Resipi Kuih Lepat Liat Guna Sukatan Cawan, Ikut Resipi Ni Gerenti Jadi

Share

Resipi Kuih Lepat Liat Guna Sukatan Cawan, Ikut Resipi Ni Gerenti Jadi

Kuih lepat liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Di kampung-kampung agak mudah untuk ‘jumpa’ kuih yang sedap sebab ramai orang-orang lama suka kuih ini.

Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Bila buat sendiri, boleh dapat banyak. Makan pun puas. Siap boleh makan berulang-ulang.

Sangat mudah rupanya nak buat kuih ini. Bahan-bahannya pun senang nak cari dan tak banyak. Lebih istimewa lagi sukatan bahannya pun menggunakan cawan sahaja. Senanglah nak sukat. Jom cuba. Pasti rasanya sedap.

RESIPI KUIH LEPAT LIAT

BAHAN A:

3 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula

BAHAN B:

Daun pisang untuk membungkus
Kelapa parut ( gaul dengan sedikit garam) – untuk inti/jika suka

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan A dan masak atas api. Tak perlu hingga mendidih. Cukup masak hingga gula larut dan tidak berketul.

2. Angkat dan tapis bahan-bahan yang dimasak tadi. Sejukkan.

3. Kemudian tuang campuran tadi ke dalam bekas berisi tepung pulut sedikit demi sedikit.

4. Uli dan adun hingga menjadi sebati. Pastikan doh jadi lembut dan tidak keras.

5. Sediakan daun pisang dan sapu sedikit minyak di permukaannya.

6. Ambil 2 sudu makan adunan, letak atas daun pisang yang telah disapu minyak tadi. Leperkan.

7. Kemudian letakkan inti kelapa dengan secukupnya. Jika tidak mahu inti, boleh abaikan penggunaannya.

8. Bungkus kuih dengan kemas dan susun dalam periuk kukusan. Kukus hingga masak.     (empunya resipi kukus selama 40 minit menggunakan api perlahan)

 

9. Bila dah masak, angkat kuih dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mas Cotek