Setiap kali berbuka puasa, seakan tidak lengkap bila mana tidak menjamah seketul dua kuih-muih tradisional. Rasa manis dari kuih buat kita rasa berselera.
Sempena berbuka puasa dalam bulan Ramadan ini, apa kata anda cuba pula buat sendiri lepat sagu ini di rumah. Memang lain daripada yang lain. Nak buat pun cukup senang!
Bahan-bahan:
1 cawan tepung jagung
2 sudu besar tepung Hoen Kwe
1 cawan gula
5 1/2 cawan santan
1 sudu teh garam
1/2 cawan sagu
2 helai pandan disimpul
Daun pisang secukupnya untuk membungkus
*1/2 cawan sagu, 3 cawan air (Didihkan air, masukkan sagu dan masak hingga jernih)
Cara-caranya:
1. Rebus sagu hingga jernih, basuh, toskan dan ketepikan.
2. Satukan tepung jagung, tepung hoen kwe, santan, gula dan garam/ sebatikan.
3. Masukkan daun pandan.
4. Masak atas api perlahan hingga berkilat (letup-letup).
5. Masukkan sagu, sebatikan dan terus tutup api.
6. Bungkus ketika masih panas.
7. Sejukkan dalam peti sejuk dan siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club