhatian terutamanya anak-anak untuk makan.
Sama ada untuk sarapan pagi mahupun minum petang, kuih lompang labu ini antara alternatif menu yang sesuai dinikmati seisi keluarga. Dengan tekstur lembut ‘gedik-gedik’ serta bau labu yang lemak-lemak manis pasti menjadi ‘rebutan.’
Biasanya labu kita jadikan cekodok, apam, kuih lapis atau dimasak bersama sayur. Rupanya boleh juga diadun dalam adunan lompang ni. Sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian Mak Frida @ fridajoincoffee ini. Pasti puas hati.
1. Kisar halus labu yang dikukus tadi hingga menjadi puri.
2. Satukan puri labu, tepung beras, tepung jagung dan gula pasir. Adun sebati sambil dimasukkan air. Pastikan sebati dan tidak berketul.
3. Ambil acuan lompang dan oleskan sedikit minyak. Panaskan juga periuk kukusan sehingga mendidih dan naik wap.
4. Tuang adunan lompang ke dalam acuan hingga penuh. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
Ads
5. Keluarkan kuih lompang dari acuan dan letakkan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam dengan secukupnya. Hidangkan.
Buah-buahan dan sayur-sayuran terdapat dalam pelbagai warna. Setiap warna mempunyai keunikan tersendiri dalam melindungi penyakit. Bahan ini dikenali sebagai fitokimia. Fitokimia inilah yang memberikan warna yang menyerlah pada buah-buahan dan sayur-sayuran
APAKAH FUNGSI FITOKIMIA?
Selain daripada membekalkan warna yang menarik pada buah dan sayur, fitokimia juga berfungsi sebagai antioksida semula jadi yang berupaya untuk mencegah penyakit tertentu seperti kanser dan penyakit jantung serta meningkatkan sistem pertahanan badan.
Fitokimia yang terdapat di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan adalah seperti:
Ads
*Lycopene
*Anthocyanins
*Beta-karotin
APA ADA DALAM WARNA?
Kuning/Jingga
Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning-jingga kaya dengan karotenoid yang dikenali sebagai beta-karotin. Beta-karotin akan ditukar menjadi vitamin A.
Beta-karotin yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna kuning-jingga seperti keledek, lobak merah dan labu membantu dalam peningkatan sistem pertahanan tubuh dan kesihatan mata.
Buat mereka yang suka makan Sizzling mee tentu mengidam nak makan di kedai. Sejak arahan PKPB buat beberapa buah negeri tentu dah lama tak makan hidangan ini.
Apa kata cuba resipi yang dikongsi oleh puan Norhakimah Hanafi yang mudah jika nak buat di rumah.
Ikuti perkongsian ini
Semalam memang teringin nak makan Sizzling mee. Nak pergi makan kat kedai, malas nak bersiap. Mujurlah nak buatnya senang. Sampai laki aku balik makan tanya, “Sayang, beli kat kedai ke?” Sedap punya hal. Ok. Kutlah kau takde idea nak masak malam karang, nah ni resepi dia.
Bahan-bahan:
Cendawan tu kalau beli jenis kering rendam dalam air, bagi dia lembut. Tepung jagung letak jugak. Bagi kuah pekat
4-6 ulas bawang putih 1/2 hiris halis (halia aku habis semalam) 3 sudu kicap cair/biasa 4 sudu sos tiram 3 sudu kicap pekat 1 sudu serbuk lada hitam (aku letak sikit je) 1 kiub ayam 2 sudu tepung jagung (campur air sikit) Cili kering 5-7 biji kerat dua (aku letak 3 je) 3-4 cawan air 5-6 biji cendawan Shitake (nak banyak letaklah lagi) Sawi Telur Ayam potong kecil (Isi je aku letak)
LANGKAH DEMI LANGKAH Cara nak buat ada dekat gambar. Pejam mata pun siap, weh!
Tumis bawang putih, halia (halia aku mase ni habis), cili kering (aku letak sikit sebab anak nak makan). Kau suka pedas buhlah lagi. Goreng sampai kekuningan.
Pastu, kau masukkan isi ayam yang kau potong tadi. Suka hati kaulah nak letak ayam banyak mana. Goreng separuh masak.
Pastu kau masukkan 3-4 cawan air. Nak banyak kuah pepandailah kau adjust.
Masukkan 4 sudu sos tiram, 3 sudu kicap cair. Takde kau buh je kicap cap kipas udang kau tu. Pastu 3 sudu kicap pekat. Jangan lupa garam secukup rasa. Lada hitam dengan kiub ayam. Aku buh sikit tak sampai sesudu pun lada hitam takut pedas.Kau biarkan sekejap sampai mendidih dan ayam masak, pastu tambah cendawan Chitake yang kau rendam tadi. Ni pun sama. Nak banyak kau tambah lagi. Biar 2-3 minit.Nak letak seketul pun suka hati kaulah. Aku potong sikit senang nak makan. Kang tercekik.Kau rasa lah sikit. Dah ok, masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Kacaulah sikit. Nampak dah agak pekat, likat dari tadi cun lah tu.Kuah dah ok, bolehlah kau masukkan sawi. Sawi ni kau nak celur dulu pun ok. Baru masuk mase hidang. Kalau malas buat cam aku ni. Haha.Disebabkan aku takde hot plate, time aku nak makan tu aku asingkan masuk kuali kecik sikit. Kuah tu letak yang kau nak makan lah. Pastu bukak api, masukkanlah telur biar separuh masak. Aku lupa nak bagi tahu, Yee mee tu kau celur asing. Jangan lama sangat. Then masuklah dalam kuah. Begitu!Nilah kejadiannya. Rasa dia macam kau macam kat Food court tujuh ringgit sepinggan tu. Sedap oi! Ada cili potong lagi merecik. Sekian. Cakap banyak, tak buat takde guna jugak. Haha.
Tentu tidak selesa jadinya bila tekak terasa sakit dan gatal sekali gus membuatkan sentiasa terbatuk.
Mencari penawarnya, kita juga sering dengar boleh dirawat dengan menggunakan petua lama iaitu menggunakan perahan limau nipis diminum bersama madu.
Pun begitu, memastikan cara penyediaan ramuan tersebut agar enzim dalam madu dapat ‘berkerja’ dengan efektif, Dr Suri Roowi ada berkongsi cara dan teknik yang tepat boleh anda amalkan.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
TEKNIK MEMBUAT JUS LIMAU DAN MADU, UNTUK BANTU MASALAH SAKIT TEKAK dan BATUK
Minum madu asli sangat diperlukan untuk bantu elakkan jangkitan virus.
Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan madu yang benar-benar asli merupakan satu cabaran. Tambahan pula, sebelum ini kita dikejutkan dengan lambakan madu tiruan di pasaran.
Madu Bahtera Tualang telah saya uji keasliannya. Kami akan uji setiap batch/setiap tong madu untuk pastikan keasliannya.
Di sini saya kongsikan teknik membuat jus limau dan madu untuk bantu masalah sakit tekak dan batuk :
Gambar hiasan
1. Potong 1 atau 2 biji limau nipis
2. Perahkan dan asingkan jusnya (supaya enzim dalam madu dapat bekerja lebih efektif)
3. Potong kecil kulit dengan isi limau.
Gambar hiasan
4. Campurkan 2 atau 3 sudu Madu Bahtera Tualang
6. Biarkan selama 15 minit pada suhu bilik (supaya enzim dalam madu dapat ekstrak keluar bahan khasiat dari kulit limau)
7. Campurkan jus limau yang diperah tadi
8. Campurkan 2 atau 3 sudu air masak
9.Minum sikit-sikit (sepucuk sudu) sehingga batuk atau sakit tekak hilang
Umumnya, hari raya ibu-ibu akan menyediakan pelbagai juadah istimewa dengan menggunakan santan sebagai bahan utamanya. Manakala hampasnya kita akan buang begitu sahaja.
Dan, tahukah ibu-ibu hampas kelapa yang banyak itu boleh digunakan untuk kecantikan wajah?
Hampas kelapa jika dilumurkan pada bahagian kulit, ia mampu menjadikan kulit terasa lebih halus, lembab, cerah, menanggalkan kulit mati, meredakan masalah kegatalan kulit dan menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat.
Mungkin ada yang tidak percaya keberkesanan menggunakan hampas kelapa ini bagi yang belum pernah mencubanya.
Jadi ayuh kita semak beberapa perkongsian daripada rakan fb mengenai kesan yang mereka perolehi setelah mengamalkan petua kecantikan menggunakan hampas kelapa ini. Jom semak!
PERKONGSIAN 1: Sarifa Redzuan II
Okay, resipi yang cikgu nak berkongsi ini boleh digunakan sebagai scrub untuk muka dan seluruh badan.
Bahan-bahannya :
7 sudu besar hampas kelapa
Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit
2 sudu besar gula biasa atau gula perang
1 sudu besar garam halus
2 sudu tepung beras
Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering.
Tara dah siap!
Cara guna :
Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan scrub muka atau badan
Kalau mahu kesan lebih power boleh perah sedikit air limau kasturi @ atau lemon dan scrublah di badan dan muka.
Amalkan seminggu 2-3 kali.
Lebihan scrub boleh simpan dalam peti. Boleh tahan dekat 2 minggu kalau tidak di campur air.
PERKONGSIAN 2 : Nur Hafizah Sharudin
HAMPAS BUKAN SEBARANG HAMPAS
Memandangkan kerja akak ni dok jaga pokok kelapa, ni akak nak kongsi sikit petua orang dulu-dulu.( errrr…..petua orang-orang lama macam akak ni …hik hik hik…)
Korang pernah tengok tak hampas kelapa? Hampas nyor kata orang Perak.
Masa zaman akak kecik-kecik dulu, selepas je mak akak habis perah kelapa untuk keluarkan santannya, hampas kelapa tu akak simpan… ( kadang-kadang bila mood akak rajin, atau kena paksa, baru akak tolong perahkan…hik hik hik)
Apa guna hampas kelapa ni?
Haaaaaaaaa…..ni yang akak nak bagitahu ni. Bagi yang ada ternakan seperti ayam ke….itik ke….hampas ni akan diberi sebagai makanan tambahan. Bukan main laju je dema-dema membalun hampas kelapa yang masih segar itu.
TAPI….. akak pulak akan gunakan hampas kelapa ini sebagai scrub untuk badan….
Hhhaaaaaa…..Best woo! Cer cuba! Selepas basahkan badan, ambik hampas kelapa tadi, tenyeh satu badan. Selepas itu, bilas dengan air. Perrrggghhh! Korang mesti rasa kulit badan korang licin dan segar. Tak caya? Cuba dulu…..
Ya la kan….Akak ni orang kampung, so akak guna je apa-apa bahan yang ada kat keliling kampung.
PERKONGSIAN 3 : Suzilawani Sidik
HAMPAS KELAPA BUANG DAKI KEPALA BABY
Semalam Sue botakkan kepala baby Aus. Pastu ada daki air di ubun-ubun kepalanya. Pastu teringat tips yang kak ipar Sue bagitau guna hampas kelapa untuk buang daki.
Caranya:
Ambik segenggam hampas kelapa dan letakkan dalam kain tuala kecil. Ikatkan dan boleh gosok kepala baby secara lembut pada tempat yang berdaki tu. Sambil tu ramas sikit kelapa tu bagi ia keluar sedikit air. Dalam masa tak sampai 5 minit daki tersebut akan hilang.
So jimat kan. Guna barangan yang ada kat dapur aje. Tak payah guna produk bagai. Selamat mencuba mommys.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi meraikan kebanyakan staf berbangsa Melayu, pasangan pengantin berbangsa Cina sepakat memilih busana pengantin tradisional Melayu untuk majlis perkahwinan mereka.Menerusi perkongsian dari satu akaun...